Monday, September 27, 2010

1 FIESTA UITM BESTTT!!!



Salam 1 Malaysia sume!!


Meh sini aku nak story sikit pasal Uitm kesayangan aku ney..hehe
Kalau korang nak tau start semalam sampai sabtu ney pihak MPP n JPK diorang ade buat event besar-besaran.Nama event tu 1 FIESTA UITM..Kampus korang ade buat tak??
Semalam malam perasmian die,memang best tengok student2 menari , ade brass band jugak,silat,dikir barat dan jugak gamelan.Majlis tu start dengan ade sorang awek uitm menyanyi lagu faizal tahir..tak ingat pulak tajuk ape die.












Dalam banyak2 part aku paling suke brass band,masyukk giler dengar diorang main..Mane tak nye diorang praktis giler nak mati la..kadang2 sampai pukul 2 pagi diorang praktis..
Opss,lupe pulak nak bagitau before persembahan tu adela T.Y bagi ucapan sikit ngan parlimen Dungun..aku time diorang bagi ucapan aku pegi beli makanan kat gerai2 yang adee..malas la nak dengar ucapan2 macam tu..hehe
Majlis semalam tamat dalam pukul 10 lebih,lepas tue aku sempat lagi pusing2 lagi sambil cuci2 mata,hehe
Tau tak punye la takde budi bahase budak2 uitm aku ney coz sampah2 diorang just tinggal je at padang tu..ish3 ape la nak jadi ngan diorang ney
Dalam pukul 11.15 p.m kitorang ramai2 pulang ke kolej masing2..yela esok ade class la wehh..


Okey aa aku pon nak stop sampai sini je la coz esok ade quiz costing la,pray 4 me okey..salam...


Saturday, September 18, 2010

AKU JOIN CONTEST SENYUMAN MANEH..HAHA

Salam..korang tau tak ney first time aku join contest yang ade kt belog ney

              CONTEST SENYUMAN MANEH
ni ha contest nye..

aku rasa memang pic yang aku letak ney tak la se maneh tuan punyer contest ney,tapi tak kire jugakk..eden nak torai gak..haha
meh usha pic aku ney,sape kata maneh trimas and sape kata tak maneh pon trimas jugak sebab aku terime je semua comment2 yang membina ^_^



Amacam??okey tak...alamak nampak selekeh la pulak aku kali ney,hihi


Kepada orang yang di luar sana yang teringin gak nak join contest macam aku ney cepat-cepat la yer..
Tarikh tutup die ney memang unik  10.10.10
Hadiah die pon best taw dapat topup 30 hinggit..korang taknak ke dapat topup free??boley mesej or call dengan orang yang tersayang..hehe


kalo korang nak tau lebih lanjut tentang contest meh klik SINI ketat-ketat


Aku sebenarnye tak tahu nak tag sape2 so aku main tag jela korang ney k..



Okey la penat aku promote contest ney,kalo korang tak mau join gak aku tak tau nak cakap lah..hehe
 

                                            JOM JOIN CONTEST NEY OKEY

              GOOD LUCK TO ME ^_^                                       

Wednesday, September 15, 2010

SAPE TERER AKAUN??

Salam sume,tibe-tibe je rasa nak buat akaun malam ney tapi eden tak tahu cmne nak buek..
Dahla hari tu class last tak datang sebab terhegeh-hegeh sangat nak balik awal :p
Quiz aritu pon dapat FAIL ...
Test pon ntah pe kejadahnye,redha jela bile dapat tau bukak sem ney..Huhu,anyone can solve my problem??
Buat pengetahuan korang sem ney aku amek subjek FAR 260 a.k.a company account..sape yang amek cos accounting tahu la subjek ape ney.
Lecturer aku dok bagi amaran keras la dalam class tiap ari yang mengatakan subjek ney paling susah dalam banyak2 far..adoiiii....
tapi takpe bak orang kata jangan mudah mengalah,so korang jangan ingat ak da mengalah..NO WAY MAN..
topic yang paling susah lam subjek ney aku rasa financial statement..bapak ahh susah die sebab macam kite keje nanti die punye akaun..


Erm,bukak sem ney 2 minggu lepas tu ade test 2 pulak..chaiyokk yer syafiqah










Monday, September 13, 2010

AFTER RAYA!!



