Sunday, May 31, 2015

Final Year Story

Assalamualaikum


Kembali lagi ke sesi luahan rasa di pikadiaries ini.

Entry hanya ditulis bila ada masa, wifi yang laju dan idea! Oh kadang2 takde idea pon boleh merapu disini jugak -,-

*********************************************************************************

Masa makin suntuk. Pejam celik lebih kurang tak sampai sebulan je lagi nak kena present FYP yang memang kalau student last year dengar ibarat igauan yang bukan malam je siang pon terkena tempiasnye. To junior, selamat melalui zaman last year dan kepada senior yang tengah melalui zaman last year ni good luck for all your FYP tak kisahla VIVA ke ape ke. Good luck. I'm feel you :)

Sebut pasal FYP i'm really blur on how to do with my system. Really! Really! I'm really need who are good with programming will help me to solve a algorithm. Seriously! Nak tanya senior memang takde senior dah.

Oh ya, next sem dah start praktikal. Masih mencari2 tempat praktikal yang sesuai untuk aku yang dalam bidang IT ni. Ade jugak hantar resume kat some company yg agak besar tapi probability nak di reject tu agak tinggi sebab result takde la gempat sangat. Hopefully i get a better company for practice what are we learned before in university. Insyallah.

*********************************************************************************

Ok good night! Sambung balik edit video ethic ni yang memang memerlukan kesabaran. HAHAHAHA

Sunday, March 15, 2015

Print sendiri pengesahan tajaan untuk permohonan zakat di student portal untuk pelajar UiTM sahaja

Assalamualaikum

UiTM sekarang ni makin maju dari segi kemudahan untuk student nye. Semua boleh dilakukan dengan online je. Takyah penat2 turun naik menara SAAS semata-mata nak mintak pengesahan tajaan.

Especially student yang nak mintak biasiswa or zakat or apa2 bantuan pelajaran, antara dokumen yang kena ada pengesahan yang kita ambil ataupun tidak mana-mana pinjaman or biasiswa. Macam aku, try mintak zakat baitulmal khas untuk yang duduk kl.

Siapa yang tak tahu lagi meh nak ajar..

1) First korang masuk dulu student portal, login id masing-masing.
2) Then korang klik e-financial macam kat dalam gambar ni


3) Akan keluar page baru and tengok belah kiri ada banyak menu kan. Pilih yang bawah sekali macam gambar kat bawah ni.



4) Nanti akan keluar detail nama, kursus dan lain-lain lagi. Pastikan semua betul dan klik JANA. Make sure pc or laptop korang ade software Adobe PDF tau!

5) Lastly lepas klik JANA automatically akan keluar button CETAK belah kanan. Then apa tunggu lagi klik laju-laju CETAK tu yer.

6) Nanti make sure akan keluar dokumen macam ni tau. Kalau keluar lain macam tu ade la salah mana-mana.


P/s : Make sure korang pelajar UITM sahaja tau..jangan salah campus pulak..hehe..tak sure untuk UiTM cawangan boleh atau tidak. Try tanya HEA masing2 dulu tau.

P/ss: Sekarang ni mini transkrip jugak boleh ambil di faculty masing-masing,tapi still kena bayar dulu di bendahari menara SAAS dulu yer..


Tq for reading :)

Any problem please drop comment below :)

Good night!





Wednesday, February 18, 2015

Pengalaman itu

Assalamualaikum


Pernah tak korang berpengalaman hampir2 nak accident tapi tak accident. Time tu korang tawakal je apa yg jadi. Maybe semua orang tak pernah rasa,tapi aku pernah rasa. Meh nak story sikit..kalau korang berminat la kan ;p

One day, aku follow my sis pegi giant. Bawak aqil(my nephew) skali peluk dia kat depan. My sis yg drive. Tengah kat 3 junction, my sis nak masuk kanan tapi macam mana ntah tetiba ade satu kereta ni laju giler bawak lalu depan kitorang. Time tu perasaan dia aku hanya mampu mengucap dan harap yg ni semua mimpi sambil peluk kuat2 aqil. But alhamdulillah Allah masih sayangkan kami dan berkat umi selalu doakan kitorang kalau keluar mana2, my sis sempat mengelak dan memang rapat gila time tu . Lambat sesaat je boleh accident bebila. Betul la orang cakap naik kereta je nyawa kita 99%.

Sekian saje cerita kita kali ni. See you :)
Have a nice day.

Wednesday, December 31, 2014

Welcome 2015

Assalamualaikum


Jam menunjukkan 2.19 pagi.
Sem ni exam 3 paper saje, 3 subjek lagi takde exam Tapi project, assignment memang berlambak. Study week pun tak macam study week. Sampai tak rasa nak exam until duduk dalam DAG tu bukak soalan baru sedar dari mimpi rupanya aku tengah exam ni -,-

 Next paper tahun depan. Yela tahun depan. 5 Jan 2015. Bukan tahun depan ke..ok tak lawak

Actually nak cakap 2014 dah nak habis. Boleh tak nak putar masa balik sebab nanti 2015 kita dah jadi 24. Macam tua je dengar. Tapi perangai macam bebudak.

Lastly, semoga dengan 2015 bakal menjelma amalan makin bertambah. Especially orang yang tengah menaip ni :)

Good bye 2014, Hyee 2015 :)


selfiaq sikit ..tahun depan dah 24 oii  ;p







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...