Showing posts with label pelik tapi benar. Show all posts
Showing posts with label pelik tapi benar. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

Teruja dengan orang jepun


Assalamualaikum


Petang tadi member aku teringin nak makan cekodok pisang.Ekceli before ni aku tak pernah pon masak cekodok pisang ni,selalunya masak cucur ikan bilis jer or udang.So aku pon main hentam jela masak,alhamdulillah hasilnya amat memuaskan..hihi..

Then tengah-tengah makan tu sambil tengok tv,kalau petang-petang camtu nak study memang tak masuk.Aku terbukak la channel tv9.Cerita realiti jepun tajuknya TV Champion.Walaupun skrin agak kabur sebab line tv9 tak kuat dari umah kitorang ni tapi aku still nak tengok cerita ni sebab bagi aku ianya amat menarik.Seriously..

Punya lah orang jepun tu kreatif buat replika hanya menggunakan gula.Takde simen,batu ke ape.Aku sendiri teruja tengok diorang buat,nampak macam diorang tengah main plastesin time kecik-kecik dulu.Chef dia tu pon boleh tahan hensem :)

Yang penting kat Malaysia memang takde orang yang terer buat macam tu.Aku ade gak google tapi tak jumpa pulak gambar dia.Kalau tak boleh tunjuk kat korang.Imaginasi dorang seriously kreatif.Aku pon tak sangka hanya menggunakan gula kita boleh buat macam2 bentuk replika.Tapi kalau korang nak salah satu sedutan episod dia korang tengok kat sini TV CHAMPION.

Pape pon aku respect ngan orang jepun ni sebab pemikiran dorang tersangatlah maju walaupun kemajuan dorang tu ade buruk baiknya.Kita amek yang baik jela kan.Yang buruk takyah la amik!


p/s:tengok jangan tak tengok :)






Tuesday, August 16, 2011

Senarai kopi beracun yang dijual dipasaran



Assalamualaikum


Baru-baru ni aku ade terbaca paper pasal kopi yang beracun yang dijual dipasaran kan.Agak takut bila dengarnya..yela haritu kecoh mentega tak halal sekarang lak kopi beracun.Nasib aku tak suka minum kopi lagi-lagi kopi O.Segala yang ade O belakang dia aku memang tak leh nak telan..hehe

So kat sini aku nak listkan nama-nama kopi yang beracun dah boleh membawa maut tu

1. Cafe Abang Yes
2. Candi Gold
3. Candi 193
4. Extend Up energy Drink
5. Extremen,
6. Extrewoman
7. Goji Guarana
8. Goji Guarana Extra
9. Goji More
10. Goji Yumberrry
11. Guara Cafe
12. HBW Ice Lemon Tea
13. Hotton Vitality Candy
14. Ie2 O
15. King Cappucino
16. Knight Cofee
17. Kolek Cafe Power Plus
18. Kopi Angguk
19. Kopi Asmara
20. Kopi Bagus AAA
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
22. Kopi Pahlawan
23. Kopi Super Angguk
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
25. Maca Max
26. Macagin Ginseng Candy
27. Mentalk Candy
28. Nexus MXP
29. Night Cafe
30. Red Energizer Candy For Men
31. Royal Beverage Maqrifatun
32. Sasanergy Drink
33. Trica Jus Tri-Max
34. True SR
35. Vigor Candy
36. Vitca-F
37. Vitca-M
38. Winnie Beauty V1
39. XKL Sky Fruit Juice Premix



Pelik-pelik gak kan nama kopi dia.So sesape yang rasa dia minum kopi brand2 kat bawah ni harap tinggalkan la jenama ni beli jenama yang halal dan berkhasiat.


Okey marilah kita menjaga kesihatan mulai hari ini ;)









Tuesday, August 9, 2011

Naik LRT ke naik tin sardin



Assalamualaikum

Hari ni aku keluar menuju ke stesen ampang park agak awal daripada biasa.Before tu singgah dulu surau comel kat tabung haji tu.Abes solat semua aku tengok kat luar hujan.Alamak payung pon takde.Duduklah kejap menantikan hujan reda sampai la aku tengok hujan dah gerimis so boleh kot gerak.

