Sunday, July 31, 2011

Ucapan menyambut Ramadhan



Assalamualaikum


Blogger lain masing-masing dah buat ucapan sempena nak menyambut bulan Ramadhan yang akan bermula pada esok hari.So malam ni marilah kita ramai-ramai solat tarawikh yer.Tahun lepas tarawikh tak penuh..hehe hope tahun ni penuh la kan lebih-lebih lagi 10 malam terakhir tu dah semakin malas...ish3

Kat luar dah kedengaran budak main mercun.Adoyaii puasa pon tak start lagi dorang dah berpesta kat luar tu.So esok merupakan hari pertama aku berpuasa dengan suasana bekerja.And dah lama tak rasa puasa full kat rumah.Dari form 1 duduk asrama sampai sekarang..ni pon sebab praktikal 6 bulan..hehe

Ingat jangan sekali-kali berniat nak ponteng puasa tau.Kalau budak kecik tu boleh dimaafkan lagi tapi kalau dah besar boleh pikir halal haram tak tau nak cakap ape lagi la -,-

Okey la nak jangan lupe solat tarawikh okey..(harap aku pon tak malas nak buat..hihi)







Friday, July 29, 2011

Sengalpore lwn Harimau


Assalamualaikum

Aku nak update pasal bola jugak boleh tak?hehe.Kena lah ikuti perkembangan semasa gak tau.Jangan ingat aku tak layan bola semalam.Aku layan woo siap gaduh ngan adik aku suruh bukak bola,sibuk je die tu nak main ps2.Game bola gak tapi watpe tengok die main.Ntah pape je.Baik tengok harimau baham singa,hehe eh bukan la singa dah baham harimau semalam -,-

Walaupun secara realitinye Malaysia dah kalah tapi aku puas hati gak ngan game semalam.Bak kata orang kalah bermaruah.Tak macam orang singapura main.Menang berlakon -,-
Sikit-sikit nak jatuh..ape daa.Aku tabik ngan kunalan ngan safee sali.Dorang jatuh berguling macam ninja saga pon boleh bangun macam biasa sepak bola.Takdela jatuh sikit dah berguling-guling macam tenggiling.Harap badan je besar2 dorang tu.Okey dah mula emosi -,-

Dalam ramai2 pemain Malaysia aku suka Apek main.Dia memang menguasai tiang gol tu bak kata jurucakap kat tv tu..hehe.Mak aku pulak kata tangan dia tu macam besi.Mana taknye memang dia dah macam superman main terbang2 tepis bola.Tak sakit ke badan die tu eh?Aku tengok relax je die landing atas rumput tu macam padang rumput tu katil yang empuk je.hehe..Pape pon lurve u apek.Walaupun ade desas desus mengenai masalah dia ngan elia tunang dia tapi dia memang takde problem langsung kat padang.Macam ni lah orang kata profesional tak mencampurkan hal peribadi ngan hal kerja.Eh main bola tu kerja kan??

Ok back to pemain singapore pulak.Bukan ke dah kutuk kaw2 ke kat atas tu..hihi
Firstly aku tengok pemain sengalpore memang saje je melengah-lengahkan masa.Dah cuak r tu main kat padang ori.Tak macam padang dorang padang palsu -,-
Then aku meluat giler ngan penjaga goal s/pore dahla muka macam amir raja lawak,haha..Padan muka time die mintak stop game kejap sebab kepala dia sakit kononnye takde orang nak layan.Then kene laser sikit dah ngadu.Grr apek takde pon nak ngadu domba macam ko.Cool la beb nak main tu.Kalau nak acting like children baik pegi main futsal kat umah ko sudah..haha (emosi lagi -,-)

Pape pon harimau malaya boleh try 2018 nanti..hehe ntah sempat ke tak kan.Safee sali pon dah bertongkat time tu..hehehe..Okeylah hope lepas ni harimau malaya akan terus mengaum macam dulu2 time Mokhtar Dahari ade..hehe boleh kan??
And congrats to all Malaysian coz berjaya memecahkan rekod stadium penuh dengan korang2 sume.Selalunye confirm stadium kosong je kalau pasukan Malaysia yang lawan tapi kali ni memang full orang.Dalam masa seminggu je habis tiket dijual..ngee~ Aku tengok kat tv 1 je..hihi



semalam balik keje kat lrt ramai pakai baju harimau malaya..majornye lelaki la..hehe..pompuan dok umah main masak2 ;)













