Showing posts with label praktikal. Show all posts
Showing posts with label praktikal. Show all posts

Wednesday, August 26, 2015

Past story

Assalamualaikum.



Long time no see my blog. Almost forgot that I have a blog -,-
So let me start with what I have be done recently. Oh ya can I writing in English just for this entry because I wanna practice my English. Although my English is actually Manglish but I will try as I can. Don't judge me as 'Melayu lupa diri' tau!! hehe ;p


1) Alhamdulillah, recently I was finished my degree (but not fully) in Business Computing at UiTM Shah Alam. Thanks Allah for helping me especially in exam whereby I'm always have a problem to remember all the things and also the assignment/project. Yeah I'm was a very last minute student.
I'm passed my exam in part 6 and got the highest GPA for the first time even though my CGPA not really much but I'm syukur with that.

2) Today is my third day as Trainee in Tabung Haji for the second time but with the different department. So I was placed at IT Department under IT Administration. Almost three day I got no job or task to be done except learn about the admin things. I hope I will learn more soon from staff here related from what I'm learn before.


That's all. Suddenly I was blank. Don't know what to write anymore, -,-

See again until I rajin nak update. *macamlah ade orang nak baca*

Sincerelyby Pika



Selfie dalam lif tabung haji.Canggih da th la ni. Naik lif kena pakai pass. Kehkeh









Tuesday, November 15, 2011

Last Day Practical 11.11.11


Assalamualaikum


Semua orang mesti tau hari jumaat baru-baru ni merupakan hari yang mempunyai tarikh yang amat cantik iaitu sekali dalam seumur hidup la dapat tarikh tu iaitu 11.11.11..Aku tengok ramai jugak blogger buat entry pasal tarikh cantik ni.Ade yang mempertikaikan nape dok bangga sangat ngan tarikh tu and ade jugak yang mengagungkan tarikh tu.Pape pon everyone have own opinion :)

Bagi aku pulak tarikh 11.11.11 ni merupakan hari yang agak sedih bagi aku walaupun terselit jugak rasa gembira.Kira macam kebahagiaan dalam perpisahan..hehe
Pada hari tu la aku last berpraktikal kat tabung haji tu.Aku berat hati nak tinggalkan orang2 kat sini sebab aku dah rasa chemistry sangat ngan dorang.Staff kat situ aku anggap macam kakak2 dan abang2 aku,yang tua2 tu aku anggap macam mak and ayah aku.Tapi terselit jugak lah perasaan gembira sebab aku dah habis praktikal selama 6 bulan.Pejam celik kejap je rasa 6 bulan.Ingat lagi tak entry first aku pasal praktikal.Then ni maybe entry aku yang last pasal praktikal.

Khamis aku buat kek batik dengan tujuan nak menjamu dorang la walaupun hasilnya tak memuaskan.Tapi dorang kata sedap..hehe.First time aku bawak makanan kat office.Selalunye dorang jer yang belanja aku.Ceh kek batik je pon nak kecoh aku ni -,-
Last day aku praktikal aku sampai agak awal.Yela last day kan :)
Hati aku memang tak tenteram jer sepanjang hari.Makan pon takde selera.Dorang ajak jalan2 pon takde mood.Time tu jugak la aku agak busy menguruskan hal elaun aku,report dan sebagainya la.

Seharian tu jugak aku asyik dok snap pic sana sini.Last day la kata kan :)
Sorang member tiba-tiba tanya aku ' Ika,ade blog eh? ' Aku dalam hati terkejut beruk ahh macam mana la dorang boleh jumpa blog aku ni.MALU!!Sebab ingat kan dorang tak minat baca blog2 ni.Aku tanya dorang macam mana jumpa.Adalah!Aku malu kalo dorang baca entry pasal aku ade la citer pasal dorang sikit2..haha kantoi disitu kan :) Ntah2 korang tengah baca entry ni kan!!hahaha ^__^

Before pukul 5 aku jumpa semua staff kat situ salam dan bagi kata-kata terakhir.Time tu hati aku hanya Allah yang tau.Nampak je luaran aku gelak2 sedangkan air mata ni dok tahan tak nak bagi keluar.Malu la oii kalo nangis..hehe.Semua orang aku jumpa tak tinggal sorang pon.Last but not least member aku bagi kata-kata terakhir kat aku pulak.Macam2 nasihat aku dapat.Thanks guys.Doakan aku grade sem depan tanpa sebarang halangan tau :)

Thanks also to kak nazleen bagi aku bracelet yang comey,staff OD bagi aku kain ela dari jakel tu,kak bell belanja aku pashmina yang aku pakai last day tu,and haji wan yang bagi aku duit.Thanks to all!Lepas ni tak boleh nak makan breakfast ngan kak bell yang nasi lemak her feveret.Tak boleh lagi nak lepak2 dengan mi,zahrin ngan zuhdi.Makin suka la korang datang office main NFS Underground kan..hahaha.My pink car jangan bagi sape2 main tau :) Eh rindu jugak lah dengan my own place.Hari tu tak sempat nak jumpa my boss haji marzaimi for the last time.Lepas ni boleh cari P.A lain k..hehee










p/s: miss u all always :)

Wednesday, November 9, 2011

Detik terakhir


Assalamualaikum

Aku ingat nak buat entry countdown mulai hari ni sampai jumaat la sempena tamat praktikal aku kat sini.Nanti lepas2 ni bila aku teringat tempat praktikal aku boleh la aku baca entry ni balik..sob3 :(

9.11.11

Hari ni aku datang paling awal.Bukan second tapi orang first tu.Boss aku pon tak sampai lagi.Sampai je lantai 30 ni gelap gulita.Yela orang first kan..haha.Ayah aku hantar aku awal sangat.Aku sampai tadi pukul 7.15 pagi.Awalkan :)
Sampai jer aku tak berani nak guna pintu yang aku biasa masuk sebab gelap tak nampak langsung,so aku guna jalan kat kaunter tu.Cerah la sikit.So memberanikan diri pegi ke suis utama.Aku petik cepat2 15 suis semua.baru la terang benderang sikit :)

Misi aku hari ni nak menyiapkan 80% report aku.Yeah semoga berjaya ^__^


p/s: Countdown habes praktikal by making entry..haha

my outfit today :)

done!

7.50 pagi




Friday, November 4, 2011

Aku pon lulus la!


