Showing posts with label cerita cinta. Show all posts
Showing posts with label cerita cinta. Show all posts

Friday, April 8, 2016

Backpacker Trip ke Penang [Part 1]

Assalamualaikum


Memandangkan Umobile dah aktifkan free internet 1GB so boleh la nak upate blog tanpa stress bila tak lepas nak upload gambar sebab quota dah habis. Thanks Umobile dengan power pack anda pasti tak menyesal dengan pilihan ini *iklan tak berbayar*

Actually dah lama dok peram entri pasal trip ke Penang baru2 ni dengan member TH. Plan kononnyer sampai kl nak update takut terlupa memori2 indah gitu last2 terperam sampai lah ke harini. Panjang cerita nya untuk trip buat pertama kali nya aku tanpa family. Nampak macam anak manja gitu kan, selalu pergi dengan family or trip class je tapi kalini dapat permission untuk trip dengan Erin n Afwa je merangkap member time intern dekat Tabung Haji memandangkan kami sama2 single dan sama2 takde komitmen time tu so terjadilah plan last minit gitu ;p

Fyi, kitorang buat trip ala2 backpacker gitu sebab tengok ramai orang dok share bp ke situ sini so nama pon darah muda kan, perasaan teringin tu meluap2. So plan punya plan decide nak ke penang memandangkan masing2 tak pernah jejak lagi kesana dan banyak tempat menarik kat situ especially untuk backpacker2 ni.

Destinasi : Georgetown, Penang
Tarikh : 27 - 29 Jan 2016
Pengangkutan : ETS, Feri, Bas, Kaki
Penginapan : Hotel Mingood
Calon yg terlibat : Aku, Erin n Afwa
Misi : Cari tempat makan yg sedap, mural yg unik dan tempat menarik kat penang

27 Januari 2016


Pagi2 lagi kitorang dah kumpul kat kl sentral memandangkan masing2 nak naik ETS yg baru tu, laju kot. 4 jam je dah sampai butterworth dari kl. On time pulak tu sampai, dah macam jepun aku rasa. Siap die display lagi kelajuan tren tu and apa yg aku dapat bezakan dr tren ktmb yg lama ialah first dari kelajuan, kebersihan, toilet, fasiliti dan of cos harga nya..hihi..lagi laju lagi mahal maa.

Sampai butterworth kebetulan ada van free yang memang ada setiap setengah jam kat stesen tren tu untuk pegi ke jeti. Nama pon free janganla expect dapat seat yg selesa, mmg berhimpit kot dengan beg besarnye. Actually stesen tren dgn jeti takdela jauh mana tapi memandangkan panas terik n kitorang pon first time jejak situ so gunalah public yg ada.

Sampai je jeti terus beratur nak bayar, punyalah beratur nk bayar tiket ingatkan dapat kupon ke ape rupanya beratur lama2 tu untuk tukar syiling. Untuk bypass naik ke feri bukan guna kupon ke ape tapi duit syiling sebanyak RM 1.20. Murah kan ;)

Sempat lagi time tunggu feri

Dalam feri, rezeki kitorang tak ramai sgt time ni sbb pegi time weekdays kan..hihi

Sampai je Georgetown terus on gps untuk cari hotel yg kitorang dah book melalui Agoda n korang nak tau tak punyalah nak jimat kitorang jalan kaki dengan panas terik time tu. Memang bakar habis lemak terkumpul dlm badan tu..hihi..dgn berpandukan gps Erin dan perjalanan kira2 nak dekat sejam jugak lah plus minus berenti rehat kejap finally jumpa hotel kitorang iaitu Hotel Mingood. Kebetulan dekat dengan Line Clear yg femes tu terus makan dulu kat situ before gerak ke hotel.

Kepoyoan terserlah..keke

Dapat triple room, bolehlah dengan harga dia dengan servis yg kitorang dapat. Recommended!!


Lepas rehat2 kejap, terus gerak ke Bukit Bendera aka Penang Hill. Utk pengetahuan korang bg yg plan nak kesana, korang jgn risau dengan transport kt sana sebab banyak bas dekat sana n orang kat sana semua mesra2. Kitorang tak tau tanya je sesapa yg terjumpa tepi jalan sampaikan takut jugak nak tegur someone ni sbb muka macam india rupanya cakap utagha habaq ang..keke

Akibat tak plan dgn betul sebab plan kalini dinamakan trip kasi terjah, terstuck dlm jammed hampir sejam jugaklah sebab kuar time peak hours org balik kerja. Padan muka kami..haha. Sempatlah tertido dgn sejuk hujan + letih kan. Takpe semua tu experience ;)

Entrance penang hill, tak ramai orang since kitorg sampai pon nak dekat pukul 7 mlm ;(

Yg bestnye nak ke atas tu kena nak tren, seriously best giler scenery sepanjang nak ke atas, kebetulan sampai atas dah gelap dan dapat lah tengok whole Georgetown malam2. Dengan angin sejuk macam kt cameron pergh siyes best!





