Thursday, December 29, 2011

Ujian memandu guna kereta automatik Mei depan



Assalamualaikum


Sape kat sini dah ade lesen kereta?Kalau takde tu maksudnye same la dengan aku.Malu je kan dah besar panjang pon takde lesen kereta lagi.Bukan ape takde budget lagi la nak amek lesen.Nak-nak sekarang ni yuran dia dah mahal.Tak mampu den,nak mintak parents memang tak la kan.Hidup ni kena banyak independent sikit..kan3??hehe

Memang jeles la tengok member semua dah ade lesen.Hati ni meronta-ronta nak belajar jugak tapi masa je tak mengizinkan :)
Insyallah lepas aku habes belajar tak lama lagi ni aku nak amek segulung lesen kereta..hehe.Aku ade berita baik untuk korang semua yang tak suka naik kereta manual..Jom baca!



Cadangan penggunaan kenderaan transmisi  automatik bagi ujian memandu akan dilaksanakan menjelang pertengahan tahun depan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.
Katanya, cadangan itu dijangka dilaksanakan di seluruh negara pada bulan Mei setelah pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap.


“Kurikulum ini perlu diubah kerana sebelum ini ia mengandungi sistem ujian memandu menggunakan kereta manual tapi sekarang dah guna kereta automatik, jadi memang beza,” katanya kepada Bernama.


Abdul Rahim berkata kementerian tidak terburu-buru dalam melaksanakan ujian memandu menggunakan kenderaan automatik untuk berlaku adil kepada pengusaha institut atau sekolah memandu.


“Kita perlu beri masa kerana mereka perlu ganti kereta yang manual kepada automatik. Ini semua kos, jadi kita bagi mereka masa,” katanya.


Menurutnya walaupun dengan pengenalan penggunaan kenderaan transmisi automatik ini, terpulang kepada pelajar untuk memilih sama ada kenderaan manual atau automatik untuk belajar.
Abdul Rahim berkata apabila cadangan itu dilaksanakan, lebih ramai rakyat negara ini dijangka memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.


“Kita tahu tidak semua orang boleh bawa kereta manual sebab susah, jadi bila kita bagi dia buat ujian guna kereta automatik, mereka mesti suka,” katanya.


Mengenai kurikulum baru yang bakal diguna pakai, Abdul Rahim berkata pengubahsuaian itu memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin.


“Sebelum ini kurikulum kita lebih kepada kemahiran dan pengetahun tentang undang-undang di jalan raya sebab itu kita ada ujian undang-undang dan ujian berkaitan kemahiran, tapi sekarang kita tambah satu elemen iaitu bagaimana untuk jadi pemandu lebih bertimbang rasa,” katanya.


Abdul Rahim berkata usaha melahirkan pemandu yang berdisiplin, berhemah dan bertimbang rasa dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan maut kerana 60 hingga 70 peratus kemalangan itu disebabkan faktor manusia.
Beliau juga berkata belum ada cadangan untuk menggantikan Sistem Kejara dengan sistem lain kerana ia masih relevan, malah digunapakai oleh banyak negara.


Katanya sistem itu akan terus dilaksanakan kerana ia dapat menjadikan seseorang pemandu lebih berhati-hati ketika di jalan raya sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.


“Kalau sistem ini tiada pemandu tidak takut jadi mereka boleh buat ikut suka di jalan, jadi kalau ada sistem ini mereka lebih hati-hati kerana bila mata Kejara mereka lebih daripada 15, lesen akan digantung,” katanya.


- Bernama


sumber


p/s: berita gembira buat aku la kot..hehe



Free download Ombak Rindu (2011) Dvdrip







Assalamualaikum

Ombak Rindu (2011) DVDRip AVI,MKV & RMVB Mediafire

Sinopsis
Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Pelakon
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri

Download

MEDIAFIRE

MKV (931MB)
part 1- http://adf.ly/4RYuU
part 2- http://adf.ly/4RYv6
part 3- http://adf.ly/4RYvY
part 4- http://adf.ly/4RYvu
part 5- http://adf.ly/4RYwx

