Assalamualaikum
Tak terlambat rasenye nak ucapkan congratulations to all junior yang dapat sambung study diUiTM. Tak kisahlah dimana2 campus pun asalkan korang dapat meneruskan perjuangan korang after SPM/Matric or Diploma. A big of applause for you all. Jangan rasa rendah diri bila makcik pakcik tanya
Makcik : 'Nak,ko study mana nak?'
Korang : 'UiTM makcik!'
Makcik : 'Ohh'
Walaupun ramai orang dok kutuk UiTM or pandang rendah abaikan semua tu sebab bila korang masuk nanti baru korang rasa betapa bertuahnya dan terpilihnya korang dapat masuk antara berjuta2 pemohon yg lain. Mana nak dapat yuran RM530 je untuk degree sebulan. Diploma RM210 (xsilap la).
So entry ni actually khas untuk sape yang dapat sambung dalam course Business Computing iaitu course yang aku amik. Or also known as Bizcomp. Dengar mcm masscom kan. No no no. Mesti ramai yg dapat course ni wonder benda apela korang akan belajar nanti kan. Kalau course mcm IT or CS korang memang dah agak akan belajar buat system or programming. Sooo samela macam bizcomp ni korang akan belajar jugak buat programming and system. Nama pun under FSKM kan. Mmg xboleh lari dari programming ni walaupun basic.
Actually banyak kelebihan yg aku nampak pasal course ni especially biler dah di alam pekerjaan ni. Seriously sebab dulu aku pon sama macam korang. Wonder buat apela aku belajar subjek ni. Relate ke untuk aku kerja nanti. Bizcomp ni ade dua cabang tau. Management and IT. So boleh la pilih elektif ikut suka korang. Depend korang boleh bawak tak subjek tu. Macam aku, aku amik elektif yg relate dgn programming macam part 3 aku amik subjek XML programming. Part 5 aku amik subject Dynamic Web Deevelopment Programming guna ASP. So sedikit sebanyak adela belajar ilmu programming tu sikit walau tak terer mana.
Meh nak story sikit ape yg aku dapat time intern ni untuk sebulan pertama ni. At first, yela memang kerja tak banyak lagi, nak nak lagi aku ditempatkan under IT admin sbb dorang tgk aku amik BUSINESS computing. Ok aku terima as experience. Then aku try mintak kat supervisor untuk belajar jugak buat system or relate with it, So one day tu SV aku suruh jumpa salah sorang Pengurus Kanan under development untuk Tabung Haji ni. So after dia cek one by one my mini transcript and he's was impressed with the certain subject that was taken by me. After that, dia assigned aku suruh buat system help desk untuk business support centre yg akan diguna pakai oleh staff under BSC tu. Dalam hati nervous gak sebab ilmu programming ni tak berapa nak tinggi sangat. Coding pon dok copy paste and tukar sikit2. Nak buat from scratch memang tak lah.
So aku start from the flow process help desk system tu sebab aku memang tak nampak ape bende help desk system tu sebenarnye. Dengan memberanikan diri tanya kak Aiza iaitu salah sorang staff under unit strategic planning tentang apa yg patut aku buat. So dia explain kt aku memandangkan dia dulu pernah jugak duduk under development team. Dia suruh aku buat flow diagram dulu, then tanya staff yg tengah guna system tu and printscreen setiap page yg ade. So sedikit sebanyak kak Aiza byk bagi gambaran pasal benda ni. Memang dah lupa nak buat flow bagai tu untuk develop system. Selalu buat coding terus,,haha nampak tak betapa rakusnya aku.
Then aku ade jugak tanya ape yg kak Aiza ni punya scope kerja. So dia cerita la yg dia kena uruskan project IT yg akan tabung haji invest. Buat proposal. Tender bagai tula. So aku ade cerita sikit la pasal subjek IT Investment yg aku amik time study dulu and dia kata ade relate dengan apa yg dia buat sekarang. Siap puji lagi bagus subjek ni. Hihi. Kebetulan mmg aku minat betul subjek IT Investment ni dulu Madam Yap ajar walaupun dia selalu dok ulang benda yg sama sampai boleh hafal ape yg dia nak bagitau. Hahaha. So ingatlah sikit2 and explain kat kak Aiza ape yg aku paham. Then dia mintak nak refer notes yg aku belajar dulu untuk dia refer jugak sebab dia kata dia pon banyak belajar sendiri pasal strategic planning ni.
Panjang lebar pulak entry kali ni kan. Padahal nak cerita pasal bizcomp je. Ni dah melalut sampai intern lah. Hahaha. Tenkiu sape yang sanggup baca sampai habis :)
p/s : sesape junior bizcomp yg nak tanya pasal course ni boleh je comment kat bawah ni..komen korang amat dialu-alukan..
yg benar, Senior Bizcomp :)