Wednesday, December 31, 2014

Welcome 2015

Assalamualaikum


Jam menunjukkan 2.19 pagi.
Sem ni exam 3 paper saje, 3 subjek lagi takde exam Tapi project, assignment memang berlambak. Study week pun tak macam study week. Sampai tak rasa nak exam until duduk dalam DAG tu bukak soalan baru sedar dari mimpi rupanya aku tengah exam ni -,-

 Next paper tahun depan. Yela tahun depan. 5 Jan 2015. Bukan tahun depan ke..ok tak lawak

Actually nak cakap 2014 dah nak habis. Boleh tak nak putar masa balik sebab nanti 2015 kita dah jadi 24. Macam tua je dengar. Tapi perangai macam bebudak.

Lastly, semoga dengan 2015 bakal menjelma amalan makin bertambah. Especially orang yang tengah menaip ni :)

Good bye 2014, Hyee 2015 :)


selfiaq sikit ..tahun depan dah 24 oii  ;p







Friday, November 14, 2014

Explorace ke Zoo Negara Bersama Anak-Anak Yatim Badan Siti Khadijah

Assalamualaikum

Finally esok adalah harinya. Iaitu kami under club bizcomp ade buat program explorace bersama anak-anak yatim badan kebajikan siti khadijah ke Zoo Negara. Aku terpilih untuk jadi AJK program walaupun rasa macam tak layak je,demi anak yatim sanggup ku setuju :)

Kitorang kena cari dana untuk support program ni memandangkan duit club tak cukup,bukan tak cukup padahal ade hutang lagi tu..haha. Nak dijadikan cerita kami pergi lah mintak derma dari bilik ke bilik. Muka memang tak tau nak letak mana sebab rasa segan yang amat sangat sebab tak pernah mintak derma ngan orang. Ikhlas kan hati jugak walaupun mula2 macam tak ikhlas je. Alhamdulillah orang kata rezeki anak yatim kan, kami berjaya mengutip dalam 4k jugaklah di kolej melati,mawar dan teratai.

Nak tau tak apa program yang kitorang rancang??
Just a simple program sebab umur anak2 yatim yg kitorang bawak ni antara 7 tahun hingga 14 tahun. Diorang teringin sangat nak pergi zoo negara. Risau jugak takut tak boleh nak handle diorang nanti yg seramai 40 orang ni. Hopefully everything will be okay :)

Aku pegang check point game lukisan bergantian. Ala2 running man tu la. Tak tau la bebudak tu tengok running man ke tak..haha

Last but not least semoga program esok yang kami handle ni berjalan dengan lancar dan semua orang dapat memberi kerjasama dengan baik. Insyallah :) 

Saturday, September 27, 2014

Final Year Project

Assalamualaikum


Pejam celik semester ni dah sem 5 dah. That means sem ni aku dah start proposal FYP. Terasa kejap je hidup ni,baru je haritu rasa masuk sem 1. Now dah 2 tahun setengah study kat Uitm Shah Alam ni. Many experience i got it here. Pahit manis perit getir semua bercampur la.

Minggu lepas memang stress dok pikir tajuk untuk FYP. Itu baru tajuk belum buat lagi. Memang kena pikir idea and tajuk yang bernas untuk FYP ni sebab kalau buat tajuk macam gempak je tapi nak buat nanti keluar air mata darah pon tak dapat nak putar masa balik. See how's important the TITLE of FYP ni.

Alhamdulillah, dapat SV yang sporting dan tak kedekut idea. Siap bagi idea kat aku system apa yang aku patut buat. Mula2 nak buat research,tapi bila pikir2 hati kearah nak buat system. Apa guna kita belajar 3 tahun buat system tapi tak apply time FYP. And i take it as challenge for myself also. Hopefully everything will be fine.

Mesti korang tertanya2 ape kebende la tajuk minah ni,mesti tak best kan. Ke takde orang kesah langsung.hewhew

Actually tajuk aku ialah

Title : Documentation Notification System
Stakeholder : Unknown

Now my problem is takde lagi stakeholder. Karang buat stakeholder sendiri baru tahu..haha

So next week dah kena hantar form 2 which is problem statement bagai tu. Esok baru nak pikir. Malam ni nak main farmville sampai puas. Dah lama tak sentuh game ni,but since sentuh je memang takleh tinggal,dok pikir tanaman kita tak petik lagi,lembu kambing kuda tak bagi makan lagi dan macam2 lagi la.