Assalamualaikum


Hari ni result budak2 uitm keluar.Aku confirm semalam mesti ramai tidor tak lena dok mikir pasal result yang dorang akan dapat.Tipu la kalo takde sikit pon perasaan tu.Aku yang praktikal pon dapat result tau walaupon  praktikal tak habes lagi.haa camner tu..Siap lulus lagi tu :)



Wah kalo camni la gaya tak yah buat report pon takpe sebab result kata dah lulus..hehehe *pemalas punye budak*


p/s: sape2 boleh tolong bagitau aku guideline nak buat report for praktikal ni??siyes aku tak tahu nak buat camner -,-






Thursday, November 3, 2011

Perkara yang membuatkan aku tersenyum sampai ke telinga ^__^



Assalamualaikum


Entry kali ni nak story pasal apa yang berlaku kat office aku hari ni.Hari ni banyak perkara yang membuatkan aku tersenyum sampai ke telinga sampai kan aku tengah menaip entry ni pon still tersenyum..hehe..jom senyum ramai2 sambil baca entry aku ^__^

Hari ni aku diberitahu oleh kakak sepejabat aku yang ade jamuan sempena tamat operasi haji tengahari nanti.Wah aku dah mula senyum sebab pantang dapat makan free ni!hehe
Then hari aku rasa hari gambar sedunia sebab aku banyak amek gambar kat office tadi.Kenang-kenangan la katakan.Habes semua orang aku snap.Bermacam-macam gaya lah :)





Then rasa boring yang teramat sangat.Lepak ngan zahrin,mi ngan zuhdi.Best lepak ngan dorang ni.Ade je idea giler-giler dorang nak mengarut.So aku tersenyum lagi sampai ke telinga(siap gelak berdekah-dekah lagi -,-)
Macam biasa aku snap pic dorang.Tiba-tiba datang idea giler kat kepala otak aku.'Weh korang jom berlakon konon-konon korang jadi jemaah and jaga kaunter,dorang apelagi..giler gambar la katakan.Jom ajela.Time tu ade member dorang sape ntah nama join sekali scene tek diiktiraf tu.I'm smile again :)

Tak lama tu kitorang dipanggil masuk bilik meeting sebab jamuan nak dimulakan.Wahh tak sabar!
Lepas boss aku bagi ucapan sikit.Then dia cakap jamuan ni sempena untuk meraikan aku yang nak blah tak lama lagi dari tabung haji ni sebab cukup 6 bulan aku berkhidmat kat sini.Wahh suprise dowh!Aku memang tak sangka gak.U know what siap ade hadiah untuk aku lagi.Terharu dowh.Siyes!


ahh dorang amek gambar curik ni!!

Cantik tak hadiah aku??hehe..Kotak kecik ni ade coklat handmade tau!Secretary boss aku yang buat,siyes sedap dowh..boleh buat bisnes ni.Macam cadbury pon ado.Kotak yang bawah tu aku dapat kain ela drpd jakel tu.Kaler pepel.Cantik..boleh buat baju cantik :)

Kemaluan jugak lah aku kat situ.Jadi tumpuan la katakan.Ceyh dalam hati hanya aku yang tahu..miahahaha
Seriously sedih gak biler nak habes praktikal ni.Aku dah mula sayang kerja kat sini.Best.Staff anggap aku macam adik2 diorang so aku anggap dorang macam kakak and abang2 aku.Rindu jugak kat kak bell yang sangat lembut dan innocent,rindu jugak kat mi ngan bakal isteri dia tak lama lagi iaitu kak faiezah(bercinta dijabatan 30 tu..hehe) kisah percintaan dorang ni boleh buat buku tau..haha..Tak lupa jugak kat Zahrin yang muka memang hensem ala-ala arab tapi siapa sangka biler dah datang mood giler dia memang lari orang..haha..dia ni kelakar dowh.Haa last but not least of course la Zuhdi.Dia ni mula-mula nampak jer innocent but lama2 kenal suka sangat mengusik orang.Nakal sikit la but nice..suka tolong aku..haha..yang sweetnye boleh lak staff kat situ skandal kan aku ngan dia..haha
Sampai sekarang aku still senyum sampai telinga.Kalau nak cerita ape yang sweet nye sepanjang aku praktikal ni memang banyak.Tak tertulis kat blog ni,

Haa one more start bulan 10 ni elaun praktikal dinaikkan sebanyak dua kali ganda.So RM15 sehari.Ni yang membuatkan aku senyum sampai ke telinga lagi.So sape yang berpraktikal kat tabung haji akan datang amatlah bertuah kerana elaun dah bertambah dar RM8.05 ke RM15.Saje je dorang ni time aku nak blah la dia nak tambahkan..grrr jeles ni..hahaha


p/s: hope elaun da masuk esok!nak jenjalan masjid jamek esok!!






Tuesday, October 25, 2011

Fizo Omar memang tak sombong la..siap jumpa aku lagi tu..heehee



Assalamualaikum


Hari ni aku relax giler la kat office.Yela kan dah dekat penghujung musim haji so relax  la sikit.Oh ye lupa nak citer kat korang minggu lepas fizo omar datang jumpa aku.Nape tak caya ker..hehe
Actually dia datang ngan mak ngan adik perempuan dia kat lantai 30 ni sebab ade urusan haji.Mak dia nak pegi haji tahun ni.Baik kot dia ni tak sombong walaupun artis.Almost artis mesti pakai spek hitam kalau kat tempat awam sebab taknak bagi orang cam tapi dia tak siap senyum ngan orang sebelah.Mak dia boleh tahan bergaya.Yela anak artis kan..hehe

Walaupun dalam hati ni debor gak sebab aku minat gak ngan mamat ni,hensem lak tu..haha
Tapi aku mesti profesional!Kerja kan.Kalau nak ikut hati nak jer ajak dia amek gambar sekali.Rugi jer aku tak attend dia..haha sebab aku tak boleh nak terima passport -,-
Takpela asalkan dia sedar kehadiran aku kat situ sebab aku dok tepi dia jer,aku macam perasan dia dok usha2 aku..hahaha (perasan giler minah ni -,-)

Before dia keluar sempat lagi dia cakap terima kasih kat kitorang plus senyuman dia yg cute tu..boleh cair aku..haha.Bagus lah dia ni tak sombong!Lepas ni kite dating lagi yer..miahaha
Haa sape nak jumpa dia pegi la kelana jaya sebab dia mesti hantar mak dia kat sana nanti tapi aku tak sure la dia KT berapa :)

Actually hari ni aku memang tak buat pape so lepak je ngan kak faizah a.k.a PB.Sempat jugak sorang staff kat situ ajak pakai inai rani.Dah lama jugak tak pakai inai since sekolah menengah dulu :)

merah tak inai aku??hehe

Rugi jugak tak pakai lama-lama lagi kalau tak lagi merah la kuku aku nanti.Tapi kan orang kata tak elok sangat pakai inai ni sebab nanti time nikah dah tak nampak seri inai yang kita pakai tu..hehe betul ker.Sebab tu la aku stop pakai inai tu dulu.Karang kurang seri aku time kawin nanti...hehe



p/s: yay esok cuti..boleh bangun lambat!