Thursday, July 28, 2011

32 Rahsia Israel Yang Patut Kita Tahu





1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Adakah anda tahu bahawa  sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?


sumber









Tuesday, July 26, 2011

Top 15 Antivirus



Assalamualaikum

Korang guna ape software antivirus ape untuk pc or lappy korang?Ade yang guna software yang free je kan macam aku ni and ade jugak yang berbayar beratus-ratus sebab sayang pc punye pasal ;)
Aku pulak suke guna yang free ni je..hehe sape yang taknak benda free kan ;)

Aku sekarang guna Avast je.Boleh download dari internet je..tu yang aku suka..haha..Dulu aku guna avira but then lama-lama avira macam tak kuat dah,yang tu avira free punye la -,- Dulu kemain puji avira kuat menangkis sume jenis virus ape but then finally buang jauh2 ganti yang baru lak..hihi

Okey kat sini aku nak listkan Top 15 Antivirus

1. Kaspersky version 7.0.0.43 beta - 99.23%
2. Kaspersky version 6.0.2.614 - 99.13%
3. Active Virus Shield by AOL version 6.0.0.308 - 99.13%
4. ZoneAlarm with KAV Antivirus version 7.0.337.000 - 99.13%
5. F-Secure 2007 version 7.01.128 - 98.56%
6. BitDefender Professional version 10 - 97.70%
7. BullGuard version 7.0.0.23 - 96.59%
8. Ashampoo version 1.30 - 95.80%
9. eScan version 8.0.671.1 - 94.43%
10. Nod32 version 2.70.32 - 94.00%
11. CyberScrub version 1.0 - 93.27%
12. Avast Professional version 4.7.986 - 92.82%
13. AVG Anti-Malware version 7.5.465 - 92.14%
14. F-Prot version 6.0.6.4 - 91.35%
15. McAfee Enterprise version 8.5.0i+AntiSpyware module - 90.65%





See Avast masuk kategori gak la walopon tangga ke doblas pon okey la..hehe
Anyway setakat ni aku guna avast ok je.Kalo bukak je website or software yang ade virus dia akan detect and tak bagi bukak.Nak update dia pon cepat je.So aku bagi rank 4 star..hihi (suke ati makbapak ko je letak star -,-)


okey korang punye antivirus macam mana pulak??













Monday, July 25, 2011

Tutorial update status facebook via Blackberry,Iphone dan Android



Assalamualaikum

Malam ni aku nak share korang something yang menarik di fb.Rasanya info ni dah basi tapi kot-kot la korang sume ade yang tak tau kan..hehe
Korang tak rasa jeles ke tengok member2 korang dok update status kat fb via IPHONE,ANDROID ngan BB.Kalo tanya aku..aku memang tak jeles pon..haha..Kita jugak boleh update via henfon mahal2 tu tau tanpa perlu beli sebarang iphone or bb..haa sangat menjimatkan..lepas ni boleh la nak belagak sikit pakai henfon mahal padahal application jer -,-

Caranya macam ni..


1. Pilih dahulu nak update via apa :  (click dekat link via tersebut)

via BlackBerry
http://www.facebook.com/connect/prompt_feed.php?preview=true&api_key=2254487659

via iPhone
https://www.facebook.com/connect/prompt_feed.php?preview=true&api_key=3e7c78e35a76a9299309885393b02d97 

via Android
http://www.facebook.com/connect/prompt_feed.php?preview=true&api_key=882a8490361da98702bf97a021ddc14d

nanti effectnye akan buatkan browser korang jadi kecik tau tapi dont worry lepas habis tulis ayat baik punye kat situ korang dah share and pangkah jela..lepas tu maximize kan balik then akan jadi normal macam biase..
Menarik bukan??(padahal info basi -,-)

jom ramai2 update status via android..hihi

#okbai









Blog aku tak wujud??



Assalamualaikum

Aku mengalami kejutan sebentar tadi gara-gara aku tak boleh nak log in blog aku ni.Aku pon tak tau demam cikenpop ape la kene kat blogspot ni.Suka buat bangbangboom kat aku..huh -,-

Dia jadi camni ha..





korang tau tak ape punca dia jadi camni??







Saturday, July 23, 2011

Tahniah qari dan qariah Malaysia rebut johan ;)

Assalamualaikum..Semua mesti dah tau result harimau baham singa tadi macam mana kan.Not bad la malaysiaku...hehe
So now aku nak umumkan pemenang tilawah al quran yg berlangsung malam tadi..

