Thursday, June 30, 2011

Pasukan bolasepak Malaysia setaraf pemain luar negara??


Assalamualaikum

Semalam pasukan bola sepak Malaysia sekali lagi mengharumkan nama negara bila menang dengan Taiwan.Kalau korang perasan la sejak kebelakangan ni pasukan bolasepak negara semakin lama semakin menunjukkan taringnye.Dulu sikit pon orang tak pandang dengan pemain bola sepak negara kita ni.Sikit-sikit Man U la,Chelsea la dan sebagainya la.Pasukan Malaysia pandang sebelah mata jer.Yang aku kenal pon aidil zafuan ngan aidil zaquan sebab diorang hensem..hik3

Tapi semenjak dua menjak ni pasukan bola sepak negara memang feymes la nak kata sampai kisah peribadi diorang pon terbongkar.Dengan awek and isteri diorang tumpang feymes sekali..hihi
Sape tak kenal Khairul Fahmi..Safee Sali..cakap sape yg tak kenal sah duduk dalam gua ni.Nak kata duduk bawah tempurung tak muat la pulak kan..hihi..Adik aku siap pesan kat ayah aku 'Ayah tutup jela astro ESPN..jarang dah tengok sekarang lagipon pasukan bola sepak Malaysia pon dah semakin mantap.Sedap sikit nak tengok' Amboii pandai diorang memilih yer..hehe

Pape pon aku tumpang gembira la atas kecemerlangan diorang semua ni yang telah menaikkan nama Malaysia..tak ke bangga namanye tu..hihi

ok bai ;)












Wednesday, June 29, 2011

Perhimpunan bersih??Apa kata aku??


Assalamualaikum

Hari ni aku update blog dalam pejabat yer.Oleh kerana keje dah habis (sebab aku budak rajin) sv kasi aku relax sepuas-puasnye..hehe lawak la kakak tu tiap kali nampak aku je asyik suruh makan la tu la..minum la..haha boleh bikin berat tambah ni ;)
Air cond dalam pejabat aku ni bapak la kuat sampai menggeletar aku.Dah rasa macam duduk kat korea ni (korea jgk -,-)...esok nak kene bawak sweater ni..huhu
ok tu baru mukadimah..hehe

Semua orang mesti dah tau pasal PERHIMPUNAN BERSIH ni kan??memang lalat dlm tudung saji la sape yg tak tau pasal ni..hehe(peribahasa baru)
Ade sorang member aku ni siap suruh belikan baju t-shirt bersih yg kaler kuning tu tau.Limited edition katanye.Sebagai seorang mahasiswa dan juga seorang blogger aku mestilah tak ketinggalan untuk mengulas sedikit sebanyak tentang isu yang semakin hangat melanda kat Malaysia sekarang ni.Tapi aku tak nak cakap lebih2 sangat karang tak pasal kena tahan masuk ISA..haha

Aku pon keliru sebenarnye pasal ni.Adakah perhimpunan ni banyak kebaikan ataupun sebaliknya.Sebelah pihak kata perhimpunan ni bertujuan menjatuhkan kaum melayu sebab kaum lain tak puas hati and nak pegang Malaysia ni.Sebelah pihak yang lain pulak kata perhimpunan ni bagus la sebab tujuan dia nak bagi politik bersih dari segala permainan kotor.Lagi pulak ketua perhimpunan bersih ni pulak Amiga bukan kaum melayu and kalau korang ingat lagi dia ni merupakan orang yang mempertahankan isu Lina Joy yang nak murtad suatu ketika dulu.Dia ni jugak banyak membangkitkan isu2 perkauman dan lain2.Aku pon tak minat politik sangat so tak ingat la semua benda tu ;)

Aku tengok ade kawan aku letak pic profile dia gambar banner bersih tu la.Maybe dia setuju kot.Then kakak kat pejabat aku ni memang kutuk habis-habisan la time baca paper semalam nampak Datuk A.Samad Said join sekali perhimpunan tu.Katanya la dia ni dahla sasterawan negara sepatutnya tak boleh nak join2 mana2 perhimpunan haram yg diadakan di Malaysia ni.So aku sedikit confuse disini.Perhimpunan ni ada kebaikan untuk rakyat Malaysia ke or semua ni hanyalah perancangan seseorang untuk memecah belahkan kaum melayu??tepuk dada tanya diri sendiri la kan.Aku harap takde la berlaku pertumpahan darah macam peristiwa 13 Mei dulu.Sejarah perlu diingati walaupun aku tak minat sejarah..hehe..err tak silap aku tanda korang sokong perhimpunan ni dengan memakai t-shirt kuning..hehe apelagi kalau hangout pakat dok pakai baju kaler kuning..karang free masuk ISA..hihi ^__^

Tangan aku dah keras kematu dah ni dek air cond yang zalim tak reti nak slow kan suhu dia.Jam pun dah hampir menunjukkan pukul 5 petang..that's mean....STOP WORK AND GOING HOME!!!!yehaaa




jom naik lrt (-_-)








Monday, June 27, 2011

Best tau berpraktikal ni..



