Saturday, June 23, 2012

Rahsia model muka flawless bila photoshoot



Assalamualaikum


Siapa kat sini pernah jadi model untuk mana-mana photoshoot la or jadi pelakon ke,korang mesti familiar dengan papan putih ataupun payung ke kat area camera tu.Actually aku memang tertanya-tanya sejak dulu lagi apa function papan @ payung putih tu dengan model @ pelakon tu.Nak buat backup kot-kotla terjatuh ke time photoshoot tu ke and pernah sekali aku tengok pelakon tu baca skrip yang dorang tulis atas papan putih tu.Ohh time tu terus aku ingat papan putih tu tujuan dia untuk tulis skrip tapi setahu aku photoshoot mana ade keluar dialog -,-

Oleh kerana aku takde kawan-kawan dalam bidang photographer and aku pendamkan saja persoalan ni sengsorang..sob3
But one day tiba-tiba aku ade tengok 1 behind the scene photoshoot dorang ade guna papan putih ni time amik gambar,terus terpikir secara logik.Korang rasa ape function dia?Yang photographer tak boleh teka sebab confirm dia tau :)

Aku rasa tujuan benda tu adalah untuk bagi muka model nampak putih dan flawless dari biasa oleh kerana effect daripada papan putih tu.Betul tak aku teka??hihi..Yela kalau papan hitam karang dah kurang cun pulak model tu terus orang tak minat nak tengok..haha

One more thing aku suka tengok drama korea salah satu sebabnya pelakon2 dia semua muka flawless memang tak nampak cela langsung.Baru aku terfikir dorang nampak flawless gitu sebab effect papan putih tu jugak kan..haa dah tau secret dorang.Produser korea ni tau buat effect nampak pelakon dorang cun je.Kalau produser kat Malaysia ni kurang sikit la lagi2 kalau cerita drama kat tv1 or 2 nampak habes jerawat2 pelakon tu.Kurang bernafsu sikit nak tengok drama tu =,=

Oleh kerana nak kepastian aku ada try amek gambar aku sendiri guna kertas putih pon boleh la.Agak ketara jugak la bila adanya kertas putih dengan takde.Bila ada tu nampak cerah sikit la muka kita..hehe so sape2 yang suka camwhore and nak nampak muka cun sikit boleh la guna tips ni.Takde papan putih guna kertas A4 putih tu pon boleh :)


p/s: agak kuno aku ni nak tau sesuatu benda tu dengan lambat -,-










Tuesday, June 19, 2012

Running Man 100th episode :)



Assalamualaikum


Pejam celik running man dah nak ke 100 episode dah iaitu minggu depan.Aku harap takde la running man season 2 sebab mesti nanti tukar orang lain.Tak suka yang lain.Suka diorang ni jer :)

Confirm hubungan antara jaesuk,sukjin,kwangsoo,jihyo,jong kook,gary ngan haha dah macam adik beradik semua.Yang paling aku suka confirm la jihyo sebab dia sorang perempuan and dia tak gedik and cover cun macam artis lain.Umur dia dah 32 tapi nampak macam 22..hihi awet muda la kate kan :)

Sekarang aku ondaway download episode 99.Malam ni kot baru layan.Tak sabar giler!Ntah sejak biler aku boleh addict ngan running man ni.Kalau dulu addict ngan We Got Married tapi since Khuntoria dah tamat terus tak minat langsung.Then WGM pon senyap kejap dulu sebab member aku cakap dorang ade problem dalaman ngan crew produksi WGM tu.Ni mesti sebab tak bayar gaji kan...wakaka


p/s: kalau korang berminat nak beli contact lens untuk raya ni ke boleh la beli ngan aku tau..murah je :)






Sunday, June 17, 2012

Selamat Hari Ayah



Assalamualaikum


Betapa bertuah punya anak la aku ni sebab baru teringat hari ni Father's Day.Tapi bagi aku tiap2 hari ialah Hari Ayah..hihi.Lagipun family aku ni tak pernah lagi celebrate Father's Day ke Mother's Day.Besday kitorang pon kadang2 je tu pon beli kek sebijik sorang satu.Zaman kegemilangan buat besday party dah lepas sebab time kecik2 dulu merasa jugak la buat besday party dah besar gajah camni dok diam je la jadi besday girl,muhasabah balik diri sebab dah makin besar panjang tapi iman tak jugak naik2 =,=

Pape pon entry kali ni aku nak wish Happy Father's Day kepada ayah ku yang tersayang Encik Abdul mutalib bin Abdullah yang sanggup melayan segala kerenah anaknya ini yang degil + keras kepala selama 21 tahun ni.Kalau nak dikira dosa aku ngan ayah aku rasanya tak terkira :'( Hanya Allah yang boleh membalas jasa ayahku :)

p/s: aku sayang ayah aku tapi tak reti nak tunjuk kasih sayang tu :)


Saturday, June 16, 2012

Berbaloi ke ambil supplementary examination paper?