Thursday, October 20, 2011

Pejam celik dah hampir 6 bulan praktikal



Assalamualaikum


Pejam celik dah nak dekat setengah tahun aku praktikal kat tabung haji ni.Agak lama bagi student praktikal yang lain sebab selalunya praktikal 3 or 4 bulan jer.Kira aku ni paling lama la sebab 6 bulan.Sampai staff yang uruskan elaun aku tu pelik tengok aku ade kat sini lagi.Dia siap cakap ' Eh ko ni ade lagi kat sini,aku ingat ko dah habes' Haha see betapa lamanya aku kat sini kan.

Ya sangat lah lama sampai aku rasa sayang sangat nak tinggal kan life aku yang baru ni.Kat sini aku punya kawan baru,life baru,suasana baru dan hati baru..hihi
Tapi aku rindu jugak life student aku kat uitm.Oh uitm wait for me.I'm coming 3 weeks from now!! I 'm always miss my member,my classmate yang sememangnya giler2,my lecturer,and also my redang!!Next sem kena jadi NR pulak gara-gara budak destini menyemak kat kolej kitorang..grrrrr

Ok back to my new life :)
Dalam minggu ni memang agak relax sebab jemaah dah ramai yang selamat menjadi tetamu Allah,ade jugak yang datang last2 minit ni buat rayuan.Tapi kami mintak maaf awal2 sekarang ni memang dah penuh.Kesian jugak sebab ade yang datang dari Kedah,Sabah..Kesian tau bukan tak kesian.Tapi apakan daya,aku hanyalah student praktikal -,-

So biler dah relax ni memang lepak jela.Dengan polis bantuan sekali lepak ngan kitorang.Sayang sangat ngan diorang.Tadi pon sakan lah gelak sampai terguling-guling aku atas lantai.Biasalah budak laki ni otak giler2 sikit.Ade je lawak bodoh dorang nak buat.Aku tukang gelak jela..hahaha..Plus pulak dengan kisah cinta kak faizah ngan ruzaimi.Boleh buat drama tu,cinta pandang pertama tu...hahaha

diorang ni memang best lah!

Takde pulak gambar kak faizah nak letak dalam blog ni..huhu



p/s: nanti dah habes praktikal rindu pulak dengan dia :)







Saturday, October 15, 2011

Bila jemaah haji aggresive



Assalamualaikum


Dah seminggu aku menyepi dari blog ni kerana kesibukan yang melampau.Mesti orang kata 'eleh,praktikal je pon..sibuk la sangat!' Memang kenyataan aku sibuk lagi-lagi sekarang ni musim haji.Aku kan praktikal kat jabatan haji.

Sorry la kepada blogger yang sudi jejak kaki kat blog picisan aku ni.Aku memang tak sempat nak balas balik kunjungan korang.Insyallah ada masa aku balas balik okay :)

Semalam aku bengang teramat sangat dengan sorang jemaah yang datang untuk buat rayuan haji tahun ni.Orang nya perempuan.Mula-mula aku yang attend dia.Cakap elok2 jela dia ni mula-mula.Aku tengok dia baru je daftar 2009 so memang susah la nak lulus kan rayuan dia ni.Lepas dia dengar jawapan aku terus volume dia naik.Dalam hati aku terkejut gak la.Tiba-tiba je nak naik angin apesal lak.Aku bukan ade kuasa nak luluskan ape,aku hanya memproses je..grr

Lastly aku tak tahan aku panggil la pegawai yang jaga negeri jemaah tu.Korang tau volume suara dia bukan makin menurun tapi makin tinggi siap tengking-tengking lagi.Buat malu kaum perempuan jer.Kalau macam ni la perangai dia Allah pon tak nak terima dia sebagai tetamu Allah.

Lastly dia campak je surat rayuan dia tu before dia blah.Sempat dia cakap 'I tau U nak buang je kan surat I tu,so U buang je la dalam tong sampah!' Suke hati mak bapak dia je tuduh2.Kitorang simpan jela segala surat rayuan yang jemaah bagi.


p/s: first time aku jumpe jemaah yang aggresive macam ni -,-







Saturday, October 8, 2011

Pengalaman aku berpraktikal



Assalamualaikum


Pergh lama gila la tak membebel kat belog aku ni.Entry before ni semua copy paste punye.Hari ni hari sabtu so boleh la luangkan lebih masa depan lappy aku ni dan tulis ape saja yang aku suka..miahaha

Seminggu ni tiap-tiap hari aku jaga kaunter lantai 30 tu sebab paham-paham jela time musim haji ni bermacam-macam orang yang datang tabung haji HQ dengan bermacam-macam tujuan.Ade yang datang merayu untuk pegi haji,mintak surat tawaran,mintak jadual penerbangan,hantar passport dan macam-macam lagi lah.

Aku macam biasa pagi-pagi kena online dulu cari berita terkini mengenai haji untuk diupdate ke dalam portal.Lepas tu pulak baru lah aku menyibukkan diri di kaunter.Ade yang best ade yang tak best duduk kat kaunter ni.Bermacam-macam jenis orang yang aku jumpe.Ade yang jenis tak tahan sabar,ade yang jenis cool jer.And aku penah jumpe orang tu tidor memang tak hingat dunia la siap berdengkur lagi tu..haha..memang tahan gelak jela aku dok situ.

Yang datang nye major orang tua la kan.Yang muda pon ade jugak tapi selalunye wakil untuk mak bapak diorang jugak.Bagus anak mithali!
Ade sorang mak cik tu datang sampa nangis2 depan aku dengan harapan dia dapat pegi mekah bersama suami dia.Aku memang tak sampai hati la nak handle kes menyayat hati macam tu.So aku panggil la sifu2 aku untuk menghandlenye..haha..aku kan praktikal.Ape la sangat ilmu yang aku tau :)

Ade sekali tu sepasang suami isteri jauh datang dari sabah dengan harapan dapat mengerjakan haji tahun ni jugak.Tapi apakan daya aku.Aku bukan la pegawai yang boleh meluluskan rayuan tu.Semua nya boss aku la.Aku hanya dapat mendengar luahan hati diorang je.Maafkan saya mak cik pak cik !