Keputusan Rasmi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 kali ke-53:

Pemenang Qari:
Johan- 89.26 Amirahman Hj Abas Malaysia
Naib Johan- 88.67 Mohamad Saudi Gandisa Filipina
Ketiga- 87.88 Abdel Bast Mohamed Mesir

Pemenang Qariah:
Johan- 88.33 Hjh Suraya Binti Abu Hassan Malaysia
Naib Johan-88.30 Hajjah Noor Khalidah Kaspul Anwar Indonesia
Ketiga-86.17 Nur Azizah Bt Solichin Singapura


Wauu Malaysia memang membanggakan sejak akhir-akhir ni.I'm proud to be malaysian ;)
Bola tak menang pon takpe sebab tilawah Malaysia dah genggam semua kategori johan..woww










Friday, July 22, 2011

Awek zaman sekarang

Assalamualaikum

Sempena hari jumaat ni aku nak share artikel yang aku copy cat dari iluvislam jer.Nak harap aku mengarang memang tak la kan..haha..harap kita semua dapat mengambil sedikit iktibar ngan artikel ni ok..mudah-mudahan ;)


Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat 'awek'. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, 'confirm' dah boleh dapat.

Zaman sekarang bukan main mudah untuk dapat 'awek muslimah'. Mungkin tak semudah petik jari tapi kalau bijak bermain kata, cuba ucapkan ayat-ayat berbaur keinsafan sikit, tunjuk gaya penampilan yang nampak alim sikit, ucapkan kata-kata tazkirah 'confirm' dah boleh dapat.
Haih! Inilah yang terjadi apabila terlalu kerap disajikan program-program televisyen (drama/ realiti tv/ filem) yang konon-konon berbentuk keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut syariat.
Bagaimana boleh watak seorang ustaz dipaparkan sedang bercinta dengan seorang wanita 'alim'?  Dan bagaimana pula sekumpulan pelajar mesir yang ditunjukkan didalam sebuah drama pergi melancong berempat ( dua lelaki dan dua perempuan) bersama-sama seolah-olah mereka tidak tahu bahawa perkara-perkara begitu boleh menimbulkan fitnah? (kerana bukan urusan penting)
Patutlah segelintir remaja yang tidak memahami konsep bercinta cintun menganggap bahawa 'couple' itu dibenarkan dalam Islam asalkan tak pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk perkara itu menjadi halal.
Tetapi, zaman sekarang bukan main payah untuk kita jumpa dan miliki hati MUSLIMAH MUJAHIDAH SOLEHAH, kerana mereka ini bukan sebarang wanita. Mereka ialah wanita-wanita yg berpegang pada prinsip hidup! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka ,sifat manja (gedik) terhadap kaum Adam yang ajnabi langsung tidak akan wujud dalam diri mereka! Inilah contoh MUSLIMAH MUJAHIDAH SOLEHAH! Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di golongan wanita yang bagaimana. Saya yakin! Anda sudah mampu berfikir yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara.






Group sahabat blogger bertukar nama??



Assalamualaikum


Baru-baru ni aku bukak sahabat blogger punyer group dengan bertujuan nak promote entry la kan.Then aku terkejut yang amat sangat sebab sahabat blogger dah bertukar nama menjadi BLOGGER FRIEND.Dalam hati terpikir jugak,biler masa lak sahabat blogger ni main speaking2 ni.Muet lambat lagi la..haha

Then tengok comment masing-masing sume dok speaking2 plus malay sikit la.Ala-ala rojak buah sikit.Dalam hati tergerak jugak la nak speaking jugakla camni..haha
Yang lawaknya biler speaking tu tak berapa nak jadi seolah-olah ditranslate oleh google translate je..hehe

Rupa-rupanya.............................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................
 tipah tertipu la pulak -,-


See rupa-rupanya google chrome da tolong translate tanpa kebenaran aku...haha nyaris aku tertipu ni.Then lepas-lepas tu tiap kali jadi semacam je page yg aku bukak tu terus aku tengok belah atas.Ade kuar macam kat gambar tu tak.Sume habis die translate kan.Camner nak tukar setting eh kat browser GC aku ni?huhu
Tapi seriously kadang-kadang lawak dia translate lebih2 lagi bile comment tu orang kelantan punye ayat.Memang tunggang terbalik la english + klantanese..hehe


just for fun ;)