Masing2 melayan perasaan..kahkah

Peace yaww oghang penang ;)

Sedih jugaklah tak dapat pergi banyak tempat sebab dah tutup..sob3..tapi tu pon tak terlarat nak jalan semua tempat. Next time kena datang lagi tapi kena pegi pagi2 boleh lepak lama2 kat atas tu. Ingat tuu!!

Menjunam kot nak turun tu..selawat mcm2 dlm hati time ni,,haha

Isi perut kt mamak tepi jalan dekat dengan hotel, Actually org perempuan kt penang tak nampak berkeliaran malam2 kat bandar dorang, so org pandang kitorg pelik je..hahaha


Alhamdulillah first day berjalan dengan selamat tanpa ade pape yg terjadi. Haa lupa nk bagitau, time gerak kuar dari feri tengah2 jalan beg erin tetiba zip terbukak sendiri, alhamdulillah org tu tak sempat nak amik pape, mmg kalau leka sesaat je mmg dah hilang dah dompet die. Alhamdulillah ;) So korg hati2 biler dtg tempat yg xbiasa ni lagi2 tempat ramai2 org cmtu. Ok done first day. Continue next entri untuk next day pulak ok..penat dah menaip ni ;D


pss: utk list kos perbelanjaan sepanjang kat sana next entri aku share okeh..see u ;)







Tuesday, March 29, 2016

Impian Saya


Assalamualaikum w.b.t

Dear diary,

Dah lama rasanya tak bebel kat blog ni kan, nak kata busy tak jugak sebab dah 3 bulan makan anggur je kat rumah ni. Maybe mood menulis tu dibawa angin laut cina selatan *tetiba*
Tengah basuh pinggan tadi tetiba terdetik dalam hati tentang impian2 yang aku ingin capai dalam hidup ni. Sebut pasal impian confirm punya setiap orang ade impian masing2 kan. Tak kisahlah impian dalam bentuk kerjaya, rumahtangga or minat masing2.
Dan semestinya aku jugak punya IMPIAN yang aku nak kecapi dalam hidup ni sebelum sampai ajal, jika diizinkan Allah la kan. Impian aku pulak banyak jenis nya. So let’s we go one by one pika ni punya impian yang dia nak story sangat tu..kekeke

KAHWIN

Of course tiap orang mesti nak kahwin, tipu lah kalau takde kan. Cuma cepat atau lambat tu semua ketentuan Allah. Kita sebagai hambaNya kena sentiasa berdoa untuk dikurniakan jodoh yg terbaik untuk diri kita, dan Allah akan bagi pada masa yang terbaik untuk kita. Mungkin bukan didunia tetapi disyurga nanti kan. Insyallah. Kadang2 bila tengok kawan2 ramai yang dah kahwin dan masing2 update pasal anak dorang, dalam hati ni memang terdetik la jugak alangkah bestnye ada anak sendiri. Walaupun aku tau tiap2 orang ada ujian masing2, lepas dapat anak ujian nak jaga lagi kan. So aku cepat2 hilangkan perasaan negative tu dan bersyukur dgn apa yg aku ada sekarang. Dapat meluangkan masa untuk diri sendiri dengan perkara2 yang kalau dah kahwin agak terbatas untuk buat semua ni,contohnya mencari ilmu akhirat, baca buku2 ilmiah. Aku selalu pegang ayat ni ‘ Kalau kita nak dapat yg terbaik, kita kena jadi yang terbaik dulu’.

BISNES

Aku suka bakery. Antara impian aku sejak kecik lagi aku nak menceburi bidang bakeri ni sebab bila aku masak dan orang beli dan makan apa yang aku masak kepuasan dia hanya Allah yg tau. Siap ada plan nama bakeri lagi tu..hihi takpe berangan sekali sekala tu perlu kan. Tapi sehingga lah aku berumur 25 tahun ni aku tak berani lagi untuk menjual hasil air tangan aku lagi, kalau family or kawan2 nak makan aku akan masak untuk dorang tapi bukan untuk dijual. Bagi aku ilmu yg aku ada tak cukup lengkap lagi untuk dijual sebab takut hasil tak setimpal dengan apa yg dorang bayar. Tapi pernah baru2 ni aku try jual choc moist kek kt satu event yg member aku ajak join. Tu baru buat 50 pc dah terasa kepenatannye. Tapi still puas sebab dapat jual air tangan sendiri kan. Insyallah sekiranya Allah izinkan untuk aku memulakan bisnes ni secara serius. Banyak aspek nak kena pikir. Tapi orang lain boleh aku mesti boleh!! Nabi pon galakkan umatnya berniaga J

KERJAYA

Semestinya lepas tamat degree antara impiannya aku nak sangat mendapat pekerjaan yg sesuai dengan aku dan merasa gaji first utk bg kat parents aku. Seriously teringin sangat. Sebelum ni selalu mintak dari dorang je kan. Aku pulak x pernah buat part time kerja sepanjang hidup aku kecuali adela jd cikgu tadika kejap, tu pon kejap je tak sampai sebulan. So aku harap aku akan dapat kerja yg halal dan yg penting aku selesa dan seronok utk kerja kat situ dengan environment yang terjaga.