Salam aidilfitri semua..u guys mesti tengah syok lagi beraya with sedare or orang yang tersayang..hik3
Anyway aku ney baru je sampai ke tempat asal aku setelah 3 hari back to hometown..but aku rasa tiap2 tahun raya aku sama jer..meh nak story pasal raye aku yang olwes sama tue..
Pagi raya.. Bangun semayang subuh,pastu tido balik(ish3..xelok anak dara ney tido lps subuh) =,=...tido kejap je la sebab malam tadi tido lambat coz update belog and main fb..hehe
Mak gue kejut suruh bangun semayang raya da..tp x pegi pon kali ney gara-gara bersiap lambat and ditinggal sama bapak gue..so,apelagi buat2 xpaham pulak korang ney of cos la aku pegi tolong siap2 ape yang patut..macam biase la potong ketupat,hidang rendang,isi kuih..ala rutin wajib time raya first kan.Lepas sume da makan kenyang2 so parent aku dikehendaki duduk atas sofa(baru beli tahun lepas..hehe) sebab anak-anaknye yang degil ingin memohon maaf..kene beratur ikut umur la ye,oleh kerana aku ney anak yang ke 2 so kene beratur nombor 2 la..




my sis


aku laa


adik no 1..mude setahun dri ak
adik no 2..umo bru 15
adik no 3..umo bru darjah 5


adik yg last..umo drjh 2


haa..da layan sume pic bersalaman kitorang tu?? Ala kejap je diorang baik2 lepas tu buat hal lagi,maklumla adikku sume nakal2..hehe


Okeyla..lepas sume 2 aku berangkat la ke rumah nenekku yang terletak di batu caves(nenekku ku ori malay okey)..sampai2 je ape lagi,terjah kat mak pak sedare yang ade sampul raya kat tangan,sebelum tu aku bersalaman la dulu n mintak ampun kat diorang mane nak tau ade salah silap yg x perasan kan..
lepas sume da siap aku n family berangkat la menuju ke destinasi yg seterusnya iaitu kampung belah ayah pulak kat negeri sembilan,sampai2 je sedare2 aku sume da ade,kali ney aku baik jer just duduk sopan2 kt atas lantai..tanpa di suruh mak cik pak cik aku menghulurkan tangan,ingatkan nak salam je rupe-rupenye ade sampul sekali..hehe.Ini yang orang kata rezeki datang bergolek :D


Malam pulak aku just duduk rumah nenek je,malas nak ikut my mom jalan2 coz penat giler 1 hari beraya..tu jela tiap2 tahun yang akan aku buat time raye,so aku rasa sama jer tiap taon,maybe yang lainnye dari segi baju raya kot..okeyla sampai sini jela entry lepas raya aku ney,penat dah menaip banyak2 ney..nunyte sume..tata







Friday, September 10, 2010

BELOG INI BERCUTI BEBERAPE HRI YER..

First all saya nak ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua umat islam yang pernah singgah kat belog ney.Tanpa korang tak bermakna la belog saya ney..cewahh!!
Yeyeye..esok nak raya..korang mesti ade yang dah sampai kampung or ondaway ke,pape pon heppy journey ek..^_^ (nape entry kli ney mcm skema ek??haha)
Okeyla,actually tujuan sebenar benar nye saya tulis entry kali ney sebab nak wish raye kat korang aa..jeles pulak tengok ramai dah orang dok post entry wish ghaye..

esok pagi korang sume jangan buat2 lupe pulak nak semayang ghaye okey!!
And lastly nak gitau kat korang yang saya kene berpencem sekejap dari belog saya ney gara-gara balik kampung.Malas la nak bawak my lappy pegi sana sini,pening pulak die kan..hihi
nanti lepas balik dari kampung saya akan laju-laju mengonline kan diri saya secepat mungkin..haha

Tata korang..nak tido la esok nak pegi semayang ghaye..
before tido ade bende wajib yang aku kene buat..ape ek?? Lu pikir la seniri..hehe

Nyte....ZzZZzZzZzZ






Monday, September 6, 2010

Debat Profesor Atheist Dengan Pelajar (menarik!!)





Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana2 bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, baeritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa2 deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Cerita ini saya dapat dari rakan dan ianya didalam bahasa English, saya terjemahkan sebaik mungkin untuk bacaan dan renungan rakan2. Dari email tersebut ia menyatakan ini adalah cerita benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.


credit to hujan lebat








Saturday, September 4, 2010

SIAPE RASA DIE UMAT ISLAM TENGOK NEY..