Assalamualaikum


Firstly thanks to all my readers yg sudi follow and tinggalkan comment kat blog ni.Nanti aku akan balas balik kunjungan korang tu yer.Insyallah

Anyway hari ni aku merupakan hari keluarnya result bagi student uitm diploma yang mengambil intersessi ataupun supp paper.Tahukah apa itu supp paper?Supp paper short form for Supplementary Examination iaitu dalam bahasa yang mudah dan nak bagi korang yang tak pernah tau pasal ni ialah paper untuk membantu student2 last year yang tersangkut tak lebih daripada 2 subjek.Lebih dari 2 subjek tak dibenarkan ambil supp paper ni.Time masuk uitm dulu pon aku tak pernah dengar pasal supp paper ni until part 6 ade senior bagitau pasal supp paper ni.Uitm memang nak tolong student kan.I Love UiTM <3

Selalunya supp paper ni sama dengan tarikh intersessi ataupun seminggu lepas keluar result.Ada baiknya jugak wujudnya supp paper ni sebab ada student yang repeat 1 paper then terpaksa nak extend sema-mata 1 subjek.Sangat lah tak berbaloi!So supp paper ni bukan confirm kita akan lulus semua tau!Kita tak payah pegi class macam biasa untuk supp paper ni,hanya datang jawab exam je.Pandai-pandai la korang study sendiri.Macam aku aritu menyesal pergi jual buku tax kat junior tengok2 repeat subjek tu,last2 pegi pinjam buku kat member yang lepas..haha

Soalan dia pulak senang sikit berbanding paper yang kita jawab dulu.Tapi kadang2 senang sangat pon tak boleh jawab.Seriously ini berdasarkan pengalaman aku sendiri =,=
Nanti bila result dah keluar ia akan tampal balik result yg fail tu.Kira yg fail tu dah tak wujud buat selama-lamanya..haha

Sekian saje kot pengenalan tentang supp paper..hihi..tak tau la kalau kat ipta lain ade ke tak.Oleh kerana tiba-tiba sakit gigi menyerang aku dah tak boleh nak menaip.Selamat malam :)


p/s: arghh sakit gigi!!!!!!








Thursday, June 14, 2012

Perkara yang pernah kita buat time kecik2 dulu


Adakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut?

1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.
4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali.
5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli kat mak bapak.
6. Lukis burung guna huruf M atau V
7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit
8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni ---> ♥
9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam.
10. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.
11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.
12. Main game Pacman atau Mario
13. Main tanah / main longkang
14. Mintak biodata kawan2
15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.
16. Buat jet kertas
17. Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, etc.
18. Lawan pemadam / main ceper
19. Main getah
20. Minum air panas dlm piring







p/s: semua benda kat atas tu aku pernah buat time kecik2 dulu..yeahh almost all..hahaha..korang macam mana?


sumber facebook








Wednesday, June 13, 2012

Contest : Kami BFF(!)





Assalamualaikum

Tadi ushar2 blog kat dashboard and tiba-tiba ada 1 entry yang menarik minat aku iaitu contest BFF ni.Actually memang dah lama tak join contest2 ni.Bila dah tak tau nak buat apa ni apa salahnya kita mencuba nasib kan.Kot-kot la rezeki aku ada kat sini.

Contest ni senang je,korang cari la gambar korang ngan BFF korang yang rasa ianya amat menarik lalu tanpa segan-segan tempek lah ia di entry ini.Senang bukan.

Lepas aku selongkar habes album gambar2 kawan2 aku lastly gambar ini sangat menarik minat aku dah tanpa segan silu aku mempertaruhkan gambar in :)


 bak kata Yuna disebalik gambar ada ceritanya :D


Siapa2 yang nak join contest ni silakan sebab contest ni baru saje bermula hari ini.Tarikh last pon tak tau lagi :)

Last but not least aku nak tag ida


Tuesday, June 12, 2012

Kawan makan kawan





Gambar kat atas ni pernah terjadi kat aku sendiri.Perasaan sedih adela jugak kan tapi nak buat camner terima la seadanya otak manusia lain2.Maybe aku kurang pandai dari dia..huhu

#quoteoftheday
" Don't judge a book by its cover " 




Saturday, June 9, 2012

Kepentingan breakfast



Assalamualaikum,


Good morning semua.Jam sekarang menunjukkan 7:16 am dan aku rasa mesti ramai masih lena dalam selimut masing2 kan.Lagi-lagi pagi ni sejuk sikit la dari biasa,sape yang taknak lepas peluang beb..hihi
Yang dah bangun ni semua dah breakfast??Lapar pulak kalau bangun pagi-pagi ni then tak breakfast kan.Aku ni memang mementingkan breakfast kalau bangun awal pagi la,kalau tak memang brunch terus la :)

Tahukan korang bahawa breakfast amat penting untuk badan kita.Tapi ade jugak member aku yang tak boleh nak makan pagi2 ni,lepas pukul 10 baru boleh sentuh makanan kalau awal dari tu dia akan muntah.Cewahh dah macam pakar pemakanan tak aku ni :)

Ada orang kata breakfast ni jugak boleh membantu orang yang tengah berdiet macam aku ni(kdg2 je) sebab dengan breakfast ia dapat membantu membakar kalori tapi jangan la amek yang berat2 macam lantak nasi ayam pepagi ni ke takpon burging king sebijik memang tak membantu sangat la nak diet tu oii.Tapi aku suka makan nasi lemak pagi2..hihi same je la banyaknye kalori nye oi =,=


Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.