HUSNUL KHATIMAH

Setiap muslim mesti kena ada impian ni sebab sia2 saja kita hidup dimuka bumi ni kalau masa kita meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya kita pergi bukan dalam keadaan orang yg beriman. Alangkah beruntungnya jika kita semua pergi dalam keadaan orang yang beriman dan Allah permudahkan segalanya. Lepas solat jangan lupa doa yer semoga Allah matikan kita dalam husnul khatimah ataupun dalam kalangan orang yg beriman bukan sekadar Islam je. Amin.

Last but not least impian nak kurus. Tapi tak tau la bila nak tercapai impian tu, mana taknya lapar je pegi dapur -,-


Pstt: Semoga semua impian2 aku kat atas ni tercapai dan jugak2 impian2 korang semua. Kalau nak cerita lagi detail tentang impian aku memang sampai esok tak habis, so ni sedikit sebanyak tentang impian2 yg sangat bermakna untuk aku. Insyallah :D 







Thursday, January 14, 2016

Praktikal Kali Kedua di Bahagian Teknologi Maklumat, TH

Assalamualaikum

Hmm as always dah lama tak jejak blog picisan ni. Almaklumlah blog ni pon untuk tulisan peribadi je takde sebarang entry berbayar pape okay. Mana yang boleh diambil pengajaran, silakan. Yang tak baik harap tak ambil ye ;)

Cukup dua minggu aku sudah menamatkan praktikal a.k.a latihan industri di Bahagian Teknologi Maklumat, Tabung Haji HQ. Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar selama hampir 5 bulan di sana walaupun banyak kenangan pahit manis sepanjang disana. Pengalaman itu la yg mematangkan kita bukan? So segala ilmu pengalaman pahit manis aku ambil dan simpan ketat-ketat dalam hati dan ingatan untuk peringatan masa depan. Insyallah

Walaupun ini kali kedua aku berpraktikal kat Tabung Haji ni tapi pengalaman amatlah berbeza. Dari segi suasana, pengalaman kerja and kawan-kawan disana. Mungkin time diploma dulu pengalaman banyak belajar tentang proses mengerjakan Haji dari awal sampa habis. Time tu pulak umur memangla muda sangat, tak berapa nak matured sangat kan. Hehe. But pengalaman time degree ni bila intern di IT banyak belajar tentang business process Tabung Haji yang relate dengan IT. Yess of course semua benda akan guna IT. Walaupun x terlibat secara langsung tapi aku suka ambil tau tentang semua benda yang boleh aku simpan as input bila dah keluar nanti. Kuncinya ialah BANYAK TANYA!! Malu bertanya sesat jalan.

Selain itu, aku jugak buat kerja2 admin memandangkan staff kat situ kekurangan orang,so aku tolong lah selagi aku boleh tolong and benefit from that aku dapat kenal hampir keseluruhan staff di BTM ni and senang nak mintak tolong kalau ade pape problem. Kerja admin ni actually best tau, takyah guna otak. Hahaha asalkan kita willing to learn and do the job really well. Insyallah.

Sebut pasal kawan2 disana pulak, alhamdulillah aku dikurniakan kawan2 yg sangat sekepala,sporting dan always sharing each other walaupun ada yang tak puas hati sesama tapi biasa la manusia tak perfect kan, yang penting give and take tu mesti ada dgn terima kelemahan masing2. Takkanlah memanjang je dia problem kan,mesti ade kelebihan seseorang tu. Aku pulak memang suka berkawan dengan sesape je asalkan dia ikhlas berkawan dengan aku. Bak kata pepatah berkawan biar beribu, bercinta biar satu..Hihi

Last but not least, sekarang ni tengah berehat di rumah *padahal menganggur* sementara tunggu panggilan interview. Tadi adela terima call dr HP tapi terpaksa tolak sebab kerja shit and jauh dari rumah. Insyallah ada rezeki aku kat tempat lain ni ;) Sementara tu memang jadi babysitter jaga anak sedara yang makin aktif. Aku pon tak larat nak kawal dah die ni. Hahaha

p/s: Entry kali ni macam sekilas apa yang berlaku baru2 ini dalam hidup aku. Banyak benda happy sedih yg berlaku tapi apa yang patut share aku share ape yang tak patut biarlah aku simpan sendiri..hehehe



Monday, November 30, 2015

La Tahzan :)


Assalamualaikum


Lepas solat maghrib tadi tiba-tiba rasa sedih sebak semua bercampur baur. Pelik jugak tetiba kan. Nak kata gaduh dengan bf  tak jugak sbb bf pon takde. Stress dengan kerja rasa macam takde la sampai nak gila kan. Hubungan dengan kawan-kawan so far Alhamdulillah baik kot. Dengan family jugak Alhamdulillah jugak mesra manja2 gitu (padahal adik aku menyampah dgn kegedikan kakak dia,haha).