Thursday, July 21, 2011

Kerja aku sepanjang berpraktikal



Assalamualaikum

Hari ni aku online dipejabat ok.Saja nak cakap karang korang ingat aku monteng tak pegi keje..hehe
Nak cakap pasal ape eh.Semalam punye la idea mencurah-curah ke ladang gandum tapi sekarang ni kering kontang pulak..adoii

Kadang-kadang aku rasa aku orang yang paling bertuah sebab aku ni praktikal tak macam praktikal,relax kemain.Kadang-kadang je keje menimbun boss bagi.Then relax kemain..Tapi kadang-kadang aku rasa penat sangat..penat tak buat ape2.Macam pelik je dengar kan penat tapi tak buat keje pape pon.Ni aku namakan penat sebab boring.Haishh camner nak explain tu eh.Pandai2 la korang pikir sendiri yer.Pejam celik dah nak dekat 3 bulan aku praktikal kat tabung haji ni.Of course la sepanjang praktikal ni macam2 pengalaman aku dapat plus info pasal haji pon banyak yang aku dapat tau.

Mula-mula aku ingat nak pergi haji ni senang je.Ade duit terus pegi tabung haji cakap nak pegi haji.Rupa-rupanya ade beberapa step yg kita kena ikut.Firstly of course la kene daftar.Lagi lambat kite daftar lagi lambat la peluang kita untuk pergi haji nanti.So sape yang berhajat nak pegi mengerjakan haji cepat2 la daftar ye.Tapi sebelum tu kene pastikan bukak akaun tabung haji and dalam akaun sekurang-kurangnya ade RM3000+ untuk daftar.Orang kata ape kita simpanla sikit2 duit lama2 jadi bukit la..hehe

Then kalau korang nak tau.Kalau kita daftar tahun ni 26 tahun akan datang baru turn kita pegi haji.See lama kan.So sape2 yg rasa die dah tak berapa nak muda tu cepat2 la daftar.Tapi jangan risau sape2 yang rasa-rasa nak pergi gak dalam tahun ni tapi tahun pilihan die lambat lagi jangan risau..kita boleh buat surat untuk membuat rayuan pergi ke haji tahun ni.Tapi sape yang nak rayu for this year sorry banyak2 la tarikh dah tutup aritu..So cuba next year la okey ;)

Sepanjang aku praktikal kat jabatan haji ni memang bermacam-macam surat rayuan yang aku baca.Ade yang tulis guna tangan.Ade yg menaip.Yang guna tangan tu pulak ade yang tulisan cantik.Ade yg aku nak baca pon tak paham.Biasela orang tua yang tulis kan..hehe
Yang bestnye macam2 sebab dorang tulis demi nak pegi haji tahun ni.Yang boring nye bila nak cek status sorang-sorang kat sistem.Sampai pening aku tengok nama berpuluh-puluh ribu orang..huhu tapi biasela dah nama pon praktikal.Kena la belajar sume ;)

Hari ni dapat makan free lagi sebab kak ani bawak lauk kurma masak ayam..hehe best2..Petang nanti pulak tabung haji buat makan2 durian kat bawah nanti..hehe best tau makan free je hari ni.Lama-lama badan pon semakin menaik.OMG..hahaha

#okbai ;)








Saturday, July 16, 2011

Selamat dibedah siasat....oyeahhh

Assalamualaikum

Macam biasa malam jumaat mesti stay up sampai pagi2 buta punye.Esok kan tak keje..hehe
Aku sangat seronok sekali hari ni selepas sedih sepanjang minggu ni.Blog pon tak berupdate sangat gara-gara lappy aku yang buat hal tu.But now i'm feel good!!haha macam tagline NTV7.