MKV (389mb)
part 1- http://adf.ly/4S2qi
part 2- http://adf.ly/4S2r3

sumber http://www.ddmf.biz/2011/12/ombak-rindu-2011-dvdrip-avimkv-rmvb.html

Wednesday, December 28, 2011

Syndrome down pun ada perasaan jugak



Assalamualaikum


Oleh kerana kad bank islam aku kena block disebabkan ayah aku yang salah dengar aku sebut password aku.Sabo jo la kan.Pastu pagi tadi nak tak nak kena la pegi bank islam buat kad baru.Time tengah tunggu nombor giliran aku duduk kat kerusi yang disediakan.Time tu tak ramai lagi la orang tapi macam ramai jugak #pening -,-

Tiba-tiba ade sorang budak umur around 4 or 5 tahun tegur aku.Budak tu ekceli special sikit sebab dia syndrome down.Dia panggil aku then hulur tangan.Aku pandang kiri kanan kot2 la dia panggil orang belakang aku ke kan.Last2 tergelak sendiri sebab memang dia panggil aku pon..hihi..Dia cakap 'hye' kat aku sambil hulur tangan tanda nak bersalaman dengan aku.Aku pon salam balik ngan dia and sempat lagi dia cium tangan aku.Aku pon tak tau ape motif dia buat macam tu.Pelik gak sebab orang kat sekeliling aku ramai gak tapi nape aku jugak yg dipilihnye..hehe wink3

Tak lama tu sedar2 dia duduk tepi aku pulak.Macam biasa dia say 'hye' kat aku sambil hulur tangan nak cium macam kitorang dah lama kenal kan :)
Dalam 3 kali jugaklah perkara yang sama berulang kembali..hehe..pape pon aku rasa budak syndrome dowm ni teramat la comel.Yang bagus tentang budak ni dia tak kacau orang sambil jerit2 sebab aku ade pengalaman bdk camni tiba2 pukul2 orang.Budak ni nampak baik jer,moga hidup dia akan ceria sentiasa walaupun dia ade kelemahan tersendiri :)

Back to kad bank islam yang baru tu.Ekceli aku nak mintak macam kad yang lama tu tapi dia kata dah takde semua kena tukar yg baru.Ade jugak yang bestnye kad baru ni walaupun design tak berapa nak cool macam before ni.Yang bestnye sebab dia debit card.Bukan ATM card macam biase dah.Function dah lebih kurang macam kredit card je.In case takde cash time kat kaunter nak bayar korang just hulurkan kad bank islam korang tu kat cashier then dia akan sreett kad korang and tinkkk berkuranglah akaun korang tu.See mudah kan..

p/s: caj setahun 10 ringgit..huhu





Monday, December 26, 2011

Tragedi ombak besar di dungun


Assalamualaikum


Semalam Malaysia digemparkan dengan ombak rindu yang terjadi pantai teluk lipat di dungun terengganu iaitu tempat aku menuntut ilmu dalam masa 3 tahun ni.Agak terkejut jugak dengar berita ni sebab ombak besar tu mengakibatkan jalan raya yang berdekatan retak dan hancur macam oreo.

Memang semenjak dungun mengalami musim tengkujuh ni ombak kat pantai memang mengganas sampai kan kitorang yang biasa lepak kat batu tepi pantai gadung tu dah tak berani nak dekat2 sebab pernah sekali tu ade orang habes basah baju dek ombak yang tiba2 datang.

Rumah sewa aku pon memang berdekatan jugak la dengan pantai.So malam2 selalu dengar ombak macam rumah depan pantai je..huhu.Pagi-pagi pulak kalau tunggu bas uitm datang mesti stamina kena tough kalau tak sure dengan korang-korang kena terbang dek angin pantai yang ganas..hehee hiperbola sikit kan.

Siapa yang tak tengok lagi gambar terkini tentang keadaan jalan raya berdekatan dengan sekolah imtiyaz tu boleh la tengok sama yer :)












sumber

Buat pengetahuan korang kawasan tu memang selalu air naik especially musim2 macam ni.Benteng yang dorang bina pon rendah jer.Mana la air tak senang naik.Aku harap MPD akan lebih mengambil berat lepas ape yang terjadi sekarang.Hampir separuh jalan jugak yang hancur.Nak2 jalan tu memang orang selalu guna untuk ke bandar.


p/s: aku perasan la kalau ade something bad happen kat dungun mesti time tu student tengah cuti..ni la tanda2 Allah sayangkan kitorang semua :)










Saturday, December 24, 2011

Rahsia kelahiran bulan Mei



Assalamualaikum

Siapa sini lahir dalam bulan mei?Kalau lahir bulan mei jom baca rahsia kelahiran pada sape yang lahir pada bulan tersebut mengikut kajian Dr Fadzilah Kamsah.I'm just sharing to you all tau :)


MEI
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

Mengikut personaliti aku ade jugaklah terdapat persamaan disitu.So korang yang lahir bulan mei macam mana pulak??