Hmm apa ye punca dia??
Tapi sedih dia tu sampai mengalir air mata sambil istighfar banyak2 kot2 ade dosa yang kita buat tapi kita tak nampak. Then aku meng’google’ menggunakan keyword ‘ kenapa tiba-tiba rasa sedih’. See nampak tak zaman sekarang semua nak Google kan sebab manusia sekarang pon tak faham dengan diri masing-masing..hehe

Sekali aku terjumpa article ni. Jom sama-sama kita baca dan menghayati tazkirah ‘manis’ ni..

*****************************************************************************

"Allah rindu tu.."

Pernah tak tiba-tiba rasa sebak?
Pernah tak tiba-tiba rasa sedih?
Pernah tak tiba-tiba rasa rindu?

Tapi semua tak tahu kenapa. Tak tahu sebab apa.
Saying sekalian, itu tandanya Allah rindu. Allah rindu rintihan doa dan hajat kita. Cuba ingat balik, bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah?
Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Tak pernah langsung?

Allah..Allah
Sayang, bila tiba-tiba rasa nak menangis, sebak rasa macam tak kena. Ingatlah! Allah sedang rindu akan kamu.
Mungkin dengar nasihat, rasa teruntun hati tu, padahal takde ayat touching pon. Tapi kita yang over-over nak rasa sebak pulak. No no, itu rasa Allah yang bagi.

Cuba kalau rasa sedih sebak nak menangis, kita cepat-cepat pegi toilet. Cari kepala paip,bukak paip.
Mandi? Tak.. Amik wudhuk,masa amik wudhu’ tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu. Confirm makin lebat hujan air mata. Sebab ape? Sebab nak pegi jumpa Allah ni.
Hamparkan sejadah, solat lah..doa lah..minta lah..Allah dengar, Allah rindu tu. Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu.

Nah..lepas siap mengadu mesti rasa lega. Sebab Allah dah dengar rintihan kita. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang.
Sayang..walaupun tiada bahu untuk bersandar untuk melepaskan rasa sedih kecewa marah tapi.. kita masih ada lantai untuk bersujud. Kita masih ada Allah untuk di adukan segala masalah.
Okay jangan sedih-sedih lagi ye..

La Tahzan. Innalllaha ma’ana.

*********************************************************************************

 Lepas baca sampai habis terus air mata ni lagi mengalir2 macam air terjun ulu yam. Iman kita ni memang selalu turun naik. Adakala buat dosa macam buat benda baik je kan. So time naik tu kita perbanyakkan la mintak ampun kan. Allah sangat Pengampun :D

p/s: dah lama tak tulis something yang berguna,selalu entri kemain merapu..haha


Monday, September 21, 2015

Help Desk Joke

Are computers male or female?

Well, we don't know the answer, but we have some clues.

Reasons why computers are female:

1. No one but their creator understands their internal logic.
2. The native language they use to communicate with other computers is incomprehensible to everyone else.
3. Even the smallest mistakes are stored in long term memory for possible later retrieval.
4. As soon as you make a commitment to one, you find yourself spending half your paycheck on accessories for it.

Reasons why computers are male:

1. In order to do anything with them, you have to turn them on.
2. They have a lot of data but still can’t think for themselves.
3. They are supposed to help you solve problems, but half the time they ARE the problem.
4. As soon as you commit to one, you realize that if you had waited a little longer, you could have gotten a better model.

so, male or female, what do you think? let us know, and feel free to send your own IT jokes!


Friday, September 18, 2015

Info about Degree in Business Computing

Assalamualaikum


Tak terlambat rasenye nak ucapkan congratulations to all junior yang dapat sambung study diUiTM. Tak kisahlah dimana2 campus pun asalkan korang dapat meneruskan perjuangan korang after SPM/Matric or Diploma. A big of applause for you all. Jangan rasa rendah diri bila makcik pakcik tanya

Makcik : 'Nak,ko study mana nak?'
Korang : 'UiTM makcik!'
Makcik : 'Ohh'

Walaupun ramai orang dok kutuk UiTM or pandang rendah abaikan semua tu sebab bila korang masuk nanti baru korang rasa betapa bertuahnya dan terpilihnya korang dapat masuk antara berjuta2 pemohon yg lain. Mana nak dapat yuran RM530 je untuk degree sebulan. Diploma RM210 (xsilap la).