Assalamualaikum

Dah lunch belum?Kalau belum cepat2 la pegi makan k.Kang lapar tak leh nak konsisten keje yang nak dibuat nanti.Sape yang puasa tu tak yah la pegi gatai2 nak makan lak..hehe
Ekceli start hari ni aku dah bertukar tempat yang baru.Before ni aku just tumpang meja kakak yang cuti pantang so esok dia dah nak masuk keje balik.So pandai2 la nak blah dari tempat orang tu kan..hehe

Seronok gak biler dapat online time waktu pejabat macam ni.Selalu tengok nazirul mention yang dia dok tulis entri kat pejabat.Macam mana la rasanye kan,selalu online kat bilik je.Tak pon time class lab..hehe
Sekarang ni time lunch hour walaupon dah pukul 2 lebih.Kerja kat jabatan aku ni best tau.Rehat boleh keluar awal.12.30 dah ade yang keluar.Then takde la punctual pukul 2 kena ade kat pejabat.Sekarang pon still sunyi lagi.Tak tau la yang lain2 pegi mana.Aku ingat nak tidor tadi tapi malas.Baik aku online update entry ;)

Kerja aku makin menimbun ni.Boring lak buat keje yang sama je.Mengada0ngada pulak aku ni kan.Time takde keje bebel boring sangat but now keje dah menimbun bebel jugak..aduhai manusia2!!
Semenjak kakak yang praktikal ngan aku dulu pindah ke jabatan kewangan aku makan kat bawah je.Selalunye beli bungkus sebab malas nak makan kat bawah.Sape yang keje kat area ampang park mesti tau tempat makan ni.Aku pon tak tau nama sebenar die ape tapi people calling this place 'JUMPA'
Weird right??but unique.Mula-mula aku tak suka makan kat situ sebab aku tak suka makan tempat yang ramai orang then bercampur pelbagai bangsa dengan asap rokoknye..huhu
Tapi nak buat camner kene biase kan jugaklah.Kadang2 je makan kat cafe tabung haji tu.Yang seronoknye makan kat jumpa ni aku boleh rasa dunia orang bekerja ni.Yela aku ni kat student lagi.Macam rasa aku ni betul2 dah keje..hehe

okey la nak sambung buat keje yang dah menimbun ni..
#ok bai








Saturday, June 25, 2011

Hand's up 2pm meletup!






Assalamualaikum

Good afternoon semua!!
Korang semua dah tengok belum klip video terbaru 2pm tajuk die Hand's up??Best kot video tu ala2 video clip omputeh gitu.Memang lain sangat 2pm time tu sebab diorang selalunye kalo video clip ala2 serius gitu.Tak caya tengok la video clip diorang before2 ni.Tapi kali ni diorang nak buat video clip lain dari yang lain.Layan la kat youtube ni..

So kepada kipas susah mati k-pop kat sini aku nak share kan music core performance baru ni kat korea.Penat aku terbang ke korea semata-mata nak dapat info ni tau (ok ni tipu -,-)


# Comeback Stage #
- 2PM [Like A Movie + Hands Up]
- 8eight [Close That Lips]

# Goodbye Stage #
- FT. Island [Hello Hello]
- Jewelry [Pass]

# HOT Stage #
- Kim Hyun Jung [Break Down]
- f(x) [Hot Summer]
- Jang Woo Hyuk [Time Is Over]
- Secret (with Son Heon Su) [Starlight Moonlight]

# New Song #
- A Pink [It Girl]
- Rainbow [Sweet Dream]

# Sound-holic #
- Sunny Hill [Midnight Circus]
- Rania [Masquerade]
- Boyfriend [Boyfriend]
- Hae Oh Ra [Love Love Love]
- Young Ji [Not At All]

# 감성 in 음중 #
- Lee Tae Won [Black and White Picture]
- JiSun [Dear Wind]
- N-Train [One Last Cry]
- Code V [Honestly]










Sepah menang tapi Jozan sentiasa menang kat hati aku..haha



Assalamualaikum


Aku tau ramai dah yang post pasal sepah menang MAHARAJA LAWAK tapi aku nak kepochi gak kat blog ni..


YEAY SEPAH MENANG!!!
walopon aku minat JOZAN lagi tapi aku rasa aku nak berpaling tadah boleh x??hehehe
tapi pape pon jozan memang sentiasa menang dihati aku..cewahh hahaha




Wednesday, June 22, 2011

Apa yang kita suka tak semestinya terbaik untuk kita








Sedar tak sedar nak hampir 2 bulan aku melangkah kealam perkerjaan ni.Walaupun sebagai seorang student praktikal tetapi aku amat merasakan bahawa aku dah jadi seorang pekerja bukan student..hehe(sekali sekala berangan ape salahnye)

Dulu time belajar tiap2 kali tension belajar asyik cakap “ hish biler la nak grade ni tak sabar nak kerja,penat la belajar ni!” Then semasa tempoh praktikal ni tiap2 hari aku akan cakap “ hish biler la nak habis praktikal ni,tak sabar nak sambung belajar balik!”