Friday, December 23, 2011

Home sweet home :)


Assalamualaikum


Salam jumaat to all my readers!

Dah lama jugak aku tak menulis kat blog ni kan.Biasa la kan since dah bergelar student ni memang agak busy sikit lagi-lagi ni semester last aku.Subjek yang aku amek pulak agak banyak jam kreditnyer.Doakan aku supaya dapat grade on time yer my readers :)

Untuk pengetahuan korang aku dah selamat sampai kat rumah yang tercinta semalam dalam pukul 8 lebih.Sepanjang perjalanan dari dungun ke kl memang hujan lebat but bila aku turun dari bas tu kawasan rumah aku tu kering.Tak hujan rupanya kat kl ni.Pape pon alhamdulillah aku selamat sampai kl dengan selamatnya.Bas yang aku naik tu memang penuh la dengan student uitm dungun.

Err tiba-tiba aku rasa skill menulis blog aku dah hilang..help me!!!


Tuesday, December 13, 2011

Belajar dreamweaver


Assalamualaikum



Hari ni last class aku pukul 4.30.Class far 310.Dalam banyak2 class,class far la aku tak rasa nak tido langsung.Maybe khusyuk sangat belajar kot..hihi

Actually sem ni aku ade belajar dreamweaver.Korang tau tak ape tu dreamweaver?Siapa budak it confirm tau kan.So semester2 lepas aku belajar banyak coding but sem ni takde coding langsung.Belajar nak buat website sendiri pulak.Macam best je kan dengar.Setakat ni aku rasa best sebab project first kitorang ialah buat personal website.Alaa macam buat blog personal jugak tapi bukan guna blogspot la.Kena guna dreamweaver.

Kat lab aku guna dreamweaver cs3 tapi malangnya aku cari link download cs 3 takde.Yang ade hanyalah cs5.Lecturer aku pon ngaku yang memang orang dah tak guna cs 3 ni..hehe.Ketinggalan zaman betul la computer lab kat uitm ni :)

Aku ade masa lebih kurang 2 minggu je nak siapkan project ni sebab due date dia tak silap aku before mid term.Kejap je dah nak cuti -,-

So sape yang pandai guna dreamweaver ni boleh la tolong aku kan..nak buat slideshow camner eh..hehe ^__^








Saturday, December 10, 2011

PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK


Assalamualaikum


Baru tadi aku terjumpa pasal baucer RM200 yang dorang janji nak bagi kat pelajar ipta untuk beli buku tu.Rupanya start tahun depan baru diorang start bagi.Tapi kitorang yang uitm ni dah lama start.Buku pon semua dah beli.Ni la statement yang aku copy dari facebook Datuk Seri Hj Mohamed Khalid sendiri berhubung isu baucer ni..




“PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA,
IPTS DAN POLITEKNIK”



Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

  • Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
  • Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
  • Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
  • Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
  • Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
  • Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
  • Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
  • Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.


Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi

Disember 2011



sumber 





Friday, December 9, 2011

McDonald prosperity is back..


Assalamualaikum


Tengah-tengah dok tengok Tentang Dhia tiba-tiba iklan.Layan jela iklan dulu kan.Pergh iklan mekdi la.Prosperity lak tu.Member aku dah bising2 nak makan mende ni.Aku pon sepanjang hidup aku tak pernah lagi makan prosperity ni sebab tak minat sangat dengan beger camtu.Aku pon ape lagi tiba-tiba jugak mengidam nak makan mende tu gak.So plan la sanggup nak jalan kaki pegi bandar cari mekdi.Makan punye pasal kan :)

