Assalamualaikum
Have you ever heard about SL1M? From your friends? Social media or from your university?
If yes good points for you but if not, let me share little info about SL1M in my entry for this time. Let me share it in Malay. Hahaha *trying to improve my english*
Have you ever heard about SL1M? From your friends? Social media or from your university?
If yes good points for you but if not, let me share little info about SL1M in my entry for this time. Let me share it in Malay. Hahaha *trying to improve my english*
First SL1M stands for Skim Latihan 1 Malaysia which is a programme to enhance the emloyabiliy among graduates through collaboration with Government-Linked Companies (GLCs) and private sectors which is implement SL1M as part of their Corporate Social Responsibility (CSR).
Antara company yang offer SL1M ni ialah Tabung Haji, Celcom, Bank Islam, TM dan lain2. Memang banyak company yang offer tapi ada yang bagi elaun dan tempoh latihan yang berbeza. Actually SL1M dan GEMS under programme yang sama,bezanya dari segi tempoh dan elaun yang diberikan. Kebanyakannya GEMS tak diberi kan elaun tetapi diberi kursus yang berbaloi terutamanya skill teknikal yang kita tak belajar di Universiti. Dari segi tempoh pulak GEMS selalunya singkat dalam 2 minggu ke sebulan. Tapi semuanya bergantung kepada company yang provide.
SL1M pula lebih kepada on-job-training which is kita akan dibiasakan dengan environment pekerjaan yang sebenar. Dari segi elaun kerajaan provide RM1000 seorang kepada company untuk sebulan, tetapi ikut company jugak untuk beri elaun tambahan atau tidak. Dari segi tempoh pula selalunya dari 6 bulan ke setahun.
Aku nak cerita mengenai SL1M di Tabung Haji since aku tengah menjalani on-job-training(ojt) as SL1M almost 2 month. Semuanya berdasarkan pengalaman aku tau sebab lain company lain pengalamannya.
Let me share it.
- Tempoh ojt di TH ni adalah setahun termasuk induksi. Induksi memakan masa selama 2 minggu sahaja dan pengisian sepanjang induksi sangatlah membantu kita untuk menghadapi cabaran di alam pekerjaan. Yang best nya almost 2 weeks duduk hotel free weh. Makan of course sedap. Thanks Tabung Haji, thanks jugak motivator ;)
- Pelatih akan diberi ojt mengikut tempat tinggal yang berdekatan,so jangan risau untuk berjauhan dari family. Tapi ada jugak yang dapat jauh sebab tiada kekosongan,tapi take it as challenge ;)
- Elaun yang diberikan adalah sebanyak RM 1500 sebulan. Cuti tahunan sebanyak 12 hari dan cuti sakit sebanyak 12 hari jugak.
- Banyak pengalaman yang akan dapat terutamanya yang dapat di cawangan sebab korang akan dapat banyak benda terutamanya tentang haji, simpanan dan pengeluaran, marketing, pengurusan dan cara untuk handle pendeposit. Kalau di HQ pulak pengalaman berdasarkan department yang kita dapat.
- Environment yang sangat best,maybe sebab TH uruskan orang pegi haji kan. Banyak keberkatan yang ada kat situ. Hehe. Staff kat situ semua friendly and budaya bagi salam dan senyum bila jumpa sesama staff kat situ. Tak caya pergi la HQ. Insyallah anda akan dilayan sebaik mungkin.
- Sepanjang ojt ada jugak program CSR untuk pelatih SL1M ni. So disamping dapat pengalaman kerja,dapat jugak pengalaman lain yang takkan dapat korang lupakan.
- SL1M jugak berpeluang untuk join OHTA which is operasi haji tanah air. Korang akan berpeluang untuk menguruskan jemaah haji di kelana jaya or mana2 cawangan yang telibat. Seriously best tapi aku tak berpeluang lagi untuk join sebab boss IT tak lepaskan kitorang bertugas ;(
- Ada majlis graduasi kot siapa yang berjaya habis kan SL1M ni selama setahun. Means korang dah ada pengalaman selama setahun ni TH. So jangan sia-siakan masa korang selama setahun tu tanpa kutip segala ilmu yang ada kat TH tu. Jangan malu untuk bertanya dan sentiasa pro aktif dan yang penting berbuat baik dengan semua staff. Bukan mengipas ye,maksudnya bertegur sapa dengan semua orang, mungkin kita akan memerlukan pertolongan mereka suatu hari nanti. Who knows kan ;)
Rasanya takat ni je kot pengalaman yang dapat aku kongsikan. Kalau ada aku akan tambah. Last but not least walau kat mana kita bekerja ikhlaskan hati insyallah kita akan happy untuk datang kerja setiap hari ;)
Sekian, terima kasih kerana membaca ;D
my department with raya decoration |
with kak kiah yang dah bersara start bulan 7 hari tu |
my team during induction sl1m |
33 awesome comment's:
Salam cik.
Nak tanya selepas habis program sl1m TH, adakah TH memberi peluang pekerjaan kepada peserta SL1M?