See!! Kat sini I’m just wanna say MANUSIA MEMANG TAK PERNAH NAK BERSYUKUR DENGAN APA YANG DIA ADA macam aku ni..huhu..
Seriously dulu2 aku memang tak caya biler lecturer aku cakap “ hargailah peluang belajar kamu dengan sebaik-baiknye sebab bila kamu dah melangkah kea lam pekerjaan mesti kamu akan merindui zaman itu” and now aku memang mengakui kata-kata keramat itu..

Maybe ramai je kengkawan aku yang suka kerja diorang tu, baguslah kalau macam tu.Aku bukan tak suka langsung bekerja  ni tapi ntah la..skang ni kerja kat pejabat pon tak banyak sangat tu punca aku boring kot.Nak sembang pon tak tau nak sembang ngan sape.Kakak yang sekali praktikal ngan aku tu skang ni die dah ditukarkan ke bahagian kewangan.Bestnye die dapat kerja kat situ.Relate gak ngan ape yang kite belajar.Aku ade gak try mintak sana aritu tapi nak buat camner rezeki aku takde kat situ.Syarat nak masuk sana kena ade pure account.Aku punye course kan system maklumat perakaunan.Bukan major account.Hurm takpe la maybe rezeki aku kat jabatan haji ni.Lagipun ape yang kita suka tak semestinye baik untuk kita kan ;)  I’m try to think positive now ‘__’

Kakak tempat kerja aku cakap okey la dapat sini boleh belajar system haji.Macam mana step dari orang nak daftar haji sampai orang tu berlepas ke Makkah.Suatu pengalaman yang memang susah nak dapat kan??
Satu hari nanti insyallah aku nak try mitak kerja kat sini..hehe sebab sini suasana kerja die best ;)

Okeyla nak baca novel pulak la..hehe
See u ;)














Sunday, June 19, 2011

Chocolate cake handmade





Assalamualaikum


Petang tadi mak aku request aku kek coklat yang selalu aku buat tu.Ape barang beli2..hahaha handmade tau ;)
Dengan penuh kerajinan aku menjalankan tugas tu memandangkan aku memang suka masak2 ni especeli masak roti or kek ni.Ade gak simpan angan-angan nak bukak kedai bakery sendiri..haha mimpi tak habis2..
Then tak sampai setengah jam dok tung tang kat dapur sampai koko terlekat sikit kat skirt aku yang baru beli semalam..haha..tapi takpe comot tu comel..hahaha haktuih


Dalam 40 minit ting! oven berbunyik menandakan kek buatan ku sudah masak.Semerbak dah bau kek tu 1 rumah..kesian jiran amik bau je..hehe and jeng jeng jeng hasilnye memuaskan.Oleh kerana malas nak buat topping so makan camtu jela.Asalkan selamat masuk perut..kan3


Resepi aku ni simple je,budak tadika pon boleh buat.Aku tau mesti kat luar sana berlambak resepi kek coklat yang sodap2 yang boleh buek den terliur


Resepi aku sonang jo.Nak tau tak??Mana nak tau ade budak tadika yang berminat nak main masak2 sebab aku bagitau budak tadika pon boleh masak kan..haha


Bahan:


2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
~bahan kat atas ni ayak dulu tau!!


1 cawan gula halus
2 biji telur
1 sudu kecil vanilla
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan air sejuk


Topping:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak masak
Cara-caranya:


Kacau telur dengan gula sampai gebu.Then masukkan vanilla,kacau lagi.Then masukkan tepung dan koko yang diayak tadi.Jangan la masuk semua sekali.Selang seli kan dengan susu,air dan minyak tadi.Selang seli kan sampai habis semuanya.Done..cepat dan mudah kan..dan hasilnye amat memuaskan..tak muak tau makan kek ni.Bagi aku kek ni lagi sedap if disimpan semalaman.Bakar dalam 40 minit dalam suhu 180'C


Topping pulak korang just campur semua then panaskan atas api sampai naik mendidih.Lepas kek masak baru la boleh salutkan kek tu supaya menjadi kek yang sempurna..hehe





err sejak biler blog aku ni jadi blog masakan..hahahaah





Friday, June 17, 2011

Merokok menyebabkan kanser mulut






Assalamualaikum


Merokok merupakan satu aktiviti yang tidak menyihatkan dan boleh menyebabkan kematian.Walaupun banyak iklan2 amaran dan gambar2 effect dari merokok yang ditampal walaupun tampal kat kotak rokok tu sendir still ramai lagi yang tak boleh menghentikan habit merokok tu.Memang la susah tapi kalau dipaksa lama2 kita akan berhenti dari merokok tu.
Tahukah korang merokok juga boleh menyebabkan kanser mulut.Maybe effect nye untuk jangka masa yang panjang la.Kanser ni kalau dah teruk memang aku pon tak sanggup nak tengok.Bukan yang macam ulser mulut yang kite biasa kena tu tapi memang betul2 scary.Maybe la ade sebab lain lagi punca diorang dapat kanser ni tapi penyebab utama die semestinye ROKOK..
Aku ade copy beberapa gambar orang yang kena kanser mulut tapi amaran kepada sesape yang tengah makan diharap jangan tengok yer..