Ape pon aku agak bersyukur kerana diberi peluang praktikal disini sebab banyak ilmu yang aku dapat..walaupun takde kaitan langsung ngan ape yang aku belajar tapi ilmu tu kan luas..hehe


p/s: lagi sebulan je aku nak praktikal kat sini..sayang pulak nak blah dari situ..hehee






Wednesday, September 7, 2011

Aku hilangkan passport??


Assalamualaikum


Kalau dulu aku selalu bising-bising kerja tak banyak.Tapi sekarang tidak lagi.Ini kerana sekarang ni tengah musim haji tau tak.Penerbangan pertama pon tak lama lagi ni lebih kurang dalam 2 minggu.Tak silap aku 29 sept ni.Oleh kerana aku praktikal kat jabatan haji lagi-lagi belah operasi domestik.Memang terasa la tempiasnya.Sekarang ni staff kat sini pon masing-masing dah mula busy.Aku pulak kalau boss tak bagi aku keje aku pergi tolong dorang buat ape yang patut.Antaranya scan barcode passport,susun passport,kire passport dan segalanya berkaitan dengan passport.First time ni pegang passport orang.Yela aku ni pon mana ade pasport.Nak pegi oversea tak mampu.Pegi padang besar penah la..hehe

Pejam celik nak dekat 5 bulan aku praktikal ni.Rasa macam sekejap je.Kalau dulu aku selalu memberontak dalam hati jela taknak praktikal maybe baru lagi.Tapi lama-lama seriously aku dah suka keje kat sini dengan suasana yang sangat selesa.Patutla ramai orang nak keje kat tabung haji ni sebab suasana dia yang agak tak tension keje.Maybe jabatan aku ni je kot...hihi..tapi staff kat jabatan yang lain pon ok gak.Kadang-kadang kalau bertembung mana-mana aku senyum kat dorang mesti dorag senyum balik.

Haa ekceli aku nak citer kisah lawak aku semalam.Semestinya berkaitan dengan passport la.Dalam 2 hari ni ayah aku balik keje tersangatlah lambat.Pukul 6 lebih baru keluar dari office.So daripada aku tercongok tak buat pape aku pon tolong kak shida uruskan passport dia yang nak dihantar ke visa.Kalau lah budak praktikal kira OT kan best.Dapat gak income lebih tapi malangnya semua itu hanyalah KALAU..

Ok back to story,lepas habes scan barcode and last step susun and ikat then kira-kira passport tak cukup satu.Muka kak shida pon dah pucat lesi.Yela aku dengar kalau hilang satu keping je passport tu kena masuk penjara woo.Aku pon tolong gak la kira balik semua and hasilnya memang kurang satu gak.Masing-masing tak tak keruan termasuklah aku.Then tetibe aku rasa nak pegi toilet.Aku bangun.Cer korang teka ape yang berlaku...hihii



Dah teka lom??Jawapannya..passport tu ade bawah aku.Kira aku terduduklah atas passport tu..hehe..Dorang semua dah cubit-cubit manja aku dah sebab bagi dorang saspen je..haha..Yela aku boleh lak buat muka sangat lah tak bersalah.Sedangkan aku dok ngeram passport tu.Allah nak bagi petunjuk la tu bila aku rasa nak pegi bilik air.Pape pon alhamdulillah la passport tu tak hilang..

Esok ade jamuan hari raya kat tabung haji ni..nak pakai baju ape yer..hihi :)







Thursday, July 21, 2011

Kerja aku sepanjang berpraktikal



Assalamualaikum

Hari ni aku online dipejabat ok.Saja nak cakap karang korang ingat aku monteng tak pegi keje..hehe
Nak cakap pasal ape eh.Semalam punye la idea mencurah-curah ke ladang gandum tapi sekarang ni kering kontang pulak..adoii

Kadang-kadang aku rasa aku orang yang paling bertuah sebab aku ni praktikal tak macam praktikal,relax kemain.Kadang-kadang je keje menimbun boss bagi.Then relax kemain..Tapi kadang-kadang aku rasa penat sangat..penat tak buat ape2.Macam pelik je dengar kan penat tapi tak buat keje pape pon.Ni aku namakan penat sebab boring.Haishh camner nak explain tu eh.Pandai2 la korang pikir sendiri yer.Pejam celik dah nak dekat 3 bulan aku praktikal kat tabung haji ni.Of course la sepanjang praktikal ni macam2 pengalaman aku dapat plus info pasal haji pon banyak yang aku dapat tau.

Mula-mula aku ingat nak pergi haji ni senang je.Ade duit terus pegi tabung haji cakap nak pegi haji.Rupa-rupanya ade beberapa step yg kita kena ikut.Firstly of course la kene daftar.Lagi lambat kite daftar lagi lambat la peluang kita untuk pergi haji nanti.So sape yang berhajat nak pegi mengerjakan haji cepat2 la daftar ye.Tapi sebelum tu kene pastikan bukak akaun tabung haji and dalam akaun sekurang-kurangnya ade RM3000+ untuk daftar.Orang kata ape kita simpanla sikit2 duit lama2 jadi bukit la..hehe

Then kalau korang nak tau.Kalau kita daftar tahun ni 26 tahun akan datang baru turn kita pegi haji.See lama kan.So sape2 yg rasa die dah tak berapa nak muda tu cepat2 la daftar.Tapi jangan risau sape2 yang rasa-rasa nak pergi gak dalam tahun ni tapi tahun pilihan die lambat lagi jangan risau..kita boleh buat surat untuk membuat rayuan pergi ke haji tahun ni.Tapi sape yang nak rayu for this year sorry banyak2 la tarikh dah tutup aritu..So cuba next year la okey ;)

Sepanjang aku praktikal kat jabatan haji ni memang bermacam-macam surat rayuan yang aku baca.Ade yang tulis guna tangan.Ade yg menaip.Yang guna tangan tu pulak ade yang tulisan cantik.Ade yg aku nak baca pon tak paham.Biasela orang tua yang tulis kan..hehe
Yang bestnye macam2 sebab dorang tulis demi nak pegi haji tahun ni.Yang boring nye bila nak cek status sorang-sorang kat sistem.Sampai pening aku tengok nama berpuluh-puluh ribu orang..huhu tapi biasela dah nama pon praktikal.Kena la belajar sume ;)

Hari ni dapat makan free lagi sebab kak ani bawak lauk kurma masak ayam..hehe best2..Petang nanti pulak tabung haji buat makan2 durian kat bawah nanti..hehe best tau makan free je hari ni.Lama-lama badan pon semakin menaik.OMG..hahaha

#okbai ;)








Monday, June 27, 2011

Best tau berpraktikal ni..