Tengah jalan ade sorang kakak ni senyum kat aku.Kecik comel plus cun giler kakak tu,dia offer aku payung sekali ngan die..hehe lawak nye dahla die kecik aku ni tinggi dari die.Orang dah offer so terima jela kan..hehe..sambil tu sempat la sembang sikit ngan die.Rupenye dia keje kat bank islam dalam tabung haji tu,lembut giler kakak tu.Baru 24 tahun..hehe..fullstop

Sampai ampang park beli tiket semua then turun tengok ramai nye orang..rupanya Allah nak bagi sedikit ujian kat aku.Maybe Allah nak uji samada aku boleh sabar tak time puasa ni.Always positif ;)

Ujian aku hari ni bila lrt yang selalu aku naiki rosak berpunca daripada lrt sri rampai.Tak lama tu dorang announce ade masalah teknikal so delay dalam sejam.Time tu semua dah mengeluh kuat.Ye la time tu dah pukul 5.45.Ramai nak balik masak ape sume kan.Lepas announce tu ade yang angkat kaki blah ade yang stay.Aku stay je sebab kalo naik teksi memang jauh la and jammed lagi.

Memang bertolak-tolak la nak naik lrt tu.Semua nak cepat je kan.Tak lama tu tren dah boleh gerak sikit.Tapi still slow sikit la pergerakannye.Aku kesian ngan sorang budak pompuan india ni kene himpit time nak kuar tren.Masing2 semua dah takde perasaan tolak ansur ape.Last2 ade orang tolong tarikkan die kuar,kalau tak tersepit la die kat situ.

Then tak lama tu ade tren ke 3 datang.Nasib aku dah paling depan time tu so tanpa tolak2 pon boleh masuk dengan mudah,hehe.Ya Allah memang macam sardin betul la keadaan dalam lrt tu.Depan aku lak mamat india.Adoii nasib baik die bau wangi..hehe.First time la naik seriously serapat yang boleh.Sape tinggi melangut tu untunglah sebab ade udara kat atas..haha.


Tepi aku tu adela 3 orang beranak.Dari mula tren tu gerak mulut dorang pon tak henti2 cakap.Kutuk orang sana sini,last-last korang tau ape.Dia tertinggal stesen sebab sepatutnya dorang turun setiawangsa tapi punye la asyik cakap sampai ke sri rampai.Nasib aku ni baik hati tanya kat mak cik tu..'mak cik turun mana??'
Mak cik tu kata setiawangsa.Aku pon dengan penuh innocent nye kata ' setiawangsa dah lepas la makcik'
Maybe dah malu dorang senyap je and sampai je sri rampai dorang cepat2 turun..hehe

psstt..tolong like kan pic aku kat sini boleh??

Aku diserang selesema ngan batuk yang keterlaluan..huk3...



Friday, August 5, 2011

CEO termuda didunia






Khalis dapat merasa jadi peniaga pada usia 22 tahun iaitu masa buka kedai makan. Tapi nak dibandingkan dengan si budak kecil berusia 14 tahun dan menjadi CEO bagi syarikat animasi cukup menakjubkan. Memiliki kemahiran dalam bidang animasi 2D dan 3D, Sindhuja Rajaraman,14 diberi kepercayaan oleh ayahnya untuk menguruskan syarikat yang beroperasi di Hyderabad, India ini.

Kalau di Malaysia, Khalis selalu jumpa anak cina di ajar dari kecil untuk jaga kedai mak dan ayah mereka. malah. Khalis ada kenal beberapa orang yang tidak bersekolah kerana di ajar supaya menguruskan bengkel motor.Hasilnya, bila dalam usia muda ayah mendapati anaknya sudah mahir mengenai pengurusan kedai, maka sebuah kedai akan diberikan..maka berkembanglah perniagaan keluarga.

Dalam fakta ini, syarikat yang diberi nama , NASSCOM (National Association of Software and Services Companies)bukanlah sebuah syarikat yang kecil. Ianya mendapat banyak tender dari stesen tv malah syarikat permainan untuk menghasilakan animasi. Malahan syarikat ini mempunyai hampir 160 orang pekerja


Monday, August 1, 2011

Style tudung mengikut peredaran zaman



Assalamualaikum


Camner first day Ramadhan?Ade yang tak sahur tak??hehe..Okeyla tadi ade kakak sepejabat aku share something yang agak humor.So macam nak share ngan korang je kan..hehe
Dia dapat cerita ni dari email,ade orang send kat dia.Aku pon tak pernah lagi baca blog kak senduk ni.Entry ni dia yang buat.Memang lawak la..



 

orang semua cakap blog kak senduk ni asyik nak maki orang je...so sempena nak ramadhan ni akak nak cerita skit pasal tudung.

 

kita membesar dikelilingi oleh pelbagai jenis tudung...so ini adalah fesyen2 tudung yang akak pernah tengok sepanjang hidup akak...

