Monday, September 24, 2012

My story..my student life begin :)

Assalamualaikum


Pejam celik rupanya dah hampir 2 minggu aku bergelar pelajar UiTM Shah Alam dengan mengambil jurusan pengkomputeran perniagaan atau nama omputehnye business computing.Course aku ni memang tidak berapa famous dikalangan student2 mahupun lecturer,kalau aku sebut course aku confirm orang akan angguk buat2 paham padahal nak amek  hati je kan.Takpe aku pon tak berapa nak kenal sangat dengan course aku ni,kira baru nak berjinak2 la dengan course baru ni and fakulti pon baru tau.Dulu aku time diploma belajar under faculty perakaunan,but now time degree faculty science computer.

Pada mulanya memang kitorang akan terus masuk part 3 sebab dapat buat pc tapi ade problem dalaman sikit and sekarang ni tak sure sama ada boleh terus masuk part 3 or kena mula dari part 1 terus.Sangat sedih sebab baru nak cepat habes belajar :( Doakanlah supaya aku dapat terus masuk part 3.Cepat sikit habes belajar cepat jugak aku kawen nanti *berangan* =)

Alhamdulillah jugak sem ni aku dapat roomate yang sangat baik dan jugak sporting.Anyway setakat ni aku tak pernah ade problem ngan semua roomate aku since diploma lagi.Alhamdulillah!Ahli roomate aku kali ni terdiri daripada 2 orang kelate sorang dari selangor.Yang dari kelate tu amek course biology.Yang selangor tu same faculty ngan aku sains komputer jugak just lain course.Sekurang-kurangnye ade jugak member boleh ajar math logic nanti..hihi

Belajar dalam campus ni memang agak memenatkan sebab banyak tangga plus berbukit bukau tapi sangat la bagus untuk orang yg tak sempat exercise macam aku ni,pegi class pon sambil tu boleh fit sebab naik turun tangga tu memang dah jadi rutin harian.Kalau sehari tak berpeluh memang tak sah.Kadang-kadang sampai class baju habes lencun,nasib ade air cond!Oleh itu sesapa yang nak badan yg sihat marilah belajar di Uitm Shah Alam yer ;p

Last but not least just nak inform selasa ni my parents akan selamat menunaikan haji dan ini bermakna kami akan ditinggalkan dan sekaligus beraya haji tanpa mereka..sob3 sedih giler :'( Hopefully kesihatan diorang tak terjejas kat sana nanti dengan cuaca yg agak luar biasa panasnye.Insyallah Allah jaga :D


p/s: beranikan diri balik sorang2 dari shah alam ke kl sorang2 :) first time tau!


new specky..white is very mencapap right??hehe ;p







Tuesday, September 18, 2012

Sekali lafaz


Assalamualaikum


16 September 2012..
Majlis perkahwinan my only my sis iaitu kak nisah yang baru berumur 23 tahun.Dia kahwin dengan umur yang agak muda.Tak terlambat lagi aku nak ucapkan selamat pengantin baru buat dia ngan suaminye iaitu abang ipar aku jugak namanye ehsan.
Alhamdulillah akad nikah berjalan dengan sempurna dan hanya dihadiri oleh family yang terdekat.Kenduri akan diumumkan tahun depan yer :)

Tak sempat nak tengok time akad nikah sebab terlambat,sempat dengar khutbah lepas akad jer.Masjid tu jugak merupakan tempat kawan ku syitah dan hilal berkahwin 3 bulan yang lepas dah tahniah mereka bakal dikurniakan cahaya mata.Untung syitah jadi ibu muda :)

Banyak peristiwa yg berlaku sepanjang haritu.Antaranya yg berlaku keatas mak aku sendiri.Penat mak aku pakai lawa2 tapi izin Allah cousin aku yang kecik lagi tiba2 muntah atas baju mak aku,habislah bau masam and terpaksa la aku bawak baju ganti,sebab tu la mak aku tak sempat nak tengok anak first dia akad nikah sebab sibuk basuh baju yang kena muntah tu.Kesian mak saya :(

Antara peristiwa yang lawak bagi aku ialah first time aku tengok pengantin makan sama dengan lauk tetamu yg lain dan takde langsung hiasan2



Biar la semuanya kecil-kecilan asalkan mendapat keberkatan sebab mendirikan masjid Allah ni amat disukai Allah :)