see?menyeramkan bukan..so kepada perokok tegar tepu dada tanya iman~
#okbai


sumber kari ngeri























Wednesday, June 15, 2011

Amaran ANONYMOUS untuk kerajaan







Assalamualaikum


Wauu Malaysia kini menjadi hot dek si hacker yg bernama ANONYMOUS.Aku sebenarnye pon baru tau je pasal kes ni sebab semalam tido awal la.Tak sempat nak BW.Setakat ni apa yang aku paham la start kelmarin kerajaan ni terlebih rajin mengBLOCK beberapa website file sharing yang sememangnye famous dikalangan pengdownload2 dan pengupload2 tegar di malaysia ni.Aku pon termasuk sekali la..hehe

Apa yang aku tau la kan punca diorang block2 kejadah ni gara-gara stesen televisyen kat malaysia ni rugi dari segi pengiklanan sebab orang ramai sekarang ni lebih berminat mengdownload movie2 terbaru di website2 berkaitan berbanding membeli cd samada ori or cetak rompak.Hal ni memang aku tak nafikan sebab aku rasa dah lama aku tak beli cd,aku lebih banyak mendownload movie2 yg terbaru.Aku rasa ramai orang berpendapat macam ni gak kan??Sebab yang lain aku tak berapa sure sangat kenapa diorang nak block..

So akibat perbuatan kerajaan yang memblock beberapa website famous ni adela pihak yang tak puas hati dengan tindakan kerajaan ni.So dengan kelebihan bijak IT yang diorang ade so diorang hantar amaran kepada kerajaan yang diorang akan block website www.malaysia.gov.my dan dinamakan sebagai OPERATION MALAYSIA.Macam sedap je kan bunyiknye..haha..macam gambar kat atas tulis diorang akan hack website kerajaan tu pagi ni pukul 3.30 a.m.So semua programmer kat Malaysia ni mesti tak tidur malam ni dok jaga website tu.Amek ko kan dah terhantuk baru terngadah.Betul ke tak peribahasa aku ni ;)

Baru tadi website tour malaysia kena hack then diorang buat gimik kata website politeknik mangsa seterusnye sedangkan takde pon.Maybe diorang akan buat tapi tak tau biler.Jangan diorang takde keje hack website uitm sudah.Kang aku gak yang merana..hahah

yang ni antara website yang diblock oleh kerajaan setakat ni


Yang ramai tak puas hatinye kenapa la kerajaan tak block website2 lucah bagai tu.Berlambak kot video lucah kat internet ni..ape nak jadi la~

So sape nak kenal2 ngan hacker yang tengah hangat di malaysia ni boleh la like page diorang okeh..dah macam artis diorang ni..



Dan jom like page ni ramai2 sebagai tanda kita membantah kerajaan block website2 yang tak bersalah  ni


Oh Media pon tak ketinggalan buat liputan pasal kes ni.Mana taknye sampai masuk berita kat t.v malam tadi.Aku jer yang tak tengok berita tadi..hehe


sama-samalh kita tunggu dan lihat pagi nanti apa yang bakal terjadi dengan website kerajaan dan semestinya aku takkan ketinggalan untuk update esok..yehaa ;)..tadi aku try bukak video yang anonymous upload kat utube tapi die dah delete -,-




kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi ;)










Sunah Sakura Ajak Conteng Ujang!






Assalamualaikum



Korang dah jenguk blog ujang belom? Die ade buat header baru kot tapi aku tengok model tu still sama jer..dok main2 sms gak.Ngah mesej ngan Yana la tu..ingat kite tak tau..haha
Kalo korang perasan header die tu flash punye.Sape lagi kalo bukan ayeem yg buat,die kan raja header flash.Lawa2 kot sume header flash yg die buat.Sumpah tak tipu ;)


So kak sunah tibe2 mendapat 1 idea yg sangat bernas bagi sesape yang nak melunaskan segala dendam terhadap ujang dengan mengadakan segmen ni..dengan segala kudrat yg aku ade gambar yg kat atas tu la hasil dendam aku terhadap ujang..haha..

bagi sape2 nak join segmen ni senang je..hanya perlukan mouse anda..then conteng ape saja dekat header baru die tu,tanpa sebarang halangan then printscreen and buat entry macam aku buat ni..dengan itu segala dendam kesumat sudah terbayar.Masing2 tak dapat dosa..pahala adela..hehe

Pendapat aku header2 flash yg ayeem buat semua best giler.Aku rasa semua komik flash yg die letak kat blog die sume aku dah khatam.Sumpah best.Dulu die ade gak buat tutorial camner nak guna flash tu tapi sampai sekarang den tak gheti-gheti lagi dik oii.Yang basic pon aku tak lepas ni kan nak pergi ke pro terus..mampos la kalo gini..