Assalamualaikum

Dah lunch belum?Kalau belum cepat2 la pegi makan k.Kang lapar tak leh nak konsisten keje yang nak dibuat nanti.Sape yang puasa tu tak yah la pegi gatai2 nak makan lak..hehe
Ekceli start hari ni aku dah bertukar tempat yang baru.Before ni aku just tumpang meja kakak yang cuti pantang so esok dia dah nak masuk keje balik.So pandai2 la nak blah dari tempat orang tu kan..hehe

Seronok gak biler dapat online time waktu pejabat macam ni.Selalu tengok nazirul mention yang dia dok tulis entri kat pejabat.Macam mana la rasanye kan,selalu online kat bilik je.Tak pon time class lab..hehe
Sekarang ni time lunch hour walaupon dah pukul 2 lebih.Kerja kat jabatan aku ni best tau.Rehat boleh keluar awal.12.30 dah ade yang keluar.Then takde la punctual pukul 2 kena ade kat pejabat.Sekarang pon still sunyi lagi.Tak tau la yang lain2 pegi mana.Aku ingat nak tidor tadi tapi malas.Baik aku online update entry ;)

Kerja aku makin menimbun ni.Boring lak buat keje yang sama je.Mengada0ngada pulak aku ni kan.Time takde keje bebel boring sangat but now keje dah menimbun bebel jugak..aduhai manusia2!!
Semenjak kakak yang praktikal ngan aku dulu pindah ke jabatan kewangan aku makan kat bawah je.Selalunye beli bungkus sebab malas nak makan kat bawah.Sape yang keje kat area ampang park mesti tau tempat makan ni.Aku pon tak tau nama sebenar die ape tapi people calling this place 'JUMPA'
Weird right??but unique.Mula-mula aku tak suka makan kat situ sebab aku tak suka makan tempat yang ramai orang then bercampur pelbagai bangsa dengan asap rokoknye..huhu
Tapi nak buat camner kene biase kan jugaklah.Kadang2 je makan kat cafe tabung haji tu.Yang seronoknye makan kat jumpa ni aku boleh rasa dunia orang bekerja ni.Yela aku ni kat student lagi.Macam rasa aku ni betul2 dah keje..hehe

okey la nak sambung buat keje yang dah menimbun ni..
#ok bai








Friday, June 10, 2011

Time kat kaunter tak cukup duit la pulak..adoii


gambar xde kene mengena antara idop dan mati..haha




Assalamualaikum


Hari jumaat tabung haji rehat lama sikit time tengahari.Aku rasa semua syarikat macam tu kot?hehe..so alang-alang tu rehat lama aku ngan kak ida(member praktikal) pegi jenjalan KLCC.Boring la dok pejabat tak buat mende baik pegi cuci-cuci mata..hehe
Bukak je pintu lrt bau rotiboy terus menusuk kedalam kalbuku.Wahh memang tertarik2 la nak makan sekarang tapi balik nanti la aku beli.Then jenjalan jela.Ptptn baru masuk la kata kan..hehe
Tak beli pape pon just masuk watson and beberapa kedai gadget je.Aku suke masuk kedai gadget tapi masuk jela.Nak beli kirim salam jela.Kena control nafsu kot..huhu
You know what time nak bayar kat watson tu duit aku tak cukup.Aku rasa macam ade 50 ringgit dalam dompet but takde pulak..memang malu kot time tu tapi still berlagak cool.Aku kan suke buat cool.Time bikin air jatuh kat mcD pon boleh buat tak bersalah..haha..nasib tadi ade kakak tu boleh la pinjam sepuloh hinggit.Bikin malu saja aku ni..haha

Emm esok mau berpicnic di port dickson.Dah lama tak mandi laut,dulu kat teluk gadung boleh tengok je..xleh mandi..huhu
Yehaa tak sabar kot..





krook3..perut berbunyik kelaparan tapi mulut ade ulser..xde selera nak makan..huhu ;(







Thursday, June 9, 2011

Result MUET revealed soon!!





Assalamualaikum


Auucak...rindu aku tak??hehe
Kalau rindu katakan rindu..hahahah memang tak boleh blah..

Actually aku dah ade kawan baru..yehaa sila tepuk tangan tanda gembira ya kwn2 ;)
Bukan kawan lelaki(single lagi ni..hahaha) tetapi kawan perempuan la merangkap kawan sepraktikal aku.Dulu kan aku dok ngadu je bosan sorang2 kat pejabat but now dah seminggu dia masuk and aku adela teman berbual2.Takde la aku dok buang tebiat kawan ngan PC je..huhu
Aku panggil dia kakak sebab dia lagi tua dari aku la.Umur dia 24..aku baru 20 so memang patutla aku panggil dia kakak sebagai tanda hormat aku kat dia..kan2??
Duduk pon semeja kitorang ni..haha sampai orang kata diorang ni memang semua nak share,haha.Hari first pon aku dah boleh rapat ngan dia..hehe..aku nak jadikan dia contoh aku sebab dia sangat pandai okey.Time dia amek diploma dulu tiap2 sem dean list..walamakk degree pulak cgpa terbaru die 3.49..bapak ahh memang terbaiklah kakak ni..bandingkan ngan aku memang bagai langit dan bumi la..haha

Anyway tak lama lagi result MUET kuar..huk3 aku sangat risau okey kerana aku memang K.O bab speaking2 ni..harap2 la dapat band 2 ke atas..tak nak 1 macam rendah sangat je.Dulu aku tak tau pangkat muet ni then kecoh2 je kat orang aku harap dapat band 1 sebab bagi aku dah okey sangat la tu..haha rupenye band 1 tu la yg paling teruk..adoiyaii band apela yang aku dapat nanti kan..huh -,-








p/s: tadi time naik teksi balik rumah aku dapat pemandu yg peramah and baik hati..cute pulak tu..hehe hrp2 lps ni dpt naik ngan die lagi ;)  *gatal siot*








Thursday, June 2, 2011

Orang gila di Ampang Park





Assalamualaikum


Ape kes la aku letak gambar orang giler kat atas ni kan..ekceli aku nak tulis entri pasal orang giler ni semalam lagi tapi elok2 je aku bukak lappy ngantuk aku datang tibe2 then aku memang tak boleh nak tahan lagi teruss tido sampai pagi..haha

Siape kat sini pagi2 biase turun ampang park nak pegi keje ke or jenjalan ke??Dalam 2 hari lepas korang perasan tak ade sorang laki yang otaknye agak mereng melepak2 kat kaki lima ampang park tu.Pagi2 selalunye ayah aku hantar aku ke tabung haji macam biase but pagi tu ayah aku hantar sampai lrt taman melati je,so pandai2la aku naik turun ampang park.Then sampai ampang park jalan dengan jiwa yang suci dengan hati yang bersemangat nak bekerja tibe2....mata aku terpandang sesuatu yang !@@#$%@

Korang terjemah la sendiri ape yang aku nampak tu..Ahh aku tak bersalah.Orang giler tu yang bersalah..haha
Boleh lak die lending tengah2 jalan2 pagi2 buta tu dengan terkangkang..elok2 je seluar die terkoyak tengah2 tu nampak @#$$$#@^ die..wadefak...habis mata aku tak suci!!