Okay see you soon :)

Monday, July 14, 2014

Unforgettable Moment

Assalamualaikum


Sudah lama jugak tak menghupdate blog ni.Lupa kejap yang kita ni ade belog lagi.Update selang 3 or 4 bulan pon boleh la kan.Reader entah ade entah takde.

Walaupun skill menulis dah memang hilang entah kemana akan ku cuba sedaya upaya mengarang akibat terlalu rindu nak aktif balik belog macam dulu.

Entry kali ni nak cerita sikit apa yang telah berlaku dan berlalu sepanjang beberapa bulan ni.Banyak cerita tapi akan ku ringkaskan sebaik mungkin sebab mungkin jugak terlalu boring untuk dibaca.

19 Mei 2014

Genap umurku 23 tahun dan hidup di bumi Allah ni.Dan memang kebetulan sangat hari yang sama aku bergelar seorang MAK CIK kerana kakak ku selamat melahirkan seorang baby lelaki yang sangat comel tak terhingga.Nak jugak dia lahir sama tarikh dengan aku.Kita geng kan..hehe.Nama nya Aqil Firas.Since dah cuti semester ni memang aku ambil alih jaga dia.Praktis jaga anak sedara,nanti anak sendiri takdela kekok sangat kan..hihi



7 Jun 2014

Teha a.k.a member since matri lagi menamatkan zaman bujangnya.Congrats again teha and husaini.Semoga berkekalan hingga akhirat.Aku ditugaskan untuk menjadi bridemaid untuk raja sehari ni.Actually malu tu ade jugak tapi demi member sanggup jugak,sekali seumur hidup kan..hehe
Teha member kedua yang kawin lepas Syitah.Next we just wait and see ya.

Will you??hehe

tinggal yang ni je single lagi..hewhew

teha yang cun

congrats babe

barisan bridemaids yang cecomel semua


Antara gen 14 sahibah yang datang..

spot me :)

done my job as your bridemaids :)

14 Julai 2014

Today i'm official got my driving license car.Selepas 3 kali ambil *2 kali gagal* finally dengan segala semangat yang ada aku teruskan jugak nak ambil lesen ni.Ada jugak rasa nak give up sebab yang gagal nye dekat 3 penjuru iaitu test yang last sekali and paling senang.Mungkin ade hikmahnya.Redha.Bila dah legal bawak kereta ni barulah berani nak pegang stereng.Nak kena banyak praktis lagi ni.Ahh tak sabarnye nak bawak kereta :)






Rasanya itu je kot antara moment yang paling diingati sepanjang beberapa bulan ni.Alhamdulillah atas segalanya walaupun ada turun naik dalam hidup ni.Pernah rasa gagal dan pernah rasa kejayaan.Dengan kegagalan tu lah kita dapat merasai kemanisan kejayaan tu.Remember it.Jangan kita rasa Allah tak sayang kita bila tak dapat apa yang kita nak,mungkin Allah gantikan dengan perkara lain yang kita mungkin tak sedar.Antaranya kebahagiaan dan kasih sayang :)


p/s: Jom doakan kejayaan umat Islam di Palestin,Gaza yang tengah berperang dengan Israel laknatullah.Semoga kejayaan berada di pihak kita. Amin #FreePalestine #FreeGaza #PrayForGaza



Monday, April 7, 2014

New Semester New Chapter



Assalamualaikum

Hai blog. Lama tak jejak sini kan. Untuk 2014 maybe first time kot.
Banyak benda nak buat so nak menulis pon dikebelakangkan. Actually dah malas.

Sem ni kitorang pilih buat business online untuk subjek ITS 544 memandangkan kitorang pon ambil course business computing kan. So maybe dengan cara ni boleh dipraktikkan, teori dah puas dah belajar. So moh la mempraktikkan yer. Dah lama tinggal dunia blog ni so kena belajar dari bawah mula macam mana nak set up blog and design bagi comel2. Bukan susah pon tapi kena rajin menggodek. Mana ade manusia terus pandai tanpa praktis kan. Let's we start and make something new and different. Takut jugak sebab business ni memang berisiko but TAK CUBA MAKA TAK TAU kan :)

p/s : Any idea untuk buat url blog yang unique and orang senang ingat -__-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...