So mari ramai2 kita serbu kedai roti canai yang berhampiran...yeahhh :)




p/s:rindu pulak nak makan roti canai dekat RC SELEKOH kat dungun..huhu











Friday, June 8, 2012

Pagi ini


Assalamualaikum dan selamat pagi semua :D

Macam pelik je aku update blog pepagi ni kan.Kira setahun sekali la kalau nak dikira.Sekarang ni pon ekceli rasa jugak ngantuk sikit2 yela sebab dah biasa tidur lepas subuh kan =,= (anak dara x guna..haha)
Ingat aku sesaja bangun awal pagi ni.Aku bangun ni sebab....kejap lagi aku nak deting..hihi..dating ngan perempuan la :)

Saja je nak menaip pepagi ni kan,amik berkat katakan.Mak aku cakap kalau bangun pagi ni rezeki senang masuk.Mak aku selalu perli aku susah nak dapat kerja sebab suka tidur lepas subuh,sebab tu la rezeki susah nak masuk.Tokono den =,=

Aku bukan ape,try jugak tak nak tidur lepas subuh tapi apekan dayo den,memalam tidur pon lambek.Kekadang nak dokat subh baru den tidor.Mano taknyo sambong pas subuh tidurnya..haha kan dah speaking nogori pepagi ni =,=

Sekarang ni aku aktif jugak usha2 kerja kat mudah.my.Memang rambang mata oii kerja(macam shopping pulak) tapi problem aku transport..huarghhhh
Nak kena harapkan ehsan daripada adik beradik ataupun ayah aku la kot kalau nak pegi kerja nanti :(
Tu la padahnya taknak amek lesen awal2 =,=

Okey la aku nak pergi siap.Tak sabar nak pergi shopping..yuuhuuu

#pesananpagi

"Kepada anak dara diluar sana,janganlah selalu amalkan tidur lepas subuh nanti susah nak kahwin..hihi(pesanan utk diri sendiri jugak) anak lelaki takpe =,="










Cerita seorang pengganggur


Assalamualaikum


Setelah sekian lama jari jemari kasar ku ini tidak menari-nari di blog usang ni akhirnya pada malam yang dingin ini walaupun tak hujan tetiba hati terasa mahu menulis.Pergh intro punya la berbasa-basi.Kalau cikgu b.m aku tanda ni confirm dapat A.

Actually pernah jugak terdetik kat hati ni nak stop terus dari berblogging ni.Aku pon selama ni tak pernah kisah pon ade orang nak baca ke tak blog aku ni walaupun aku tau takde pon yang nak baca.Eh cakap macam keling la kau ni =,= Tapi masih ade rasa sayang jugak kat hati ni akan blog ni sebab ni la blog pertama dan terakhir yang pernah hadir dalam hidup aku..cewahh..haha

Alhamdulillah aku sebenarnya sekarang ni sudah bergelar graduan UiTM dan sekarang masih mencari-cari kerja part time or full time sementara intake degree bulan 9 nanti.Setelah 3 tahun berhempas pulas demi mendapatkan segulung diploma akhirnya berbalas jua.Macam-macam pengalaman yang aku dapat since diploma ni.Berpengalaman merasai perasaan repeat paper(tak boleh blah =,=),rasa macam mana amek supp paper sebab bukan semua orang merasa pengalaman repeat paper tau..haha..cuma dapat dean list tak kan rasa la =,=

Seriously bila duduk2 saje kat rumah ni memang terasa rindu suasana time belajar dulu.Awal2 sem aku punya azam confirm nak belajar rajin2 taknak ponteng class tapi naik pertengahan sem azam aku hilang tiba2 =,=
Time nak test ke final baru la rasa menyesal tak study awal2.Tiap2 sem la macam tu =.=
Pejam celik dah umur aku dah 21 ini bermakna aku dah besar ok.Kalau orang barat umur 21 ni la remaja akan dapat kunci kebebasan,tapi bagi aku,aku tak boleh lagi hidup tanpa mak bapak..sob3..Nak kawen apetah lagi,takde lagi perasaan macam tu walaupun terase jeles je tengok member yang sorang2 announce nak kawen tak lama lagi -,-

Ni la kesannye bila dah lama tak menaip banyak benda yang nak diceritakan.Malam ni kena tidur awal dari biasa tau sebab esok nak jenjalan dengan bakal pengantin..hihi
Aku pon dah lama gila tak shopping,part 6 ni langsung tak beli baju baru tau..saving punya pasal :)

okey nite's all


#quoteoftheday
"Life is written in PEN,there's no erasing what you've already written,so keep writing"



dah lama tak tempek gambar selca kat belog..hihi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...