Showing posts with label matri. Show all posts
Showing posts with label matri. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Tiga maut pokok hempap van

PADANG BESAR: Tiga termasuk dua pelajar maut, manakala seorang lagi parah apabila van dinaiki sembilan pelajar Maahad Tarbiah Islamiah (MATRI) Tunjong, di sini, dihempap sebatang pokok besar di kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, Chuping, dekat sini pagi semalam.
Kejadian berlaku ketika semua anggota rombongan, termasuk lapan pelajar MATRI dalam perjalanan melawat Kilang Gula Felda Perlis (KGFP) menaiki sebuah van jenis Toyota Liteace dipandu bapa angkat mereka, Shahidan Ali, 67, jam 9 pagi. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata tiga yang terbunuh ialah Shahidan yang juga bekas pekerja KGFP serta dua pelajar MATRI iaitu Azman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Seri Kenanga, Kulim dan Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Ketiga-tiga mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat parah terutama Shahidan dan Ahmad Izzat yang duduk di bahagian depan van yang dihempap pokok .
Difahamkan, Azman yang berada di tempat duduk belakang pemandu meninggal dunia ketika cuba dibantu rakan lain, manakala seorang lagi pelajar, Mohd Ahnaf Anissofian, 14, dari Kuala Lumpur yang duduk di sebelah Azman dilaporkan parah, katanya.

Che Man berkata, pokok terbabit tumbang selepas dipukul ribut ketika hujan lebat melanda kawasan terbabit, sebelum menghempap bahagian depan van dinaiki mangsa.

Anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian kemudian terpaksa memotong pokok bersaiz sebesar pemeluk orang dewasa itu, sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mayat kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, sebelum dituntut keluarga, katanya.

Salah seorang mangsa, Muhammad Zulfadhli Rodi, 14, dari Arau, di sini, berkata dia bersama empat rakan lain terpaksa keluar melalui tingkap belakang van yang pecah selepas hampir separuh daripada bahagian depan kenderaan dinaiki mereka remuk dihempap pokok.

Sebaik keluar, kami lihat Izzat dan pemandu sudah tidak bernyawa, manakala Azman pula sedang mengerang kesakitan. Kami semua cuba membantunya, tetapi gagal sebelum terus berlari mendapatkan bantuan pengawal keselamatan di KGFP yang terletak tidak jauh dari situ, katanya.

Terkedu jugak bila aku dengar berita kat atas ni sebab MATRI ni merupakan sekolah lama aku dulu.Dan beberapa mangsa diatas jugak ada yang aku kenal.Pelajar-pelajar tu jugak merupakan junior aku walaupun aku tak kenal diorang.Aku dapat mesej ni pagi semalam then pagi ni terkejut tengok gambar keadaan van yang sangat teruk selepas dihempap pokok.Ya Allah..tempatkanlah mereka dikalangan orang yang beriman.

p/s: Malang tak berbau kan.Bila-bila masa saja Allah akan tarik nyawa kita hatta tengah tidur sekalipun.

Saturday, June 4, 2011

Bangga dengan senior aku

Assalamualaikum

Semalam time tengah facebooking aku dapat tau senior aku time kat MATRI dulu dapat first place dalam Youthnity Short Film Contest baru2 ni kat Titiwangsa.Walopon aku tak kenal die sangat and die pon of cos tak kenal aku langsung tapi aku still rasa bangga sampai hati aku tergerak nak tulis dalam blog aku ni..hehe
Die ni tua setahun dari aku.Sekarang ni he further study kat The One Academy,belajar subjek Digital Animation.Maybe suatu hari nanti die boleh hasilkan kartun yang boleh kalahkan Upin Ipin..hehe aminn ;)
Ade gak ushar2 hasil video die selama ni,memang terbaik la.And aku perasan die kenal dengan Afiq Deen.Aku kenal afiq ni kat vlog2 yang die buat tapi skang ni macam jarang buat vlog je.Sumpah vlog si afiq ni memang lawak tahap 18 sx..hahahaha...Pape pon caya lah korang dua ni,lepas ni try2 nasib jadi produser gune teknik CGI..mantap ahh nanti boleh kalahkan KRU..haha
Aku ingat nak upload video yg die menang tu tapi tak lepas lak.So korang boleh la tengok kat link ni okeh..tengok jangan tak tengok

Congrats bro ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...