Boleh lak die pandang orang yg lalu lalang tanpa perasaan besalahnye..ehh lupe lak..orang giler mana ade perasaan dowh..hehe..nasib ko orang giler..

Nasib aku nampak die 2 hari je lepak kat situ,maybe die dah jumpe tempat baru untuk buat tayangan free show kt orang lain pulak kot..hehe




huhu..bermasalah pulak tempat praktikal aku ni ;( 

Friday, May 27, 2011

Murah rezeki ;)


Assalamualaikum


Alhamdulillah hari ni rezeki aku banyak murah woo.Ni bukan niat nak belagak or ape but orang kata ape sekali kala bersyukur atas nikmat yang diberi ape salahnye kan ;)
Tengahari tadi aku keluar lunch dengan salah sorang kakak yang kerja ngan aku tu then time nak bayar die terus suruh mak cik kantin tu bayarkan sekali yang aku punye.Aku menolak la..yela segan kot nak suruh diorang belanja.Siape la aku ni kan..budak praktikal je kot -,-
Ekceli kalo aku tau la die nak belanje aku memang takde la aku berjimat amek lauk..haha terok punyer olang..Mule2 nak amek ikan tapi pikir balik dah la mahal then aku decide la nak amek daging black pepper sebab amek banyak2 pon harga still sama..nak berjimat punye pasal,gara-gara terikot habit kat uitm berjimat beli lauk sanggup tak beli sayur sebab mahal..terbawak2 la sampai ke tempat kerja..hehe
SYUKUR ;)

then time balik keje tadi aku balik skali ngan kakak yg lain pulak.But before naik lrt tu die ajak singgah ampang park jap.Die kata nak beli baju then die suruh la aku beli sekali.Aku pon dah lama tak shopping then usha2 gak la kemeja.Lawa2 pulak tu..lepas aku menarik tertarik ko memang debomb 1 baju tu ingat nak bayar then kakak tu kata tak payah terus die bayarkan untuk aku..aku nak tolak takut die berkecil hati pulak..so just say thank to her la..hehe org kata rezeki jangan ditolak ;)

Nak hampir 2 minggu aku buat praktikal kat sini then aku dah rasa selesa dengan orang2 disana(kecuali boss la...hehe) and walopon ade gak sikit2 xselesa sebab umur memang beza la ngan aku but aku sangat bertuah sebab diorang semua layan aku dengan baik and mesra.Selalunye kite dengar kes budak praktikal kene buli buat air la apela kan but terbalik lak situasi aku.Diorang yang buat air untuk aku tiap2 pagi.Aku just duduk dan makan..haha..then biler diorang sembang aku takde la nak nyampuk ape..tak elok kan nyampuk cakap org2 tua.So aku diam and just mendengar dunia orang2 sebaya mak ayah aku ni.Menarik jugak tau..
tapi aku tak lama dok kat bahagian haji ni sebab ni bukan bidang aku.Takde kaitan langsung ngan akaun langsung..bulan 6 nanti baru diorang pindahkan aku kat bahagian lain buat rasa tak nak pindah lak sebab dah selesa kat sini kan..kat tempat lain pulak kene take time jugak nak mesra ngan sume orang..but demi pelajaran aku sanggup berkorban..cewahh..hahaha

to all my friend yang akan menghadapi dunia praktikal bermula ahad ni selamat berjuang yer..take it slow..haha..moga success semua ;)
JUMPA DI DUNGUN 6 BULAN AKAN DATANG !!!!







agak2 sapela akan terkeluar ML malam ni eh??








Thursday, May 26, 2011

No feeling~




Assalamualaikum
Semalam result uitm dah kuar but sumpah la aku nak kata before kuar result tu sume member2 aku dah masing2 cuak result nak kuar but aku still no feeling omputeh kate.Aku take part langsung mengenai result yg akan kuar berbanding2 semester lain seminggu before result dah ketaq lutut sekali demam kura-kura pon ado.Aku pon tak tau la ape nak jadi ngan HATI aku ni. Ramai cakap ‘ala mesti dapat okey tu sebab tu la relax..haha directly aku cakap aku rasa relax ni pon sebab aku dah jangka result aku macam tutt @#$%..(ni tak mencarut ok)
Oleh kerana result kuar pagi rabu so aku memang tak berkesempatan la nak cek pagi tu sebab kat tempat kerja ni takleh bukak internet selain urusan pejabat..adoii
Then malam semalam barula aku berkesempatan nak bukak.Laju giler la nak cek result semalam.Sekali klik je nahh terpampang result seketui dua tu..haha
Laju je aku tengok bahagian tepi result tu. Nak detect sikit ade perkataan GA tak..hehe..Okey LU,LU,LU,LU,LU,LU,…………..GA  wadefak lak ade gak GA ni nak muncul kat result aku yg tak berapa nak cantik ni..grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr saje buat bengang sedangkan hati takde la terkejut sangat sebab dah jangka subjek tu tak lepas.Orang kata ape nak gak rasa feeling sedih2 repeat paper.Nampaknye aku takleh nak gunekan pepatah BANANA FRUIT TWO TIMES sebab memang dah fruit two times dah ni ha..Before ni akaun la ni costing pulaks..
Tapi pape pon alhamdulillah sangat2  ade dua paper yg aku rasa down sangat time jawab lepas..(sambil tadah tangan bersyukur) And tak lupe gak kepada madam rhu yg byk membantu.Walopon carrymark die agak susah nak dapat tinggi but final aku  still okey..hehe luv u madam ;)
Ekceli aku tengah boring tahap gaban kat pejabat ni then teros teringat nak hupdate entry save kt word dulu then balik umah baru copy paste kt belog..hehe
Rakan sekerja aku yg lain pegi mana ntah.masing2 memang relax takde keje je aku tengok.Bape kali dah aku round2 tanya kat kakak 2 tu ade kerja tak untuk aku.See aku rajin tau..haha
Ade yang tengah bukak kedai kopi kat pantry..hehe paham2 jela kan..