So entry ni actually khas untuk sape yang dapat sambung dalam course Business Computing iaitu course yang aku amik. Or also known as Bizcomp. Dengar mcm masscom kan. No no no. Mesti ramai yg dapat course ni wonder benda apela korang akan belajar nanti kan. Kalau course mcm IT or CS korang memang dah agak akan belajar buat system or programming. Sooo samela macam bizcomp ni korang akan belajar jugak buat programming and system. Nama pun under FSKM kan. Mmg xboleh lari dari programming ni walaupun basic.

Actually banyak kelebihan yg aku nampak pasal course ni especially biler dah di alam pekerjaan ni. Seriously sebab dulu aku pon sama macam korang. Wonder buat apela aku belajar subjek ni. Relate ke untuk aku kerja nanti. Bizcomp ni ade dua cabang tau. Management and IT. So boleh la pilih elektif ikut suka korang. Depend korang boleh bawak tak subjek tu. Macam aku, aku amik elektif yg relate dgn programming macam part 3 aku amik subjek XML programming. Part 5 aku amik subject Dynamic Web Deevelopment Programming guna ASP. So sedikit sebanyak adela belajar ilmu programming tu sikit walau tak terer mana.

Meh nak story sikit ape yg aku dapat time intern ni untuk sebulan pertama ni. At first, yela memang kerja tak banyak lagi, nak nak lagi aku ditempatkan under IT admin sbb dorang tgk aku amik BUSINESS computing. Ok aku terima as experience. Then aku try mintak kat supervisor untuk belajar jugak buat system or relate with it, So one day tu SV aku suruh jumpa salah sorang Pengurus Kanan under development untuk Tabung Haji ni. So after dia cek one by one my mini transcript and he's was impressed with the certain subject that was taken by me. After that, dia assigned aku suruh buat system help desk untuk business support centre yg akan diguna pakai oleh staff under BSC tu. Dalam hati nervous gak sebab ilmu programming ni tak berapa nak tinggi sangat. Coding pon dok copy paste and tukar sikit2. Nak buat from scratch memang tak lah.

So aku start from the flow process help desk system tu sebab aku memang tak nampak ape bende help desk system tu sebenarnye. Dengan memberanikan diri tanya kak Aiza iaitu salah sorang staff under unit strategic planning tentang apa yg patut aku buat. So dia explain kt aku memandangkan dia dulu pernah jugak duduk under development team. Dia suruh aku buat flow diagram dulu, then tanya staff yg tengah guna system tu and printscreen setiap page yg ade. So sedikit sebanyak kak Aiza byk bagi gambaran pasal benda ni. Memang dah lupa nak buat flow bagai tu untuk develop system. Selalu buat coding terus,,haha nampak tak betapa rakusnya aku.

Then aku ade jugak tanya ape yg kak Aiza ni punya scope kerja. So dia cerita la yg dia kena uruskan project IT yg akan tabung haji invest. Buat proposal. Tender bagai tula. So aku ade cerita sikit la pasal subjek IT Investment yg aku amik time study dulu and dia kata ade relate dengan apa yg dia buat sekarang. Siap puji lagi bagus subjek ni. Hihi. Kebetulan mmg aku minat betul subjek IT Investment ni dulu Madam Yap ajar walaupun dia selalu dok ulang benda yg sama sampai boleh hafal ape yg dia nak bagitau. Hahaha. So ingatlah sikit2 and explain kat kak Aiza ape yg aku paham. Then dia mintak nak refer notes yg aku belajar dulu untuk dia refer jugak sebab dia kata dia pon banyak belajar sendiri pasal strategic planning ni.

Panjang lebar pulak entry kali ni kan. Padahal nak cerita pasal bizcomp je. Ni dah melalut sampai intern lah. Hahaha. Tenkiu sape yang sanggup baca sampai habis :)


p/s : sesape junior bizcomp yg nak tanya pasal course ni boleh je comment kat bawah ni..komen korang amat dialu-alukan..


yg benar, Senior Bizcomp :)



Wednesday, September 2, 2015

History of official logo Google

Assalamualaikum



Morning all. Masuk harini dah minggu kedua aku praktikal di tabung haji. Next entry nak story experience praktikal kat tabung haji buat kali kedua la. Hehe.

Alkisahnya begini, Pagi tadi nak bukak Google, biasa la kan nak bukak Google aku suka search melalui homepage terus. Lagi tepat rasanya. Rasanya la. Doodle Google tetiba tergedik2 melompat. Selalu ade hari2 special dorang akan buat doodle comel ni. Rupanya harini official Google tukar lagi official logo dorang. Ni yang aku suka dekat Google. Always update and make their customer happy. Eh ke aku sorang je suka benda2 comel macam ni -,-

Korang tau taksejarah dari first sekali logo Google dicipta? Siapa yang tau duduk senyap2. Ni nak habaq kat yang hok tak tau je.