Lepas 2 hari lappy pink aku dibedah siasat oleh orang yang bertanggungjawab akhirnya ia selamat.Walaupun duit keluar sikit but ape salahnye sekali sekala kan habiskan duit untuk yang tersayang..cewahh macam bernyawa je kan lappy aku tu..ish3

Lagipun aku suka dengan layanan uncle tu terhadap aku.Aish jangan pikir layanan yang lain pulak.Mestila layanan seorang peniaga terhadap customernye..haha..Dia siap puji aku cakap ' i know aa u r my good customer' haha kembang semangkuk jap -,-

Alhamdulillah setakat ni aku amat berpuas hati dengan lappy aku skarang ni tapi aku rasa macam C aku dah kurang 1 gb la..mana pegi eh??wonder jap -,-

okeyla esok nak main bowling ngn schoolmate aku kat wangsa walk.First time jejak kaki kat sana.Best ke tak eh?hehe then lusa kalo xde pape hal nak merendek kat mid pulak.Member aku ajak lepak sekali dah lama kan tak jumpe sejak praktikal ni..hehe

#okbai..nite ;)












Wednesday, July 13, 2011

Bagai tikus membaiki labu..haha

Assalamualaikum

Morning kepada sume pembaca blog aku ni walaupun tak ramai.Aku hargai sangat korang yang rajin jenguk blog aku walaupun banyak merapu meraban..hehe
Lama gak tak update blog ni.Nak tau sebab ape??Baca sampai abes yaa ;)

Oleh kerana aku dah boring menggunakan OS Vista kat lappy aku so aku rasa macam nak tuka Win 7 sebab lagi best and lagi laju and lagi-lagi best(mcm iklan myvi x??hehe)
So aku ni memang mempunyai habit suka mencuba sesuatu yang baru lebih2 lagi dalam bidang it ni.Aku teringin la nak format lappy sendiri.Sebab menjimatkan dan bukan susah pon format ni.Kalau pegi kedai confirm 30 keatas terbang duit aku.Then atas bantuan member aku dia banyak bagi aku software and tolong aku format ni but!!

Aku tak tau la mana salah silapnye step aku tu..time tengah install boleh lak stop ang bagitau file corrupt ape ntah.Ahh aku dah mula gabrass.Hope takde pape la yg berlaku.Then install lg semula and member aku tu suruh buang partition C tu sebab nak buat partition baru.Then lepas je buang sume and install balik bermula kejadian ngeri sepanjang lappy aku hidup kat tangan aku ni.Tak leh nak on langsung and suruh restart and keluar ayat BOOTMGR IS MISSING..wadefak la berapa kali da aku restart but stil same.Sabar2 kalo x memang hancur dah keyboard tu dek aku ;)

And setelah beberapa hari jiwa aku terseksa tanpa lappy aku yang tak hidup2 finally aku membuat keputusan yg muktamad!!Hari ni jugak aku pergi hanta lappy aku ke klinik komputer.Aku hantar ke ampang park je sebab dekat sikit ngan tempat kerja aku.Uncle tu bagitau dia charge format lappy RM60.Aku rasa macam mahal tapi aku sanggup la keluarkan duit untuk lappy aku..hihi

Okey kerja aku disini semakin bertambah dan aku sangat suke sebab takdela nampak macam tunggul je duduk kat pejabat ni.Baru nampak macam orang bekerja sikit..hehe

okbai nak pegi brekpes...







Saturday, July 9, 2011

Just my opinion about BERSIH

Assalamualaikum

Hari ni aku tengok ramai blogger dok update pasal isu yang cukup hangat diabad ini..hehe lain tak bukan isu BERSIH la.dulu aku adela sekali menyuarakan pendapat aku pasal bersih ni.Mula-mula aku memang tak berapa paham pasal isu ni.Just dengar daripada mulut orang je.Yela takkan mulut binatang lak kan.Then dengan noob nye aku menulis tanpa berpikir.Disebalik hati kecik aku ni aku memang bantah bersih pada awalnye but baru2 ni aku mula berfikir secara rasional.Aku rasa bersih ni ade pro and cons die.Pro die yela kita menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap BN yang memang suka main kelentong dalam pilihanraya.Aku tak nak cakap lebih pasal politik ni sebab aku tak berapa minat sangat pasal politik ni okay ;)


Berbalik kite pada isu bersih yer..Cons die pulak of cos la menyusahkan warga kuala lumpur yang menyebabkan kesesakan lalu lintas pagi2 lagi.Tapi takde gunanye gak.Sedangkan orang yang join perhimpunan bersih ni ekceli dah berkampung dikl awal2 lagi daripada yang dorang jangka.So pepatah yang aku rasa sesuai nak guna ialah yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

Tapi tu la kita duduk di Malaysia ni memang negara yang harmoni tanpa perang2 macam negara yang lain.So kepada polis tu aku rasa kalo tak guna gas pemedih mata and air rasanya takdela perkara buruk akan berlaku.Macam mana pun nasib baik takde pertumpahan darah yang berlaku tadi macam yang terjadi peristiwa 13 Mei.