Teringin gak dalam hati ni nak suruh die buatkan header flash untuk blog aku tapi takde idea la nak buat camner.Kalo boleh aku nak die yg design,idea and segala-galanye die yg pikir kan..haha zalim tak aku??

okeyla..jom cepat2 join..KLIK SINI



























































Tuesday, June 14, 2011

Gempa bumi disumatera..kuala lumpur juga terasa gegarannya






Assalamualaikum


Kira-kira pukul 11 lebih pagi tadi Sumatera dilanda gempa bumi berskala 5.6 skala ritcher(betul ke aku eja ni?)hehe..dan macam biasa kl juga terasa gegarannye.Rasanya area kl je kot yang rasa.Lagi2 tengah2 bandar tu.Macam tempat kerja aku tadi.Satu bangunan tabung haji dilanda kerisauan dek terasa gegaran yang mengakibatkan pc and tingkap diorang bergegar sikit.Actually bahagian aku tak rasa pon.Oleh kerana aku punye level 30.Diorang kata level 18 sampai 20 lebih rasa and 30 keatas rasa sikit.Or jabatan aku terlalu khusyuk buat kerja sampai tak perasan gegaran tu berlaku..tapi dalam waktu yang sama aku adela rasa pening yang amat sangat tapi tak tau puncanye.Lepas je kecoh2 baru rasa cuak.Ingat nak turun gak sebab ramai gak yang dah turun.Yela bahaya dok bangunan tinggi2 ni lagi2 lepas dah rasa gegaran.Orang kata mencegah lebih baik mengubati ;)

Then tak lama tu tabung haji buat announcement kat seluruh bangunan tu bagitau gegaran tu tak membahayakan bangunan and semua diminta sambung buat kerja masing2..hehe..amek ko terlepas sudah nak ponteng kerja -,-
Dalam kerisauan tu terdetik jugaklah kat hati tak berapa nak kecil aku ni simpati yang amat sangat kat orang sumatera yang sedang dilanda musibah.Mudah-mudahan sebalik kejadian ni ade hikmahnye.Semoga mangsa2 diletakkan dikalangan orang yang beriman..aminn





takut gakk tadi time gegaran..tak dapat nak bayangkan la kalo bangunan tbg haji tu runtuh..huhu nauzubillah -,-

















Monday, June 13, 2011

Most greatful ;)





Assalamualaikum



Setelah dua hari tak boleh online gara-gara broadband tertunggak.Hari ni jugak aku lunaskan pembayaran bil tu.Kalo tak tak leh la aku nak bukak blog kesayangan aku ni..hehe

Anyway hari ni result MUET dah keluar.Oleh kerana pejabat aku tu takleh nak bukak internet selain hal kerja so aku cek guna sms je.Dunia kan dihujung jari je sekarang..hehe..dengan membekalkan sms 20 sen tak sampai 5 minit ade mesej masuk..tweet tweet..tweet tweet..lebih kurang macam tu la bunyik sms aku..hee
Alhamdulillah aku dapat band 3.Tak sangka gak dapat band 3 ni,aku expect 1 or 2 je sebab aku tau tahap kemampuan aku dalam english ni.Maybe time speaking kot aku dapat markah banyak..hehe..syukur banyak2 sebab dapat 1 group yang sporting.Ape ntah nama die tu,sorang tu sebaya aku sorang tu tua setahun dari aku.Dua-dua laki..hehe..teringat balik moment time muet tu..okey2 dah2
Again syukur banyak2 dengan anugerah yang Allah bagi ni.Maybe result aku sem ni tak berapa baik tapi Allah nak gantikan dengan muet ni ;)
Congrats jugak to all my friend myra,mirror,ju,billa,aida,syika..sem depan tak yah pening pikir nak amek muet lagi..hehe



ok nak layan khuntoria episode 50..bye ~ 















Friday, June 10, 2011

Time kat kaunter tak cukup duit la pulak..adoii


gambar xde kene mengena antara idop dan mati..haha




Assalamualaikum


Hari jumaat tabung haji rehat lama sikit time tengahari.Aku rasa semua syarikat macam tu kot?hehe..so alang-alang tu rehat lama aku ngan kak ida(member praktikal) pegi jenjalan KLCC.Boring la dok pejabat tak buat mende baik pegi cuci-cuci mata..hehe
Bukak je pintu lrt bau rotiboy terus menusuk kedalam kalbuku.Wahh memang tertarik2 la nak makan sekarang tapi balik nanti la aku beli.Then jenjalan jela.Ptptn baru masuk la kata kan..hehe
Tak beli pape pon just masuk watson and beberapa kedai gadget je.Aku suke masuk kedai gadget tapi masuk jela.Nak beli kirim salam jela.Kena control nafsu kot..huhu
You know what time nak bayar kat watson tu duit aku tak cukup.Aku rasa macam ade 50 ringgit dalam dompet but takde pulak..memang malu kot time tu tapi still berlagak cool.Aku kan suke buat cool.Time bikin air jatuh kat mcD pon boleh buat tak bersalah..haha..nasib tadi ade kakak tu boleh la pinjam sepuloh hinggit.Bikin malu saja aku ni..haha

Emm esok mau berpicnic di port dickson.Dah lama tak mandi laut,dulu kat teluk gadung boleh tengok je..xleh mandi..huhu
Yehaa tak sabar kot..





krook3..perut berbunyik kelaparan tapi mulut ade ulser..xde selera nak makan..huhu ;(







Thursday, June 9, 2011

Result MUET revealed soon!!





Assalamualaikum


Auucak...rindu aku tak??hehe
Kalau rindu katakan rindu..hahahah memang tak boleh blah..