Ni logo yang first sekali Google cipta. Kira official logo la ni.


Selepas beberapa bulan, dorang buat lagi logo baru. Tambah orang lidi sikit..hehe

Versi beta punya. Bukan beta panggilan raja tu ye ;p

Nampak matured sikit kan logo lepas setahun ni.

Soft sikit kali ni logo nyer

Takde effect shadow ke apa berbanding logo2 lepas

Andd paling latest. Nampak simple but unique kan. Ke aku je yg rasa. Haha




Walaupun takdela banyak sangat perubahan dari tahun ke tahun tapi Google still ade inisiatif nak tukar. Takdela still macam tu dari awal sampai sekarang kan. I'm really like with Google. Teringin sangat nak kerja and rasa environment kerja kat situ. Dari apa yang aku research sikit memang Google sangat appreciate dekat employee dia. Memang banyak benefit. Dalam mimpi je la kan -,-

Ok sekian saja entry kali ni. Punya la amik masa nak menulis sebab banyak kerja kena pegi sana sini. Tak caya tengok apa yg aku tulis first sekali. Good morning kan. La ni dah good afternoon dah. Hahaha

Thanks for reading :)






Tuesday, September 1, 2015

Website untuk download Running Man with English Subtitle

Assalamualaikum



Siapa peminat Running Man kat sini? Confirm ramai kan. Punya la fanatik sangat dekat variety show yg paling best kat dalam dunia sampai aku download every episode sebab nanti bila-bila free nak kena tengok balik.

Bagi sesiapa yang tak tau or tak pernah lagi tengok meh ni nak story sikit ape bende la running man ni. Actually RM ni ialah salah satu variety show yang famous amous kan korea. Beratus-ratus episode dah show ni sebab permintaan yang ramai supaya show ni disambung. Tak silap aku masuk minggu ni episode paling latest 262.

Every episode akan ade guest yang datang untuk memeriahkan lagi show tu disamping nak promote lagu or drama baru dorang. Antara yang paling best production crew dorang very the creative to every game that they create. Padahal nampak macam impossible certain game yang dorang buat but it was possible with the supporting teammates. Bak kata pepatah bersatu teguh bercerai roboh. And one more think, dorang suka shooting dekat tempat2 yang sangat cantik dan menarik all around korea. See, bukan sahaja dorang dapat keuntungan dengan show tu tapi disamping itu dorang dapat jugak promote negara dorang ke seluruh dunia. Seriously teringin giler nak pegi korea!!!

So siapa yang ade Astro Beyond no problem la kan nak tengok every episode yang latest but sape yg takde astro or belum bertukar kepada Astro Beyond (macam aku) boleh la download dengan quality gambar yg cantik dan subtitle. Takdela terpinga-pinga tengok dorang cakap korea sepatah habuk tak paham. Setakat anneyong,sarangheo tu paham la kan. Hahaha.

Website www.kshowonline.com menjadi pilihan daku untuk mendownload all the latest variety show. Cepat jugak dorang update latest episode. Bukan setakat Running Man, Return Superman pon ade and banyak lagi. Website ni tak de bagi link download tapi video streaming je. Kalau nak download kena ade IDM or seangkatan dengannya. TAPI...kalau nak jugak download guna link, don't worry!! Boleh download kat www.pencurimovie.pw . Tapi lambat sikit dia update berbanding link before ni. Bukan setakat Running Man je tau. Semua movie dalam and luar negara semua ada. Siapa ade internet laju mesti best giler download. As usual I advise you'all guna IDM la untuk kelajuan yg maksimum. Torrent pon boleh tapi rasa macam slow je torrent ni. IDM is the best ever for download!!

Okay setakat ni saje sharing is caring kali ni. Zaman2 camni dengan GST lagi Ringgit jatuh kita kena banyak saving dari benda2 yg dapat dielakkan antaranya ialah pawagam. Senang je download by free and boleh tengok berulang2 kali. Walaupun kena tunggu lambat sikit tapi berbaloi. Cerita melayu dalam seminggu dua dah ade link (HD), kalau Hollywood punya movie dalam sebulan dua bulan jugak la, Depend cerita pulak. Box office lambat sikit la keluar. Hehehe cerita fofular kan :)


Ok bye. Thanks for reading :)








Wednesday, August 26, 2015

Past story

Assalamualaikum.



Long time no see my blog. Almost forgot that I have a blog -,-
So let me start with what I have be done recently. Oh ya can I writing in English just for this entry because I wanna practice my English. Although my English is actually Manglish but I will try as I can. Don't judge me as 'Melayu lupa diri' tau!! hehe ;p


1) Alhamdulillah, recently I was finished my degree (but not fully) in Business Computing at UiTM Shah Alam. Thanks Allah for helping me especially in exam whereby I'm always have a problem to remember all the things and also the assignment/project. Yeah I'm was a very last minute student.
I'm passed my exam in part 6 and got the highest GPA for the first time even though my CGPA not really much but I'm syukur with that.

