Showing posts with label rakyat malaysia. Show all posts
Showing posts with label rakyat malaysia. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Aku bangga jadi rakyat Malaysia


Assalamualaikum


Firstly aku bangga menjadi rakyat Malaysia.Hari ni nak amek mood patriotik pulak memandangkan 31 ogos tak lama dah ni dan kebetulan jugak hari kemerdekaan kita tahun ni disambut pada hari raya ke 2.Sape jela yang rajin pegi join perbarisan kan.Tahun depan aku rasa sambut merdeka time puasa la kot..

Korang penah tengok tak situasi selalunya kat jalan raya la.Kalau ade van ambulans lalu and bunyik siren semua kereta beri laluan kat van tu kan.Terdetik jugak kat hati aku ni bahawa rakyat malaysia memang ade jugak perasaan ihsan kepada orang yang tengah sangat-sangat memerlukan bantuan walaupun sikit jela perasaan tu.Bangga kot aku..hehe

Tak tau la kalo kat negara lain macam mana kan.Aku rasa same je kot.Banyak kali jugak aku tengok situasi macam ni especeli waktu pukul 5 ke atas.Of cos la orang ramai berebut-rebut nak cepat sampai ke rumah kan dengan memang jalan jammed nak mati.Tapi bila van ambulan tu lalu semua kereta pakat ke tepi bagi laluan walaupun tengah jammed giler,untungla kan dapat duduk kat malaysia ni yang aman damai walaupun krisis politik ade je -,-

Aku sayang Malaysia..korang pulak macam mana??





Thursday, August 11, 2011

Ashraf Haziq cedera akibat rusuhan di london



Assalamualaikum


Baru-baru ni ade rusuhan kat london kan so salah sorang mangsanye orang Malaysia jugak iaitu Ashraf Haziq.Dia dah jadi famous woo sekarang.Walaupun gigi dia dah patah tapi dah ade orang nak sponsor macam-macam kat dia.Siap syarikat sony nak sponsor balik PSP dia yang kena curik tu.Best woo tapi mesti dia rasa trauma dengan ape yang terjadi kat dia.


Orang putih sendiri yang back up Ashraf ni.Dorang maybe rasa malu atas ape yang terjadi kat negara dorang so nak tolong ape yang mampu la tu.Baguslah camtu.Siap buat tumblr ngan page khas untuk Ashraf ni..bangga siot kalau aku yang kena..haha




Tetapi hari ini,pelajar berkenaan telah selamat dibedah dan menurutnya:-
“Orang kata saya turut ditikam, tapi mujur tak kena. Saya tak nampak pisau, tapi orang di flat berdekatan memberitahu kelompok perusuh itu bersenjatakan pisau”
Muhammed Asyraf Haziq Rossli turut menceritakan bagaimana kejadian sebenar berlaku:-
“Saya sedang mengayuh basikal ketika itu dan memang tak boleh buat apa-apa kerana mereka ramai, (ketika dikerumuni) ada yang seluk belakang baju sejuk berhud yang saya pakai dan ada ambil telefon.
“Mereka juga tarik basikal yang saya tunggang menyebabkan saya jatuh dan mulut berdarah. Masa jatuh itulah saya rasa rahang saya sudah patah dan mereka semua lari apabila nampak saya berdarah,” katanya lagi.
Asyraf yang berada di Royal London Hospital mendapat kunjungan daripada wakil Kelab Umno London kelmarin.Turut hadir ke hospital berkenaan adalah Dr Mukhriz.
Syukur kerana belajar berkenaan selamat dan perkara ini telah merisaukan ibubapa pelajar di Malaysia dan kita harapkan para pelajar Malaysia yang menuntut di England agak tidak menghampiri kawasan rusuhan dan sentiasa berjaga-jaga serta menjaga keselamatan antara satu sama lain.


~untunglah~








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...