Actually aku dah ade kawan baru..yehaa sila tepuk tangan tanda gembira ya kwn2 ;)
Bukan kawan lelaki(single lagi ni..hahaha) tetapi kawan perempuan la merangkap kawan sepraktikal aku.Dulu kan aku dok ngadu je bosan sorang2 kat pejabat but now dah seminggu dia masuk and aku adela teman berbual2.Takde la aku dok buang tebiat kawan ngan PC je..huhu
Aku panggil dia kakak sebab dia lagi tua dari aku la.Umur dia 24..aku baru 20 so memang patutla aku panggil dia kakak sebagai tanda hormat aku kat dia..kan2??
Duduk pon semeja kitorang ni..haha sampai orang kata diorang ni memang semua nak share,haha.Hari first pon aku dah boleh rapat ngan dia..hehe..aku nak jadikan dia contoh aku sebab dia sangat pandai okey.Time dia amek diploma dulu tiap2 sem dean list..walamakk degree pulak cgpa terbaru die 3.49..bapak ahh memang terbaiklah kakak ni..bandingkan ngan aku memang bagai langit dan bumi la..haha

Anyway tak lama lagi result MUET kuar..huk3 aku sangat risau okey kerana aku memang K.O bab speaking2 ni..harap2 la dapat band 2 ke atas..tak nak 1 macam rendah sangat je.Dulu aku tak tau pangkat muet ni then kecoh2 je kat orang aku harap dapat band 1 sebab bagi aku dah okey sangat la tu..haha rupenye band 1 tu la yg paling teruk..adoiyaii band apela yang aku dapat nanti kan..huh -,-








p/s: tadi time naik teksi balik rumah aku dapat pemandu yg peramah and baik hati..cute pulak tu..hehe hrp2 lps ni dpt naik ngan die lagi ;)  *gatal siot*








Sunday, June 5, 2011

Review drama cinta islamik Telah Dihalalkan Epal Itu..best okey ;)





Assalamualaikum



Tengahari tadi tangan  ni menekan2 remote control astro satu persatu.Tengah cari citer yang rasa boleh hilangkan keboringan aku.Then..jeng jeng jeng aku bukak la tv Al Hijrah.Korang sume penah layan tak citer2 kat saluran terbaru tu.Baru la jugak kan..hehe
Ekceli aku baru tau gak ade Al Hijrah ni.Yela dok kolej mana tgk tv sangat.Buat pengetahuan korang Al Hijrah ni saluran tv yang islamik.Memang tabik la Malaysia ade buat saluran macam tu.Harap-harap rakyat Malaysia dapat menggunakan sebaik-baik peluang dengan saluran tv islamik tu ;)

Aku tertarik dengan drama melayu islamik bertajuk TELAH DIHALALKAN EPAL ITU.Tajuk die lebih kurang macam kerana manisnye epal kan??korang penah baca tak cerpen tu?Sweet giler kot.F.y.i citer ni ala-ala ayat-ayat cinta or nur kasih.Cerita cinta islamik la.Heronye pulak ialah pelakon hensem yg namanye makin melonjak naik,lain tak bukan Shah Jaszle la..see u all mesti kenal kan..baru2 ni die hot dengan video clip Marilah dengan Prema Yin yang penuh dengan adegan erotik tu..ape2 jela -,-

Dalam citer ni die bawak watak laki yg soleh dan alim.Menjadi kot die berlakon watak baik ni.Nak kawin ngan die la,,hahaha tibe2 jer -,-
Heroin pulak fida gadis melayu tuu,cute la die tu.Ayu lak tu...meh aku cite kan sikit sinopsis drama ni okeh.
Halim(Shah Jaszle) baru pulang dari mesir then time stesen kereta api die terlanggar sorang pak cik ni dan menyebabkan pak cik ni tercedera.So dia rasa bersalah yang amat sangat dan membuat keputusan untuk menjaga pak cik ni sampai sembuh.Mula-mula pak cik ni tak suka sangat ngan halim ni tapi lama2 semua dalam rumah tu suka akan halim ni kerana perangai dia yang disayangi semua orang.Halim ni ditunangkan dengan sepupu dia Ain(fida).Tapi hati Halim terpaut dengan Fatihah anak perempuan pak cik tu.Adakah Halim akan berkahwin dengan Ain or Fatihah??Sama-samalah kita menghayati drama cinta islamik yang penuh pengajaran ni.

Aku pon baru je tengok sampai episode 7.Lepas berkenan citer ni kat tv terus cari kat internet..haha nak tunggu kat tv memang kirim salam je la..dunia kan dihujung jari jer sekarang..hehe
Sape yang berminat sila la klik link kat bawah ni..

^
^
^
^
^

FULL EPISODE

semua ade 12 episode jer..takdela penat sangat nak tunggu download kan..hehe..ekceli citer ni citer tahun lepas punyer..tapi aku baru je perasan,so tak salahkan nak share benda yang aku rasa interesting buat aku..hehe
Okey..#selamat menonton ;) 

















CONTEST- SUKUR'S BIRTHDAY





Assalamualaikum


Aku dah lama kenal dengan blogger sukur  ni.Dia merupakan insan yang sangat teristimewa kat muka bumi ni.Seriously aku cakap,tak tipu aww.Tak caya baca la sendiri blog dia.So memandangkan 6 jun ni merupakan ulang tahun kelahirannya so dia ade la buat contest sempena besday dia.Sebagai tanda aku menyokong blogger ni aku merajinkan diri aku untuk mengjoin contest ni.Mana nak tau ade rezeki aku kat sini.