 

 

cara pakai tudung ni mudah je...anak tudung..belasah je anak tudung apa...pin bawah dagu..kelepet tepi..amik cincin masuk ujung tudung tarik...siap..selalunya makcik2 banyak pakai style tudung ni....

 

tudung ni pulak mmg biase...makcik2 nak pi sebeleh umah ..kuar2 jalan2..tudung bawal katanya...ujung tudung selempang kiri dan kanan..siap...pantas....



ade satu masa tudung corak2 cam ni mmg populer...ape lagi amik tudung ikat ke ..ala2 mudah dan cepat...so makcik2...paling sesuai ketika hendak kepasar dan mengumpat dengan jiran sebelah...



ha macam ni pun ade..anak tudung ko terkeluar...kadang tu sampai tutup kening....ni ala2 x nak bagi nampak anak rambut katanya....ni yang menekankan penutupan aurat ni...


tudung mmg populer tahun 80an..tudung cikgu bedah katanya...ikat belakang...jalannnn...lalalala



bila dah masuk2 tahun 2000 tu..mula tudung wardina katanya...ikat..gulung2 kat kepala..nahhh sepit tepi muka..siap...wardina x muka akak?...


bila wardina punya tudung populer...ade lagi tudung baru..tudung binda katanya...nak jugakkk.... kannnn ala2 sebonjot kat tepi muka...chantek sangat aku....



then kuar pulak tudung kain jersi..ala2 getah..ko sarung je..siap...mudah cepat....macam2 kaler ade...pelangi..tompok2..ko cakap je...(dah macam jep sepah dah akak)


di gabungkan pulak dengan tudung lain..nampak kelainnan katanya...variasi katanya...yer kerr...


ni tudung ala2 mak datin...bagi nampak rambut...ala2 kelas tanya..bagi nampak remos....jambul...ko mampu?


pernah nampak orang pakai tudung cam ni?...ni ala2 fesyen penjual kain orang kampuchia...meniaga katanya ..panas...bagi nampak telinga..senang nak tawar menawar harga kain...bagi jelas dengor...

 

so wardina dah ade tudung...binda dah ade...so akak nak jugak...akak namakan tudung senduk...


langkah 1: amik tudung bace cerah..cream..warna light2..pakai cam biase...tudung bawal lagi bagus...


 

langkah 2: ikat kebelakang ujung tudung tu..jerut leher hingga muka bertukar menjadi biru...

 

langkah 3: amik tudung lain corak2...bendera juga boleh yer...

 

langkah 4: amik tudung warna tadi...letakkan di bawah dagu....ala2 nak gantung diri gitew

 

langkah 5: ikat mati di atas kepala..pastikan ketat...pastikan nak bukak mulut pun susah yer....


 

langkah 6: ikat reben..pastikan kemas...


 

tadaaaaaa...siap.......chantek kan...

 

nak cantek lagi letak keronsang..penambang gaya...dah siap tudung senduk....gaya ni mmg sesuai di pakai ketika majlis berjumpe bakal mertua...melawat saudara di hospital tampoi...

 

kalau nak cantek lagi..gunakan anak tudung putih dan tudung puteh sebagai warna asas....untuk aksesori..amik sedikit kapas sumbatkan ke dalam dua belah lubang hidung...

 

gaya ini sesuai untuk menghadiri majlis tahlil arwah dan majlis pengebumian...

 

sekian terima kasih

 

selamat mencuba...

 

tudung2 berikut di sponcer oleh Cik Shaz..tudung2 berikut boleh didapati di dalam drama 12 episod bertajuk Siti Mariam di astro chanel 114 tv Al-Hijrah.



sumber http://meriahuoll.blogspot.com/











Friday, July 22, 2011

Group sahabat blogger bertukar nama??



Assalamualaikum


Baru-baru ni aku bukak sahabat blogger punyer group dengan bertujuan nak promote entry la kan.Then aku terkejut yang amat sangat sebab sahabat blogger dah bertukar nama menjadi BLOGGER FRIEND.Dalam hati terpikir jugak,biler masa lak sahabat blogger ni main speaking2 ni.Muet lambat lagi la..haha

Then tengok comment masing-masing sume dok speaking2 plus malay sikit la.Ala-ala rojak buah sikit.Dalam hati tergerak jugak la nak speaking jugakla camni..haha
Yang lawaknya biler speaking tu tak berapa nak jadi seolah-olah ditranslate oleh google translate je..hehe

Rupa-rupanya.............................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................
 tipah tertipu la pulak -,-


See rupa-rupanya google chrome da tolong translate tanpa kebenaran aku...haha nyaris aku tertipu ni.Then lepas-lepas tu tiap kali jadi semacam je page yg aku bukak tu terus aku tengok belah atas.Ade kuar macam kat gambar tu tak.Sume habis die translate kan.Camner nak tukar setting eh kat browser GC aku ni?huhu
Tapi seriously kadang-kadang lawak dia translate lebih2 lagi bile comment tu orang kelantan punye ayat.Memang tunggang terbalik la english + klantanese..hehe


just for fun ;)










Monday, April 18, 2011

Kasut yang paling mahal didunia..










