Showing posts with label hollywood. Show all posts
Showing posts with label hollywood. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Transformasi Jennifer




MEMILIKI tubuh langsing menjadi impian setiap wanita. Namun, keinginan itu bagi Jennifer Hudson terpadam sejak di bangku sekolah kerana sudah terbiasa berbadan gempal.
Persepsi mengenai bentuk tubuhnya mula berubah apabila mengikuti latihan sekali gus dilamar menjadi jurucakap kepada The Weight Watchers kira-kira lapan bulan lalu.

Kesedaran betapa penjagaan tubuh badan amat penting bukan hanya untuk kelihatan cantik secara luaran tetapi dalaman juga, membawa kepada perubahan fizikalnya kini.


Ternyata, kemunculan wanita 29 tahun ini di acara tahunan Anugerah GEM ke-9 yang dilangsungkan di New York City hujung minggu lalu mengejutkan ramai pihak termasuk ribuan peminatnya.

Bahkan saat melintasi karpet merah, penyanyi yang diperkenalkan menerusi program realiti terkemuka, American Idol ini bagaikan seorang pro selain lebih berkeyakinan tanpa sedikitpun gentar beraksi di hadapan kamera yang merakamkan setiap sudut dirinya selepas penurunan berat badan secara dramatik.






NAMA: Jennifer Kate Hudson
NAMA PENTAS: Jennifer
TARIKH LAHIR: 12 September 1981
ASAL: Chicago, Illinois, Amerika Syarikat
BINTANG: Virgo
GENRE: R&B, soul
PENCAPAIAN: Finalis American Idol musim ke-3
FILEM: Dreamgirls (2006), Sex and the City (2008), The Secret Life of Bees (2008) dan Fragments (2009)
KERJAYA: 'Singer-songwriter', pelakon dan jurucakap produk.




sumber metro










Friday, December 17, 2010

Hogan kahwin, jurufoto bergusti



FLORIDA: Majlis perkahwinan Hulk Hogan menjadi kecoh semalam apabila berlaku pergaduhan di antara wartawan dan pengawal keselamatan yang mengelolakan tetamu penggusti terkenal itu.
Menurut sumber, pada peringkat awal keadaan berlangsung dengan aman tetapi seorang jurugambar, Robert Martinez, cuba merempuh masuk ke majlis itu dan dihalang seorang rakan Hogan yang bertindak sebagai pengawal keselamatan. 

Katanya, berlaku tolak-menolak di antara Martinez dan pengawal keselamatan itu. 

“Martinez kemudian menolak dan mencekik pengawal itu dengan sikunya sebelum mendakwa memiliki pistol,” katanya

Polis kemudian terpaksa dipanggil untuk meredakan keadaan.
Hogan, 57, melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya, Jennifer McDaniel, 35, di rumahnya di Clearwater, Florida. 



Penggusti itu kemudian menjelaskan di Twitter, dia sendiri langsung tidak menyangka akan berlaku kekecohan pada majlis berkenaan. 

Polis turut mengesahkan menerima panggilan kecemasan tetapi menyatakan tiada sebarang senjata ditemui. 

Sementara itu, dalam aduan kepada polis, Jennifer berkata, dia tidak pasti sama ada kekasaran itu dilakukan secara sengaja atau tidak. 

“Tetapi saya mendengar dia mengaku membawa pistol,” katanya. 

Walaupun kecoh, Hogan - atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea - memastikan insiden itu tidak merosakkan majlisnya. 

Dia juga berazam mengekalkan rumah tangga selepas perkahwinan pertamanya dengan Linda Claridge berakhir pada 2007 ketika mereka membintangi siri realiti televisyen, Hogan Knows Best. 

Hogan mula menjalin hubungan dengan Jennifer sejak awal 2008 sebelum bertunang November tahun lalu. 

Bagi Linda pula, dia tidak menunggu lama untuk mencari pengganti Hogan selepas mereka berpisah. 

Dia kemudian berpacaran dengan kawan lama anak lelakinya, Charlie Hill, 19, dan mereka mengumumkan pertunangan pada Julai lalu. - Agensi








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...