So kat sini aku nak wish HAPPY BIRTHDAY to SUKUR.May Allah bless you.Sweet 27th.
Memandangkan you kata kali ni sambut besday terakhir dengan title 'bujang' so memang amat bermakna la nanti lepas ni sambut dengan orang yang tersayang.So sweet ;)

Serious sy cakap sy tak reti nak bermadah2 apelagi nak mengukir sajak,so sy hanya mampu doakan semoga dengan pertambahan umur ni semakin bertambah jugak lah iman didada.Walaupun you ade kekurangan tapi tak bermakna you lemah tapi Allah nak uji hambanya dan supaya hambanya ingat akan Nya.Ehh macam berceramah pulak sy ni kan.

Sempena besday you ni sy nak hadiahkan sesuatu walopon tak dapat nak genggan dengan tangan,tengok pon puas kan..haha

jeng..jeng..jeng
terimalah hadiah sy yang sy curik dari abang google..ngeee ;)






nampak sedap kan??esok baru boleh makan tw..pegi simpan dalam peti ais dulu..hehe


emm tu je kot yg sy boleh bagi..pape pon semoga terus success dalam ape jua yg you laku kan ;)


NAK JOIN??KLIK LINK NI OKEY :)

#hepy besday






Saturday, June 4, 2011

Bangga dengan senior aku








Assalamualaikum



Semalam time tengah facebooking aku dapat tau senior aku time kat MATRI dulu dapat first place dalam Youthnity Short Film Contest baru2 ni kat Titiwangsa.Walopon aku tak kenal die sangat and die pon of cos tak kenal aku langsung tapi aku still rasa bangga sampai hati aku tergerak nak tulis dalam blog aku ni..hehe
Die ni tua setahun dari aku.Sekarang ni he further study kat The One Academy,belajar subjek Digital Animation.Maybe suatu hari nanti die boleh hasilkan kartun yang boleh kalahkan Upin Ipin..hehe aminn ;)
Ade gak ushar2 hasil video die selama ni,memang terbaik la.And aku perasan die kenal dengan Afiq Deen.Aku kenal afiq ni kat vlog2 yang die buat tapi skang ni macam jarang buat vlog je.Sumpah vlog si afiq ni memang lawak tahap 18 sx..hahahaha...Pape pon caya lah korang dua ni,lepas ni try2 nasib jadi produser gune teknik CGI..mantap ahh nanti boleh kalahkan KRU..haha
Aku ingat nak upload video yg die menang tu tapi tak lepas lak.So korang boleh la tengok kat link ni okeh..tengok jangan tak tengok

Congrats bro ;)








Bangga dengan senior aku








Assalamualaikum



Semalam time tengah facebooking aku dapat tau senior aku time kat MATRI dulu dapat first place dalam Youthnity Short Film Contest baru2 ni kat Titiwangsa.Walopon aku tak kenal die sangat and die pon of cos tak kenal aku langsung tapi aku still rasa bangga sampai hati aku tergerak nak tulis dalam blog aku ni..hehe
Die ni tua setahun dari aku.Sekarang ni he further study kat The One Academy,belajar subjek Digital Animation.Maybe suatu hari nanti die boleh hasilkan kartun yang boleh kalahkan Upin Ipin..hehe aminn ;)
Ade gak ushar2 hasil video die selama ni,memang terbaik la.And aku perasan die kenal dengan Afiq Deen.Aku kenal afiq ni kat vlog2 yang die buat tapi skang ni macam jarang buat vlog je.Sumpah vlog si afiq ni memang lawak tahap 18 sx..hahahaha...Pape pon caya lah korang dua ni,lepas ni try2 nasib jadi produser gune teknik CGI..mantap ahh nanti boleh kalahkan KRU..haha
Aku ingat nak upload video yg die menang tu tapi tak lepas lak.So korang boleh la tengok kat link ni okeh..tengok jangan tak tengok

Congrats bro ;)








Jayesslee artis youtube suara kalah Najwalatiff







Assalamualaikum..


Korang kenal tak ngan salah sorang artis youtube tapi kali ni bukan kat Malaysia tapi kat omputeh sane nun..jeng..jeng..jeng tak lain tak bukan semestinye JAYESSLEE.
Aku dah kenal dorang lama dah,cehh bajet macam sedara je kan..Aku tau blogger kat Malaysia ni confem punye ramai dah kenal dorang.Dorang pemes kot sampai ade buat concert tu.Jadi artis youtube pon boleh buat concert kan..hehe

Jayesslee ni terdiri daripada sepasang kembar yang lahir dan menetap di Sydney tapi parents dorang asal Korea.Patutla muka ade iras2 korea.Dorang memang influent giler english.Tak macam korea langsung..yela keluar2 dari perut mak die terus dengar doktor tu speaking..'hye..you got twin cutie daughter!!..kan2..so nak anak terer cakap omputeh time lahir tu terus la speaking ngan die okeh..try dulu kalo jadi habaq mai kat aku..hehe..Sorang tu nama die Sonia sorang lagi Janice.Muka memang sejibik,memang boleh tukar orang time nak jawab exam nanti..haha