Okeyla karang aku menaip panjang2 pon ade orang tu tak suke.Kepada orang tu suke hati la aku nak menaip panjang2 pon ni belog aku.TAk yah la baca kalo penat sangat nak baca and fyi entri tu memang la agak panjang sebab tu adalah cerpen.Kalo pendek2 takdela penghujung citer nye..okey la lagi dari ko yg copy paste sebijik2 entry orang then tak buat backlink.Mana lagi teruk sekarang??JAWAB!! -,-

Org kelate cakap (kecek to my tange) translate : talk to my hands ok!! ;) 











Thursday, May 12, 2011

Second day praktikal ;)




tempat praktikal ku ;)


Assalamualaikum


Dah tidor ke semua.Eh masih awal okey untuk korang tidor ;) tapi mata aku ni dah start layu..hihi..Anyway hari ni second day aku praktikal.Rasa best tau citer pengalaman aku kat blog ni sebab kawan2 aku jauh untuk diorang tadahkan telinga dengar aku pot pet so belog la yang jadi mangsa okeh..hehe

Hari ni aku tak tau nak tulis ape kat buku log sebab aku memang tak buat pape kerja pon.Just habiskan sikit shrink paper then duduk kat meja macam orang bodoh tak tau nak buat ape.Komputer die pon sangat boring nasib la ade puzzle yg boleh main kat desktop.Aku tau ade game ni pon dari paeh sebab time class lab die selalu main ni siap ajar aku lagi.Dah tu kutuk2 aku lambat main susun nombor ni..haha aku memang lemah la bab2 susun camni -,-

Tadi pukul 10 pagi tabung haji ade anjurkan ceramah bertajuk ' CERIA DI RUMAH,CERIA DI PEJABAT '
amacam tajuk die??hehe..so kakak2 tu ajak aku join sekali dengar ceramah tu.Dapat makan free tu!!hehe.Aku melangkah je kat dalam dewan tu agak teruja sebab dewan die cantik lagi dari dewan aspirasi...haha..Penceramah die pulak die jemput Ustaz Hushim..Kenal tak??Aku pon tak kenal die then diorang cakap ust ni selalu muncul dalam tv..tu la akibat tak suke tengok ceramah agama -,-

Ahh habit buruk aku ni memang still tak boleh nak di buang.Mana tak nye time ceramah tadi sempat lagi aku tersengguk-sengguk.Kire aku dah kawal la perasaan ngantuk aku tu tapi gagal..haha..Kalo member aku baca ni mesti diorang geleng kepala je..haha..Penceramah tu memang best sebab gaya die memang lawak ahh tapi nak buat camner aku memang kalo dah ngantuk kat mana2 pon boleh tido..hihi..Lagipon ceramah tu banyak pasal kehidupan dah berumah tangga la sampai naik segan aku dengar.Aku muda lagi la oii..haha

Habis ceramah dapat nasik ayam free then makan ramai2 kat pantri.Sambil2 tu sempat la bergossip..haha ( teringat time tajuk gossip at workplace lakonan gossip girl time class bel..hehe)
Then tak lama tu pengurus kanan yang comel lote tu mintak tolong aku hantarkan surat kat penolong kanan jabatan tingkat atas.So dengan rasa yang pnuh tanggungjawab aku naik then aku sampaikan amanat itu.Wahh first time gitu..
Siyes aku nak cakap time praktikal kite memang tak boleh ade perasaan malu tak bertempat.If ade perasaan tu memang kite kena buangla sebab suasana kerja ngan study memang berbeza.Macam situasi aku ni kat tempat kerja aku ni almost dah berkahwin and umur sebaya ayah2 aku je so aku tak boleh la nak main lepas cakap je macam aku buat kat uitm dulu.So memang  tu salah satu cabaran aku kat situ.Aku still lagi kekok nak sembang2 mesra ngan diorang.Maybe take time kot sume ni ;)

Diorang alhamdulillah semua baik2 and layan aku ngan baik.Harap aku dapat belajar dengan baik ngan diorang.
Okey la malam ni nak copy game bebanyak esok kalo boring boleh main..haha

good nite ;)




hari ni balik sendiri naik teksi dari tmn melati.Pak cik teksi tu bawak lembap siot sampai kena 6.90..sabor je la~




Hari pertama praktikal ;)





Assalamualaikum korang..

Hari ni first day aku praktikal.Adakah seronok or ade perkara yang memalukan??Nak tau lebih lanjut sila lah baca entry ni sampai habis yer.Kalo ngantuk pegi dapatkan nescafe yang berdekatan dengan anda ;)

Hari ni aku bangun pukul 6 then terus siap2 sebab kalo lambat keluar dari rumah confom2 la jalan jammed ke kl tu.Standard la kan kalo kt kl.Mana2 pon sama kot kalo pagi2 ;)
Seronok tengok bebudak pegi sekolah pagi2.Teringat zaman sekolah dulu.Nasib la sekolah aku dekat ngan rumah so kalo bunyik loceng je baru la terkedek-kedek lari ke sekolah gara-gara takot kena kunci.Nak datang awal sangat memang tak la kan ;)

Then lepas hantar adik aku kat sekolah methodist laki-laki kat sentul (nama sekolah die macam dulu2 ah..hehe) barulah ayah aku meneruskan perjalanan ke tabung haji iaitu tempat aku praktikal.Alhamdulillah xdela jammed sangat sebab kuar awal kan.Sampai je sana ayah aku ajak pegi cafe.Aku memang takde selera langsung dowh.Biasela first time kan ;)

langit pon still biru time aku sampai tu..hehe

welcome to tabung haji ;)

akibat terlalu bosan lalu menangkap gambar -,-


Dalam nak dekat pukul 8 barula aku bergerak ke jabatan sumber manusia then ayah aku tinggalkan aku dengan pekerja disitu.So bermula lah tugas aku sebagai STUDENT PRAKTIKAL ;)
Firstly ade sorang mak cik ni memperkenalkan aku dengan semua staff kat jabatan tu.Ohh lupe pulak nak bagitau aku ditempatkan dijabatan haji buat sementara waktu ni oleh kerana jabatan kewangan memang penuh.Not bad la orang2 kat situ.Semua peramah dan baik2 belaka.You know what aku sorang ke student praktikal kat situ.Yang lain semua pekerja.Mula-mula memang agak malu sebab ni pengalaman first time kan but lama-lama tu dah rasa okey sikit.Memang kena buanglah perasaan malu tak bertempat tu kalo nak praktikal nanti.And aku dapat tempat yang agak kemas dan cantik..