Petang-petang ni aku malas giler nak bukak buku.Kalo study pon of cos tak masuk sebab otak tengah blur2..haha(ekceli sume tu alasan je -,-)
Then tadi BW kejap and terjumpe la 1 artikel ni.Tak salah kan kalo aku nak share ngan korang sume.


Cantik tak kasut kat atas tu.Agak2 korang berapa riban la aharga die kan.Plus ngan bling2 kat kasut tu.Nampak je simple tapi ngko harga die beriban kot.Harga die kalo di indon Rp 1,97 miliar,tak sure la kalo convert ke malaysia dalam berapa juta.Agak membazir la bagi aku smata-mata sepasang kasut dengan harga cenggitu.Gigit jari jela jawabnye -,-


Nak tau lebih lanjut boleh pegi ke blog ni :)







Wednesday, March 16, 2011

Tak habis-habis dengan ajaran sesat..



SHAH ALAM: Mampu mengimbas siapa yang bakal masuk syurga atau ke neraka, mampu menghantar roh orang sudah mati ke Makkah untuk beribadat hingga kiamat dan memulihkan mangsa santau dengan bacaan Yassin secara mengundur - itu antara kebolehan luar biasa Tok Belagak.
Namun, semua itu dakyah songsang satu kumpulan dipercayai ajaran sesat yang kini bergiat aktif di pinggir bandar raya ini untuk mencari pengikut. Ia diketuai seorang bomoh lelaki berusia 50-an yang digelar Tok Belagak. 
Mendedahkan perbuatan bertentangan akidah itu, seorang ibu tunggal yang mendakwa dua anak lelakinya berusia 30-an terpengaruh ajaran terbabit berkata, dia amat bimbang akidah anaknya akan terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Wanita berumur 56 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, pada mulanya kedua-dua anak lelakinya itu menemui lelaki terbabit untuk mendapatkan penawar penyakit dialaminya yang tidak sembuh sejak sekian lama.



“Pada mulanya anak-anak saya ingin mencarikan penawar untuk sakit saya dan tidak kebah sejak dulu. Namun, selepas diberikan air kononnya boleh menyembuhkan penyakit saya, anak tertarik untuk mengikuti ajaran kumpulan digelar Darul Saka itu.


“Mereka tertarik menyertai kumpulan itu selepas melihat penampilan ahli dan ketua ajaran terbabit. Dari luar mereka kelihatan alim dan warak serta selalu membaca kitab dan berzikir. Sebab itu saya tidak membantah pelawaan anak untuk menyertai kumpulan mereka pada mulanya sejak dua tahun lalu.

“Tok Belagak pula tak kedekut menurunkan ilmu kepada anak saya untuk mengubati mereka yang terkena saka dan mereka seperti teruja kerana mempunyai ilmu itu,” katanya.

Namun, Siti pelik apabila anaknya membaca surah Yasin secara mengundur ketika mengubati orang yang mengalami sakit buatan orang atau dirasuk.

“Lebih menghairankan apabila Tok Belagak mendakwa boleh tahu berapa banyak amalan arwah suami saya ketika hidup. Arwah meninggal dunia lima tahun lalu dan Tok Belagak mendakwa mampu menghantar roh suami saya ke Makkah untuk beribadat sehingga kiamat untuk menampung dosa ketika masih hidup.

“Saya rasa itu dah cukup melampau kerana saya sentiasa mendoakan untuk arwah suami. Tok Belagak mendakwa dia tahu sejauh mana amalan arwah. Bagi saya itu semua kerja Allah dan dia tidak patut mengeluarkan kenyataan begitu,” katanya.

Siti berkata, dia mula mencurigai amalan kumpulan diketuai bomoh terbabit sejak Ramadan tahun lalu, apabila melihat anaknya yang rajin ke masjid atau surau berhampiran rumah untuk menunaikan solat sunat tarawih tidak lagi berbuat demikian, malah tidak sekali pun melakukan ibadah itu.