Dorang ni ade cover lagu orang tau,yang paling aku suke lagu cover tajuk officially missing you nyanyian asal tamia.
Boleh terlentuk dengar suara dorang tu,,haha

Then baru2 ni dorang ade buat vlog untuk jawab beberapa soalan yg dorang dapat dari peminat dorang.Korang layan je vlog ni,aku ingat nak upload dalam entri ni tapi apelah nasib bukak fb pon lembab tahap cipan ni apela lagi upload video..tahap babun agaknye..grrrr
So sape nak tau lebih lanjut pasal diorang boleh ushar vlog ni..sumpah yang lelaki tak tido malam la jawabnye tengok kecomelan diorang..hahaha

Jom ramai2 like page dorang ;)











Maharaja Lawak malam ni sumpah tak best!!

















Friday, June 3, 2011

Paris Hilton masuk islam??





Paris Hilton telah masuk islam,perkara ini disahkan oleh Ian Brinkham iaitu jurucakap Paris pada CBS News.

“Dia memikirkan hal tersebut sejak lama dulu dan ketika ia dipenjara di Pemulihan Penahanan Century Regional pada tahun 2007, ia telah menemui beberapa orang yang memeluk islam ” Ujar Brinkham.

Dengan menjadi muslim, Paris Hilton telah memutuskan untuk menghindari kehidupan lamanya sebagai selebriti dengan kehidupan bebas dan berfoya-foya.

Ketika bercakap dari pusat  Islam di Jeddah, ia berkata: “Saya telah menemui kedamaian sesungguhnya dalam kehidupan saya, saya dulu dikenal sebagai wanita malam, dan kurang bermoral, tapi sekarang semua itu telah berubah. Alhamdulillah.. “

Hilton akan  kembali ke Los Angeles minggu depan untuk mendirikan sekolah Islam di pusat Beverly Hills yang glamour itu.

“Lupakan saja tentang Scientology atau Kaballah. Ini adalah agama terbaik yang pernah ada sekarang. saya tidak akan mengenakan tali merah di pergelangan tangan atau berjalan-jalan seperti robot yang berbicara tentang Xenu. Islam adalah agama yg wajib dianuti. dan saya akan menyebarkan ayat ayat Al-Quran kepada semua orang, “kata Paris Hilton bersemangat.

Paris Hilton juga akan mengubah namanya menjadi ‘Tahirah’. sebuah kata dalam bahasa Arab yang bererti’murni, atau suci’.

Sekolah Islamnya akan dimulai pada bulan Julai akan datang dan pastinya akan terpaksa mencuri tumpuan artis Hollywood lain. 



Sumber : Paris Hilton Sah Peluk Islam? | Segalanya Disini. . . 










dari liar bertukar suci ;)












BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO






Assalamualaikum..

Oleh kerana esok cuti so aku ada masa nak join segmen abg ben kali ni..yezza ;)
Nak join senang je..sila lengkapkan slogan ni yer..

SAYA SUKA BLOG najirul hajwan KERANA PENUH DGN SINDIRAN....hehhe

okey tak??jangan marah ;)

Nak join klik je banner kat atas tu okeh ...okbai 






Thursday, June 2, 2011

Orang gila di Ampang Park





Assalamualaikum


Ape kes la aku letak gambar orang giler kat atas ni kan..ekceli aku nak tulis entri pasal orang giler ni semalam lagi tapi elok2 je aku bukak lappy ngantuk aku datang tibe2 then aku memang tak boleh nak tahan lagi teruss tido sampai pagi..haha

Siape kat sini pagi2 biase turun ampang park nak pegi keje ke or jenjalan ke??Dalam 2 hari lepas korang perasan tak ade sorang laki yang otaknye agak mereng melepak2 kat kaki lima ampang park tu.Pagi2 selalunye ayah aku hantar aku ke tabung haji macam biase but pagi tu ayah aku hantar sampai lrt taman melati je,so pandai2la aku naik turun ampang park.Then sampai ampang park jalan dengan jiwa yang suci dengan hati yang bersemangat nak bekerja tibe2....mata aku terpandang sesuatu yang !@@#$%@

Korang terjemah la sendiri ape yang aku nampak tu..Ahh aku tak bersalah.Orang giler tu yang bersalah..haha
Boleh lak die lending tengah2 jalan2 pagi2 buta tu dengan terkangkang..elok2 je seluar die terkoyak tengah2 tu nampak @#$$$#@^ die..wadefak...habis mata aku tak suci!!

Boleh lak die pandang orang yg lalu lalang tanpa perasaan besalahnye..ehh lupe lak..orang giler mana ade perasaan dowh..hehe..nasib ko orang giler..

Nasib aku nampak die 2 hari je lepak kat situ,maybe die dah jumpe tempat baru untuk buat tayangan free show kt orang lain pulak kot..hehe




huhu..bermasalah pulak tempat praktikal aku ni ;( 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...