Salaam, maaf ganggu, saya nk tnya sister apply sl1m tabung haji ni dkt google form kan? Lps tu baru dipanggil interview
Salam sister, maaf ganggu,nk tnye masa,nk apply sl1m tabung haji mmg isi dkt google form and lps tu dipanggil utk interview ke?
@Azhar Mustapa Nor
wslm
maaf lambat reply
TH tak menjanjikan pekerjaan tetapi sekiranya ada kekosongan yang ada pihak TH akan offer kepada pelatih SL1M
based on my experience, ramai jugak batch saya dan sebelum ini dapat peluang pekerjaan di TH.
Insyallah sekiranya ada rezeki tak kemana. Yang penting buat yang terbaik sepanjang tempoh on job training :)
@asma diyana
wslm
sorry lambat
yup isi borang and emel kepada pihak yang berkenaan.
Boleh call pihak HR untuk confirm kan status permohonan awak.
Good luck!
Sis, boleh kongsikan pengalaman temuduga tak utk SL1M di TH? Ataupun dah memang ada entry? Or any tips yg berkaitan? Thanks ya!
Assalamualaikum, macam mana dgn sesi interview masa sis dulu, sama ke macam tahun-tahun lepas ada 3 peringkat?
Assalammualaikum.Saya nak tanya masa interview dulu soalan sl1m th selalunya bertanyakan mengenai apa?
Salam sis. Interview dia macam mana eh? Takpun ada tips tak? Thank you.
Salam..saya nak tanya mcm mana proses temuduga tu ye? Ada berapa peringkat dan soalan yang ditanya berkaitan dng apa?
sy ada dpt kol dri tabung haji utk interview..tp xdpt email...means kita boleh trus pegi inteview tu ke
X pe je.. Thank you very much
assalam syafiqah, boleh kongsikan pengalaman interview dan soalan2 interviewer? terima kasih
Salam sis.
Boleh share tak pengalaman sesi interview dgn TH?
Tq:)
Salam kq?boleh share soaln yg dye tnye mse iv x?
Assalam boleh tak cik shre pengalaman iv?
Aslmlkm..boleh saya tanya, betul ke klu sesiape yang dah habis belajar, tapi tak konvo lagi,tak lepas interview slim?
Salam. Betul ke memana graduan yang dah habis belajar ttapi masih belum konvo, tak lepas iv?
Salam. Betul ke graduan yang dah habis belajar ttapi masih belum konvo tak lepas iv?
Hai awk.. Boleh tak sy nak tau pengalaman iv SL1M TH? Boleh kongsi? Tvmc
Hai awk.. Boleh tak sy nak tau pengalaman iv SL1M TH? Boleh kongsi? Tvmc
Hai awk.. Boleh tak sy nak tau pengalaman iv SL1M TH? Boleh kongsi? Tvmc
Salam nk tnya. Adakah sl1m th ni ada iv n iv dia mcm mana ye??
Bleh tahu ada iv tak n iv dia mcm mana ye?
saya baru lps pergi iv kt kota bharu semalam..before this dia call x bg email pun..xde stage2 iv pun..just register and tunggu turn utk masuk bilik temuduga. Masa iv session, first mcm biasa introduce ourselves. second kene cerita kelebihan diri masing2 utk contribute kpd tabung haji. last sekali dia suruh baca ayat2 quran. tp depends on panel jgk..ada panel yg tnye isu semasa contohnye TN50, GST
nana91
Aslkm. Nak tnya, lepas interview berapa lama th akan bagi jawapan sama ada kita diterima atau x? Terima kasih
sesiapa belum konvo tak lepas iv sl1m.. aku dah kena dah.. konvo bulan 4,, iv bulan 1.. dia kate mane sijil degree awak? aku pun ckp la saya tak konvo lagi,, tak ada sijil lagi.. so sampai situ jelah iv aku.. hahahaha
btw iv dia.. dia tanya pasal diri kau, pasal bidang pengajian kau, pasal fardhu ain.. ramai sangkut dkt fardhu ain ni. dia suruh mengaji, pastu bagitahu maksud n mad mad tu. cara solat yg betul, hukum haji, rukun islam & iman. haa camtu lah interview tabung haji.
Cik pika. Nak tanya, selepas dtemuduga tu, berapa % ya peluang utk diterima mengikuti SL1M tabung haji ni? Berdasarkan pengalaman cik, slpas dtemuduga brp lama cik menunggu utk dipanggil mula OJT?
Assalamualaikum saya nak tanya keputusan temuduga untuk SL1M 2018 dah tahu ke atau masih menunggu jawapan sama ada berjaya atau tidak? Sapa batch slim th 2018 yg dah berjaya menyertai sl1m tabung haji. Nak tanya betulke dia hanya ambil 100 orang sahaja?
Bila slim tabung haji 2018 start ye?
Bila slim tabung haji 2018 start ye?
Salam saya nak tanya dah tau ke keputusan sama ada kita berjaya atau tidak dalam interview untuk slim th 2018. Dah start ke slim th 2018 ni
Post a Comment