2) Today is my third day as Trainee in Tabung Haji for the second time but with the different department. So I was placed at IT Department under IT Administration. Almost three day I got no job or task to be done except learn about the admin things. I hope I will learn more soon from staff here related from what I'm learn before.


That's all. Suddenly I was blank. Don't know what to write anymore, -,-

See again until I rajin nak update. *macamlah ade orang nak baca*

Sincerelyby Pika



Selfie dalam lif tabung haji.Canggih da th la ni. Naik lif kena pakai pass. Kehkeh









Sunday, May 31, 2015

Final Year Story

Assalamualaikum


Kembali lagi ke sesi luahan rasa di pikadiaries ini.

Entry hanya ditulis bila ada masa, wifi yang laju dan idea! Oh kadang2 takde idea pon boleh merapu disini jugak -,-

*********************************************************************************

Masa makin suntuk. Pejam celik lebih kurang tak sampai sebulan je lagi nak kena present FYP yang memang kalau student last year dengar ibarat igauan yang bukan malam je siang pon terkena tempiasnye. To junior, selamat melalui zaman last year dan kepada senior yang tengah melalui zaman last year ni good luck for all your FYP tak kisahla VIVA ke ape ke. Good luck. I'm feel you :)

Sebut pasal FYP i'm really blur on how to do with my system. Really! Really! I'm really need who are good with programming will help me to solve a algorithm. Seriously! Nak tanya senior memang takde senior dah.

Oh ya, next sem dah start praktikal. Masih mencari2 tempat praktikal yang sesuai untuk aku yang dalam bidang IT ni. Ade jugak hantar resume kat some company yg agak besar tapi probability nak di reject tu agak tinggi sebab result takde la gempat sangat. Hopefully i get a better company for practice what are we learned before in university. Insyallah.

*********************************************************************************

Ok good night! Sambung balik edit video ethic ni yang memang memerlukan kesabaran. HAHAHAHA

Sunday, March 15, 2015

Print sendiri pengesahan tajaan untuk permohonan zakat di student portal untuk pelajar UiTM sahaja

Assalamualaikum

UiTM sekarang ni makin maju dari segi kemudahan untuk student nye. Semua boleh dilakukan dengan online je. Takyah penat2 turun naik menara SAAS semata-mata nak mintak pengesahan tajaan.

Especially student yang nak mintak biasiswa or zakat or apa2 bantuan pelajaran, antara dokumen yang kena ada pengesahan yang kita ambil ataupun tidak mana-mana pinjaman or biasiswa. Macam aku, try mintak zakat baitulmal khas untuk yang duduk kl.

Siapa yang tak tahu lagi meh nak ajar..

1) First korang masuk dulu student portal, login id masing-masing.
2) Then korang klik e-financial macam kat dalam gambar ni


3) Akan keluar page baru and tengok belah kiri ada banyak menu kan. Pilih yang bawah sekali macam gambar kat bawah ni.



4) Nanti akan keluar detail nama, kursus dan lain-lain lagi. Pastikan semua betul dan klik JANA. Make sure pc or laptop korang ade software Adobe PDF tau!

5) Lastly lepas klik JANA automatically akan keluar button CETAK belah kanan. Then apa tunggu lagi klik laju-laju CETAK tu yer.

6) Nanti make sure akan keluar dokumen macam ni tau. Kalau keluar lain macam tu ade la salah mana-mana.


P/s : Make sure korang pelajar UITM sahaja tau..jangan salah campus pulak..hehe..tak sure untuk UiTM cawangan boleh atau tidak. Try tanya HEA masing2 dulu tau.

P/ss: Sekarang ni mini transkrip jugak boleh ambil di faculty masing-masing,tapi still kena bayar dulu di bendahari menara SAAS dulu yer..


Tq for reading :)

Any problem please drop comment below :)

Good night!





Wednesday, February 18, 2015

Pengalaman itu

Assalamualaikum


Pernah tak korang berpengalaman hampir2 nak accident tapi tak accident. Time tu korang tawakal je apa yg jadi. Maybe semua orang tak pernah rasa,tapi aku pernah rasa. Meh nak story sikit..kalau korang berminat la kan ;p

One day, aku follow my sis pegi giant. Bawak aqil(my nephew) skali peluk dia kat depan. My sis yg drive. Tengah kat 3 junction, my sis nak masuk kanan tapi macam mana ntah tetiba ade satu kereta ni laju giler bawak lalu depan kitorang. Time tu perasaan dia aku hanya mampu mengucap dan harap yg ni semua mimpi sambil peluk kuat2 aqil. But alhamdulillah Allah masih sayangkan kami dan berkat umi selalu doakan kitorang kalau keluar mana2, my sis sempat mengelak dan memang rapat gila time tu . Lambat sesaat je boleh accident bebila. Betul la orang cakap naik kereta je nyawa kita 99%.