“Bagai nak gugur jantung apabila mereka menyatakan tak perlu menunaikan solat tarawih di masjid atau surau kerana mereka bersolat dengan Rasullulah s.a.w di langit. Saya mempersoalkan kenyataan mereka, tetapi sedih betul anak-anak yang saya sayangi memarahi dan meminta saya tidak masuk campur urusan ibadah mereka,” katanya.

Menurutnya, dia kini buntu memikirkan cara untuk memulihkan akidah kedua-dua anak itu, namun pada pada sama tidak berani mendedahkan kegiatan songsang bomoh terbabit kerana bimbang keselamatan diri.

Katanya, sebelum ini dia pernah mengikuti anaknya ke tempat bomoh itu beroperasi untuk ikhtiar mengubati penyakitnya, tetapi selepas menghidu ajaran songsang bomoh terbabit, dia tidak lagi mengikut anaknya ke sana.

“Tok Belagak yang mempunyai isteri dan lima anak turut mendakwa menjalankan aktiviti membuang saka dari jarak jauh. Malah, dia mendakwa mempunyai kawasan jajahan di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

“Saya difahamkan di kawasan Lembah Klang saja, lebih 300 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sudah terpengaruh dengan mengikuti dan menyebarkan ajaran Tok Belagak menerusi blognya di Internet,” katanya.






sumber metro




Tuesday, December 21, 2010

Artis balas tweet aku

Dear diaries
Assalamualaikum


Betul la ade artis balas tweet aku.Tak caya?
Jap nak tunjuk bukti..


yang ni iqram reply..tidor nyenyak aku mlm tadi..haha


yang ni zizan lak reply walaupon 1 patah perkataan..hehe


haa kan aku dah tunjuk bukti.Mesti ade orang kata kecoh je minah ni artis tweet je pon bukan pinang ko pon..haha
Memangla kecoh sikit sebab bukan senang la artis2 ni nak reply peminat diorang punye tweet or comment.Respect ahh ngan iqram sebab aku tengok die walapon penat baru balik dari shooting tapi still sempat lyn tweet dari peminat die yg kepochi macam aku ni :)

Lepas ni nk tweet ngan artis lain pulak nak tengok diorang reply x??hehe



INGAT BPM INGAT PIKA DIARIES!!






Thursday, December 16, 2010

Tujuan sebenar profile facebook di tukar

Dear diaries
Assalamualaikum

Tahu kah korang apa punca facebook tukar new profile kepada penggunanya?Jawapannya ada disini!!

PARIS - Profil bercorak artistik mula muncul di laman jaringan sosial Facebook selepas sejumlah pengguna mendapati reka bentuk baru itu boleh digunakan untuk menghasilkan imej yang bergaya, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang artis Perancis, Alexandre Oudin dipercayai merupakan pengguna pertama Facebook yang memuat naik gambar mukanya supaya ia kelihatan berpecah-pecah dan bertampal-tampal di laman berkenaan.
Facebook menambah baik profilnya pada awal bulan ini dengan menawarkan paparan visual lebih menarik kepada pengguna dengan tumpuan diberikan pada gambar penggunanya dan rakan masing-masing serta imej muzik selain filem kegemaran mereka.
Hasil kerja kreatif Oudin itu seiring dengan peraturan Facebook yang tidak membenarkan laman web berkenaan digodam.
Pengguna yang mahu menggunakan reka bentuk kreatif itu cuma perlu mengubah susun atur gambar mereka di dinding Facebook. - Agensi


versi paris punyer






yang ni versi melayu punyer..masuk mata je pon boleh la..haha
http://www.facebook.com/ab.chic





So korang dah boleh nampak kan apa tujuan facebook buat new profile macam ni.So 
stop marah-marah facebook yer.Nanti tak dapat lah mamat2 kat atas ni nak buat gambar macam ni :)


Apalagi korang kat luar sana mesti lebih kreatif dan teringin nak buat macam ni.
Jangan lakukan aksi ini tepi jalan.Lakukan didepan pc anda ataupun laptop yer :)


note leg : yang versi melayu tu first time kot kat malaysia ni :)
















Tuesday, December 14, 2010

Sila baca kalau anda umat islam

Assalamualaikum..Harap baca dan sebarkan :)




Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran 
                                                   
Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.                                       
                         
Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.
Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).            
                         
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.
Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.
Sekali pandang macam ayat dan kalimah  Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.  

sumber : http://resepirahsiaku.blogspot.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...