Assalamualaikum
Lama dah tak menaip dalam blog ni,dah bersawang-sawang agaknye :)
Okey back to story..hari ni aku ade present CTU 553 iaitu hubungan etnik.Sape student Uitm confirm kenal sangat dengan subjek ni kan.Aku bukan nak cerita pasal CTU ke ape kat sini tapi nak share pasal cerita sedih yang aku kena sendiri.Cerita dia bermula begini *cewahhh
*drumroll
Elok-elok time turn aku nak dekat present laptop yang kitorang guna tu habes bateri pulak.Member aku pulak terlupa nak bawak charger.Time tu hati aku memang dah takde mood nak present tapi pape pon perjuangan mesti diteruskan..haha..tapi sangat terkilan sebab aku buat slide ni sampai nak dekat pukul 4 pagi kot..huhu
Yang paling menyedihkan semua point aku ade dalam slide tu..yang explanation aku salin dalam kertas,tapi 90 % la isi yang aku nak present tu ade dalam slide.Nak taknak kena bukak buku baca dalam buku.Dah la ayat buku memang panjang giler dan ayat skema nak mati.Last-last memang aku buat ayat sendiri -,-
Yang tak boleh blah tu kesimpulan yang aku buat senang je..politik zaman sekarang lagi kotor dari politik zaman dulu.ambik engko ayat tak boleh blah.Pastu ustazah mintak bukti pulak..sentap aku nak jawab.Aku pon jawab la dengan tanpa perasaan bersalah.'Yang tu pada pandangan kitorang je ustazah' Ustazah pon perli balik kitorang.Sejarah mesti kena ada fakta mana boleh main pandang-pandang je =,=
So kesimpulan yang aku dapat hari ni jangan la bergantung 100% dengan slide biler present.Pastu kalau boleh print out la slide before nak present tu and yang paling penting pasti kan lappy mempunyai power supply yang mencukupi.Kalau tak perkara yang sama akan berulang kembali sebab malang memang tak berbau kan :)
p/s:nasib baik CTU je :)