Sekian saje cerita kita kali ni. See you :)
Have a nice day.

Wednesday, December 31, 2014

Welcome 2015

Assalamualaikum


Jam menunjukkan 2.19 pagi.
Sem ni exam 3 paper saje, 3 subjek lagi takde exam Tapi project, assignment memang berlambak. Study week pun tak macam study week. Sampai tak rasa nak exam until duduk dalam DAG tu bukak soalan baru sedar dari mimpi rupanya aku tengah exam ni -,-

 Next paper tahun depan. Yela tahun depan. 5 Jan 2015. Bukan tahun depan ke..ok tak lawak

Actually nak cakap 2014 dah nak habis. Boleh tak nak putar masa balik sebab nanti 2015 kita dah jadi 24. Macam tua je dengar. Tapi perangai macam bebudak.

Lastly, semoga dengan 2015 bakal menjelma amalan makin bertambah. Especially orang yang tengah menaip ni :)

Good bye 2014, Hyee 2015 :)


selfiaq sikit ..tahun depan dah 24 oii  ;p







Friday, November 14, 2014

Explorace ke Zoo Negara Bersama Anak-Anak Yatim Badan Siti Khadijah

Assalamualaikum

Finally esok adalah harinya. Iaitu kami under club bizcomp ade buat program explorace bersama anak-anak yatim badan kebajikan siti khadijah ke Zoo Negara. Aku terpilih untuk jadi AJK program walaupun rasa macam tak layak je,demi anak yatim sanggup ku setuju :)

Kitorang kena cari dana untuk support program ni memandangkan duit club tak cukup,bukan tak cukup padahal ade hutang lagi tu..haha. Nak dijadikan cerita kami pergi lah mintak derma dari bilik ke bilik. Muka memang tak tau nak letak mana sebab rasa segan yang amat sangat sebab tak pernah mintak derma ngan orang. Ikhlas kan hati jugak walaupun mula2 macam tak ikhlas je. Alhamdulillah orang kata rezeki anak yatim kan, kami berjaya mengutip dalam 4k jugaklah di kolej melati,mawar dan teratai.

Nak tau tak apa program yang kitorang rancang??
Just a simple program sebab umur anak2 yatim yg kitorang bawak ni antara 7 tahun hingga 14 tahun. Diorang teringin sangat nak pergi zoo negara. Risau jugak takut tak boleh nak handle diorang nanti yg seramai 40 orang ni. Hopefully everything will be okay :)

Aku pegang check point game lukisan bergantian. Ala2 running man tu la. Tak tau la bebudak tu tengok running man ke tak..haha

Last but not least semoga program esok yang kami handle ni berjalan dengan lancar dan semua orang dapat memberi kerjasama dengan baik. Insyallah :) 

Saturday, September 27, 2014

Final Year Project

Assalamualaikum


Pejam celik semester ni dah sem 5 dah. That means sem ni aku dah start proposal FYP. Terasa kejap je hidup ni,baru je haritu rasa masuk sem 1. Now dah 2 tahun setengah study kat Uitm Shah Alam ni. Many experience i got it here. Pahit manis perit getir semua bercampur la.

Minggu lepas memang stress dok pikir tajuk untuk FYP. Itu baru tajuk belum buat lagi. Memang kena pikir idea and tajuk yang bernas untuk FYP ni sebab kalau buat tajuk macam gempak je tapi nak buat nanti keluar air mata darah pon tak dapat nak putar masa balik. See how's important the TITLE of FYP ni.

Alhamdulillah, dapat SV yang sporting dan tak kedekut idea. Siap bagi idea kat aku system apa yang aku patut buat. Mula2 nak buat research,tapi bila pikir2 hati kearah nak buat system. Apa guna kita belajar 3 tahun buat system tapi tak apply time FYP. And i take it as challenge for myself also. Hopefully everything will be fine.

Mesti korang tertanya2 ape kebende la tajuk minah ni,mesti tak best kan. Ke takde orang kesah langsung.hewhew

Actually tajuk aku ialah

Title : Documentation Notification System
Stakeholder : Unknown

Now my problem is takde lagi stakeholder. Karang buat stakeholder sendiri baru tahu..haha

So next week dah kena hantar form 2 which is problem statement bagai tu. Esok baru nak pikir. Malam ni nak main farmville sampai puas. Dah lama tak sentuh game ni,but since sentuh je memang takleh tinggal,dok pikir tanaman kita tak petik lagi,lembu kambing kuda tak bagi makan lagi dan macam2 lagi la.

Okay see you soon :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...