Tup-tup hari ni member aku datang umah sewa aku and dia pon ade motor.So alang2 tu ajak dia pei mekdi untuk melampiaskan nafsu makan kitorang ni.Tapi tak sempat la nak beli guna harga mcvalue lunch sebab sampai mekdi pon dalam pukul 3 lebih gitu.Isk3 kalo tak boleh dapat hanya dengan harga RM10 ++ Murah kan.Kentang twist dia sumpah sedap giler.Sampai makan pon bertwist2..miahaha

Aku pilih beef.Aku ingat tu air orange juice ker rupanya air gas.Ish habes lah diet aku -,-
Aku rasa berapa banyak la kalori yang aku makan tadi.Esok pagi nak kena pegi jogging ni.Jogging dalam rumah je pon...haha

So sape yang tak merasa lagi beger prosperity mekdi yang memang jarang ade cepat2 lah serbu mekdi yang berdekatan dengan tempat korang malam ni jugak yer.Bagi sape yang berdiet tu pegi esok la yer sebab tak elok makan malam..hehe.Haa then sape yang rasa tak cukup makan medium nak yang large jangan risau dengan duit korang.Hanya tambah RM1.30 sahaja!Dah macam promoter mekdi lak aku ni -,-

p/s:time aku beli tadi customer yang datang sume order beger prosperity ni..hot stuff la kata kan :)

dah selamat masuk perut aku da pon..korang biler lagi??hehe





Monday, December 5, 2011

NR??Not bad :)


Assalamualaikum


Aku rasa dah lama tak berkata-kata dalam blog ni.Lagi-lagi semenjak semester baru bermula.Dah 2 minggu jugak aku kembali menjalani kehidupan sebagai seorang student setelah 6 bulan menjadi seorang pekerja yang berwawasan..cewahh :)

Terasa rindu kepada MEREKA ditempat praktikal aku.

Sem ni aku berpengalaman merasa duduk diluar a.k.a jadi NR.Sangat best jadi NR ni walaupun banyak jugaklah rintangan yg kitorang hadapi.Alhamdulillah la housemate aku semua baik dan aku selesa ngan dorang.Tak lama lagi aku akan bakal dapat 2 orang lagi housemate baru.Kalau dorang jadi la :)

Banyak jugak hikmah bila duduk luar ni.Antaranya aku sekarang ni pegi class awal sangat.Setengah jam awal.Kalau dulu dok hostel sampai setengah jam lewat.Sangat kontra bukan -,-
Then kalau ade class pagi memang kena bangun seawal 6.15 pagi then kena bersiap2 keluar rumah sebelum 7.15 pagi sebab bas takkan tunggu kitorang.Lambat tinggal :)

Kalau dulu pegi class naik van tapi lepas tau jadual bas ni agak lega sikit sebab naik bas ni free.Naik van bayar.So mana yang lebih saving sekarang?Baru-baru ni ayah billa yang sangat baik dan rajin menolong kami memotong rumput yang memang memanjang setinggi aku.Percaya ke?Tipu la setinggi aku kan.Nampak sangat aku pendek.Actually setinggi budak darjah 6 kot.Memang penat giler la bergotong royong kemas sekeliling rumah.Peluh memang tak terkata la meleleh.Tapi tu bukan masalahnya.Yang penting rumah kitorang bersih..yay!

2 hari lepas ade 2 orang mamat MPD datang tiba-tiba dahla selamber je bukak pagar.Hey ni rumah anak dara tau!Lepas dia bagi salam member aku yang layan dorang.Mamat tu tanya kitorang dengan loghat ganu nya ' Ni nak tanya sikit..kamu ado buang dok rumput2 kat tong sampah hok kaler biru kat lua sane ' Then member aku jawab la ade.Rupanya dorang taknak terima sampah rumput tu sebagai sampah.Dorang suruh buang kat atas rumput jer.Pelik jugak aku.Maybe kat sini lain kot.Tapi kan yang peliknye camner la dorang boleh tau kitorang yang buat?Siap tau rumah kitorang lagi tu.Ade CCTV ker kat tong sampah tu??Wonder ni..huhu

Pape pon banyak pengalaman sepanjang 2 minggu duduk kat rumah sewa ni.Alhamdulillah setakat ni takde benda buruk yang berlaku.Setakat mamat2 3 singgit kacau2 tu biasela..

Okey i want stop membebel now because i have many assignment now..see yaa ^__^



di halaman rumah sewa kitorang with 'najwa latif ' :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...