cantik tak meja aku?ekceli ni aku tumpang salah sorang pekerja yang sedang cuti bersalin buat sementara waktu ni.
Aku sebenarnye tak tau sape majikan aku sebab dalam 1 jabatan tu ramai sangat bos die.And mulai esok aku kena belajar ngan kak lin iaitu setiausaha salah sorang bos kat situ la.Kak lin tu biler2 masa je nak bersalin so lepas ni die kena ajar aku kerja die sebab aku bakal menggantikan die tak lama lagi..huhu tak ku terjangka aku akan menjadi seorang setiausaha walopon praktikal..huhu

Okey tugas first aku iala SHRINK kertas,kakak tu mintak tolong aku shrink kan sebab die tak larat yela dah mengandung kan.Mestila xleh buat kerja berat2.Anyway best gak buat mende alah tu..ngee~
Kak lin tu memang peramah.Sambil2 aku buat kerja tu die banyak gak la bagitau aku pasal jabatan ni.Buat pengetahuan korang jabatan ni akan menjadi sangat sibuk biler nak2 dekat musim haji nanti.Dah nama pon jabatan haji kan..haha

Time lunch agak menyedihkan bagi aku pada mulanya.Aku kat meja aku sambil berharap adela someone ajak aku lunch.But ade la 2 3 orang pekerja lelaki tanya aku tak makan ke?takkan aku nak cakap ' ehh nak ikot sekali boleh tak?' tak nak aku!! aku pon mencari2 orang yang boleh diajak makan sebab perut aku ni sumpah lapar giler.Tapi malangnya semua orang dah turun.Dahla jari aku xleh nak detect then memang takleh nak pegi mana2 la.Dok je kat bilik tu.Lastly baru perasan ade 1 pintu ke toilet diorang tak tutup rapat so dengan perasaan independentnye aku menapak la sengsorang demi mencari sesuap nasi..Cewahh ayat memang tak boleh blah..haha

Aku beli bungkus je sebab segan la nak makan bawah tu.Sampai je kat pejabat adela beberapa orang kakak2 makan kat pantri then diorang ajak aku makan sekali.Malu gak mula-mula tapi biler di pikirkan ' ape ko hingat ni pejabat bapak ko ke boleh makan kat tempat kerja,so aku makan jela kat pantri tu ngan makcik2 sume.Best ;)

Then sambung buat kerja balik sampai la pukul 5 baru stop.Rasa macam cepat je masa berlalu.Tapi aku bersyukur sebab tanpa praktikal aku mungkin takkan berpeluang rasa susana kerja dipejabat macam ni.And aku jugak bakal diberi elaun..yehaa.. ;)
Maybe start esok ayah aku just hantar pagi2 then petang balik sendiri.Wahh budget dah macam pekerja betul lak kan sedangkan praktikal ke..kecoh la lu~

okeyla esok macam biase kena bangun awal lagi.terima kasih kerana sudi membaca pengalaman first time aku praktikal.Aku memang suke bercerita walopon ayat tunggang terbalik..hahaha
bye korang ;)


muke memang ngantuk kot,,tu la da biase bangun lambat,,skali kene bangun awal daa~






ahha esok belajar filing pulaks ;)




















Wednesday, May 11, 2011

Melangkah ke alam pekerjaan ;)



Assalamualaikum


Hye korankkk.Ehh tak nak lah buat gaya ni nanti ade orang kutuk..haha..
Aku baru je balik dari Giant tadi shopping sikit.Bukan beli banyak sangat pon.No money la.Ni pon pinjam duit adik aku afiq.Die kaya woo semenjak eksiden ni banyak die dapat duit.So dengan muka tak tau malu mintak duit kat die.Tapi pinjam je la..hehe

Macam esok nak raya je shopping sakan ni.Bukan raya tau tapi esok aku start praktikal.Wahh terkjut tak??Ciss aku syok sendiri je rupenye -,-
Ekceli time aku sedap2 tidor tibe2 mak aku kejut aku sambil kecoh2 cakap ' ika,tabung haji panggil esok kerja kat sana.Setuju tak?'
Aku memang still mamai lagi then mak aku cakap ' ala setuju jer ' aku pon ye kan jela..then sambung tidor balik tak lama tu baru tersedar 100%
Ehh ape yang berlaku tadi??Aku start kerja esok??OMG taknak!!!Ekceli aku start praktikal 1/6 tapi tibe2 je die suruh datang awal -,-
Nak buat camne terlajak perahu boleh diundur terlajak kata tak leh nak nak undur dah.Ini bermakna start esok aku kena bangun awal!!!Tak nak!!!

Bukan pukul 7 macam aku selalu buat kat kolej tu tapi pukul 6 pagi dowhh.Yela aku kerja kat ampang sana tu.Jauh woo then nasib la pagi esok bapak aku yang hantar aku,kire bapak aku mintak masuk pejabat lambat sikit.Then hari selepas2 nye aku kena pegi sendiri!!
Naik lrt dari sentul then turun kl sentral.Kena pulak tukar lrt ke ampang.Ini sangat menyusahkan!!
Nak buat macam mana kan terima la seadanya.Maybe ni rezeki aku dapat masuk kat tabung haji ni.Kakak aku yang dah interview pon tak lepas2,walopon aku just praktikal je kat sana tapi kalo ade rezeki maybe die serap aku nak keja nanti ke kan,,hehehe..

Aku pon tak tau ape yang bakal terjadi esok.Adakah akan terjadinye peristiwa yg seronok or memalukan.Wait and see saje la.Ni first time aku melangkah ke alam pekerjaan.Bukan syarikat kecik woo..tabung haji kot yang ade bangunan besar tu.Harap2 aku akan mendapat ramai kawan baru disana walopon aku rasa aku yang paling muda kat sana.Cehh perasan siot.Sebab aku rasa tak ramai student diploma yg ade praktikal.Ramai yang degree la tak silap aku..huhu

Okey mak ngan ayah aku dah bising suruh tido skang,Esok kena bangun pukul 6 pagi okeh!!
Dah la aku sememangnye seorang anak dara yang amat susah bangun tido..har har har..
Nanti aku hupdate entry malam esok yea,kalo aku ade mood la..heh

bye korang ;)
wish me luck ^_^











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...