Salam..kali ney aku nak share kat korang video yang aku dapat dari facebook..Video ney menunjukkan sorang paderi ney mengutuk agama islam and also our prophet..aku doakan paderi ney biar kene balasan yang setimpal ape yang die lakukan..huhu
Meh tengok video ney...










MISTERI SUNGAI DALAM LAUT??

Sungai di Dalam Laut - Sebuah fenomena alam yang mungkin tidak masuk akal benar-benar ada di Mexico, yaitu Sungai yang ada di dalam laut. Lebih uniknya lagi dikedalaman laut 30 meter ditemukan air tawar yang berada di tengah kolam air laut. Namun pada kedalaman 60 meter ditemukan kembali air laut yang terasa asin.   
Dilokasi Sungai di dalam laut itu juga terdapat sebuah gua. Pada bagian gua tersebut Anatoly Beloshchin seorang penyelam yang juga berhasil mengambil gambar disekitar gua menemukan sungai yang lengkap dengan dedaunan yang mengapung di kolam air dibawah laut itu.
Sungai di dalam laut ini memang terlihat berbeda dengan sungai pada umumnya di daratan, namun suasananya mirip sekali dengan sungai yang lengkap dengan lapisan seperti air yang berwarna kecoklatan.
Adapun warna coklat yang terlihat dalam air tersebut merupakan lapisan dari bawah gas hidrogen sulfida. Gas ini biasanya dihasilkan dari saluran pembuangan kotoran.
Tim penyelam yang ikut bersama Anatoly Beloshchin menemukan fenomena alam yang unik ini yang sunggu menakjubkan untuk dipandangi.
"Di kedalaman 60 meter saya menemukan kembali air laut. Saya melihat sebuah sungai, pulau, lengkap dengan daun yang berguguran. Tapi sungai yang kami lihat adalah lapisan dari gas hidrogen sulfida," kata Anatoly.















Friday, September 3, 2010

NO NAME

Hepy afternoon sume!!


Actually aku tengah kebosanan ney tahap cipan punyer so apelagi belog la jadik mangsenye..hak3
Nak makan tak boley tido pulak tak ngantuk..huhu so layan jela internet..
Haaaa..tetibe je aku ade idea nak tulis pe..u 'all nak tau about my friend tak??aku memang suke cite pasal member2 aku ney..hehe


                           ini separuh dari budak2 pompuan kat class aku


erm..tibe2 takde mood pulak..huhu
okeyla nnti aku sambung lan ek..tata


JOM USHA

Aii korang..lama da tak tak wat entry baru..takde mood la guys
Nway aku da ade kat key ell ney,baru je sampai petang tadi.Tadi sempat jugakla my aunt bwk g bazar..sedap weh..

Actually aku nak share kat korang one moment paling best dalam sem 3 ney.Nak tau tak ape?? Time korang sambut merdeka tu besday sorang member aku.Name die jue..So,kitorang decide la nak wat something special for birthday gurl..kitorang decide la nak sahur kat hotel uitm dengan our miss tisma yang sporting :D
Walopon mata aku ney agak sepet dek tak cukup tido tapi aku gagahkan kaki jugak utk pegi hotel tu..

Bayar pon takde la mahal sangat dalam 12 hinggit je sorang.Tapi makanan die not bad la sebab masing2 semua pakat buat 3 turn makan..haha
Naseb baek la bkn bukak pose kalo tak lagi tambah turn nanti makannye..

Lepas makan kitorang pon jalan kaki samer2 pulang ke kolej kediaman masing..Before that kitorang sempat la berposing sakan dulu..

 
                masing2 menunjukkan kesengalan masing2..haha

Okeyla lepas tu ondaway ke kolej masing2 adam n paez kasi kitorang tepung utk bersiap sedia di baling ke jue(besday gurlz)
Time tu masing2 berusaha mencari tempat perlindungan termasuk la aku coz takot baju kotor kene tepung tapi semua usaha2 tu sia2 coz mmg semua pakat baling tepung kat orang..Sampai ade mamat mane ntah tengah lalu kat situ jadi mangse jugak..cian kat die,,gagaga


                                 asma membalas dendam kt paez..haha

                           zombie uitm dungun ^_^


                 ney pic after makan..muke masing2 kekenyangan :D

Erm okey la sampai sini jer yang dapat aku share kat korang sume..laen kali aku story lagi ea..nunyte sume...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...