Ahha okeyla tak mo cakap lebih2.Ni just my opinion..not blame me ok..hehe





Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #1








pssstt..memang merapu -,-





Jom try benda ni..best tau!!


Assalamualaikum


Hari ni aku nak share korang something mengenai dunia keunikan dunia it ni.Maybe ade yang dah tahu pasal ni and ade jugak yang tak pernah tahu.Saje nak seronok-seronok ngan korang la..hehe
Ikut step kat bawah ni okey..

First copy coding ni..

javascript:R=0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3=1.6; y3=.24; x4=300; y4=200; x5=300; y5=200; DI=document.getElementsByTagName("img"); DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i-DIL; i++){DIS=DI[ i ].style; DIS.position='absolute'; DIS.left=(Math.sin(R*x1+i*x2+x3)*x4+x5)+"px"; DIS.top=(Math.cos(R*y1+i*y2+y3)*y4+y5)+"px"}R++}setInterval('A()',5); void(0);

Then paste kn ke url brower korang and tekan enter.Tau tak url browser tu ape??Tak tau tengok gambar kat bawah ni okey..




Ok bagitau aku ape yang korang nampak??hehe
Don't worry benda ni takkan effect kan browser korang.Percayalah~



                                                                    ~sharing is caring~














Aku terjebak dunia hacker??


Assalamualaikum

Morning semua..Long time not update my blog.Tau kenapa??hehe..Emm ekceli buat masa sekarang aku tengah mengikuti proses pembelajaran berkaitan dengan dunia hacking dan sebagainya.Class yang aku tengah ikuti ni memang best and fleksibel.Tak yah tension2 nak kene keluar rumah pegi class sebab class ni hanya berjalan difb sahaje!!See kan aku dah kata fleksibel.Hanya bertemankan lappy dan broadband kita boleh dapat ilmu yang kita tak pernah tau pon sebelum ni.Cikgu2 yang ajar pon semua sporting giler.Then dorang ajar step by step.Yela takkan nak jadi lecturer lepas SPM pulak kan.Mesti la kene amek degree dulu..hihi

Cikgu2 aku ni jugak terdiri daripada hacker2 yg berjaya tau.Diorang pernah hack website kerajaan.Diorang semua ni bergabung dalam satu kumpulan iaitu DRAGON FORCE.Mesti pernah dengar kan nama ni??
So tujuan aku masuk group tu bukan semata-mata niat nak hack orang tu nak hack orang ni.Benci sikit je kt orang tu then boom fb die or blog die tapi tujuan aku yang paling utama ialah ingin belajar ilmu IT yg aku takkan dapat di universiti.Cikgu2 kat sana sendiri awal2 dah tekankan tujuan belajar dalam group tu adalah ingin belajar macam mana nak menjaga security fb or website kita daripada digodam oleh pihak yg lain.

And you know what nak hack fb orang memang gampang.Petik jari pon boleh..hehe tapi semalam adela test power sikit then aku jadikan kwn aku sorang ni bahan eksperimen then ade something error..takpe2 belajar dari kesalahan kan.Hari ni nak try lagi..hehe..Aku nak test jela bukan niat pape pon.Kepada member2 blogger aku diluar sana hati2 la kepada sesape yg bagi korang link lain macam tu.Jangan klik tau.Maybe ade muslihat disebaliknya..





Jangan biarkan blog anda diselubungi hacker ;)






Saturday, July 2, 2011

Google+ vs Facebook??









Assalamualaikum

Korang ade dengar tak pasal Google + nak tiru laman sosial yang palin famous di abad ni lain taak bukan fb la.Sekarang ni ramai pulak yang nak tiru macam fb kan.Aritu aku ade tengok laman sosial ala2 fb yang direka oleh seorang budak muda lupa pulak umur dia,dia mereka laman sosial ala2 fb tapi siap ade fungsi tambahan yang fb takde.Memang cool la jugak tapi dalam bahasa indonesia buk..hihi

Tapi yang google+ ni still dalam percubaan.Tadi masuk sana dia kata yang diorang baru nak cuba2 jer then tak sangka user ramai so dia tengah upgrade la kot.Tak sabar lak nak tunggu apa hasilnya.Google pon boleh tahan tak nak kalah ngan fb ;)



jom try ramai2!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...