Jom zass adegan-adegan panas sepanjang majlis ini..hehe

























Simple je kan sebab ni baru akad nikah.Kenduri nyer belum tau lagi :)
Last but not least aku harap kakak aku akan jadi seorang isteri yg lebih bertanggungjawab,rajin2 la diri tu ke dapur yer..hihi :p

Sunday, September 9, 2012

UiTM Shah Alam I'm coming


Assalamualaikum



Semalam dapat mesej daripada kawan aku suruh cek semula rayuan degree UiTM.Mula-mula memang tak nak mengharap dah,redha je tak dapat lagi sebab semua yg berlaku pasti ade hikmahnye kan.Lagipun boleh aku jaga adik-adik aku since parents aku nak pergi mekah hujung bulan ni.Lega dah mak ngan ayah aku ade orang nak jaga rumah.Tapi macam aku post kan facebook tu " UiTM suka buat suprise kan "

Memang terkejut beruk makyeh dah biler klik je button semak dushhh keluar ayat panjang2.Time tu macam dapat segunung emas la kot *sampai macam tu sekali*
Yang paling aku rasa nak terjun laut ialah " Kampus - Uitm Shah Alam *
Aku memang berazam dah degree ni nak rasa belajar dekat-dekat dengan rumah.Mana tak nya dari form 1 sampai la diploma belajar jauh,perlis dan jugak terengganu.Berpeluang belajar 2 budaya berbeza,yang penting makanan yg berbeza..hehe

Lepas dah discuss semua ngan parents finally diorang setuju walaupun berat hati sikit sebab takde orang nak jaga rumah sepeninggalan diorang ke mekah nanti.Alhamdulillah aku ditawarkan degree in business computing dekat UiTM Shah Alam.Walaupun tau lambat sangat iaitu tarikh tau sama dengan tarikh daftar kolej aku syukur sangat sebab hati ni rasa nak belajar lagi :)

Semua benda aku tak prepare lagi,mental aku pon tak bersedia lagi sebab dah tepu sangat otak ni tak bukak buku lebih dari 6 bulan -,-

Esok dah kena prepare apa yg patut,daftar kolej secepat mungkin sebab tak sanggup nak duduk luar :(

p/s: doakan semoga semua berjalan dengan lancar..amin :)










Monday, September 3, 2012

Eid Mubarak 2012


Assalamualaikum


Tak terlambat lagi kan nak ucapkan selamat hari raya kepada semua blogger yang mengenali diri ku.Yang tak kenal pon still nak wish jugak :)

Raya aku tahun ni tak semeriah raya yang lepas2.Maybe sebab berlakunya peningkatan umur.Oleh kerana raya tahun ni aku sudah pon tamat belajar diploma dan rasa diri ini sudah dewasa..hihi
Raya tahun ni jugak tak beraya sangat kat kampung sebab raya first dah balik kl semula.Tapi tahun ni lain sikit sebab adanyer pertambahan ahli baru dalam family Hj Mutalib ni :)

My sis finally selamat bertunang dengan jejaka pilihannya pada hari raya yang ke 3 hari tu.




Congrats to my sis :)

Actually nak upload gambar raya kat entry ni.Boleh pulak terlupa -,-
Tahun ni kebetulan theme baju warna pink and merah.Tapi ayah ngan mak aku je tak sama kaler :)











Mukaddimah



Assalamualaikum

Hello anybody home?Usang sangat dah blog ni.Ada tuan ke tak?

Sekian lama jari jemari ku tidak menari di blog ni,ade yang rindu tak?Jangan perasan la takde sorang pon tertunggu-tunggu entry ko =,=
Takpe saya tak kisah.Actually salah satu sebab tak ber update blog ni ialah broadband ni,cepat semua tuding jari kat broadband ni!Aku pon tak berapa faham perangai broadband aku ni.Kejap laju kejap slow,dah slow tu memang tahap sumpah seranah memang keluar la.Kalau laju memuji aku kat twitter..hak3

Ade sesapa pernah guna broadband digi yang prepaid tu?Sekarang ni aku suka guna yg prepaid punya,takdela terikat dengan  contract ke ape.Kalau rasa bulan tu tak nak guna tak payah nak topup.Tak payah susah2 nak pegi branch semata-mata nak bayar bil,tapi kelemahannyer limit tak macam yang postpaid punya la.Malam ni nak ajak kakak aku pegi giant beli sim prepaid digi pulak.Nanti lepas guna aku story best ke tak prepaid digi ni..deal!

p/s: skill penulisan aku dah makin lemah..sob3 :(






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...