Saturday, May 5, 2012

Genre movie yang aku minat



Assalamualaikum


Semua orang mesti ada favourite genre movie yang korang minat kan.Tak kisah lah genre romantik ke komedi ke ganas ke.Yang penting kita enjoy! (ala-ala nora danish)

Ni nak tanya sikit,korang suka tak genre ganas ala-ala rare sikit?Macam cerita Saw ker.Kalau korang nak tau aku ni memang minat betul cerita ganas-ganas ni,lawan-lawan ker,bunuh-bunuh ker.aksi-aksi ker asalkan action dia memang tak terjangkau dek pemikiran aku.Ada orang kata tak elok tengok cerita bunuh-bunuh macam tu kan tapi ntah la tu merupakan salah satu favourite movie aku.Haha jangan takut pulak lepas ni nak kawan dengan aku.Aku masih normal ok.Bukan phycho okess :)

Antara cerita yang rare aku tak pernah tinggal ialah Saw and Final Destination.Daripada episode 1 sampai 5 aku dah tengok.First aku kenal movie Saw ni time aku form berapa ntah,aku tengok dalam tren sebab ada kakak matrik depan aku bukak cerita tu.Lepas tu aku terus teringin nak tengok sambungan dia.Dah besar2 ni tau lah macam mana nak cari kan.Download je semua..haha

Saw ni memang agak ngeri kalau siapa yang tak kuat semangat tak yah lah tengok.Doktor digalakkan tengok bagi kuatkan semangat,hehe.Kawan aku yang agak ganas sikit pon tak kuat semangat tengok.So memang kena prepare mental la.Pernah aku tengok sementara nak tunggu bukak puasa,sampai nak termuntah aku sebab adegan 18 PL dalam tu.Darah macam air sirap je aku tengok.Member aku semua pelik aku tak geli tengok cerita macam tu ker.Geli tu memanglah geli tapi ntah la sebab aku fikir ni bukan betul2 pon.Berlakon jer semua.

Kadang-kadang tutup jugaklah mata bila ade adegan yang agak rare untuk ditonton.Perempuan kuat mana pon akan lemah satu tahap :) Aku pernah mintak saw 5 dari member praktikal aku.Dia pelik dengan aku siap dia kata " Eh perempuan pon layan cerita ni?Aku ingat lelaki jer " Aku kata tak semua perempuan lah..haha
Dia kata member2 perempuan dia semua takut tengok cerita macam tu.Lain orang lain minat kan :)

Siapa kata peminat genre rare ni tak minat romantik.Aku pon minat la movie romantik ni contohnya HSM,aku minat ala2 musical sikit.

#lain orang lain kesukaannya kan :)






Thursday, May 3, 2012

Derma darah

Assalamualaikum


Selamat malam semua.Kepada yang kerja esok segera lah anda menekan button shut down laptop ataupun pc anda kerana sekarang waktu tidur untuk pekerja macam anda.Bukan macam pengganggur macam saya *gelak jahat :p

Pernahkah korang semua menderma darah?Kalau pernah tahniah aku ucapkan kerana anda semua memang pemurah dah baik hati.Kepada yang tak menderma bukan tak pemurah tapi yang menderma pemurah lebih sikit.Tapi mungkin ade yang tak boleh menderma kerana tak cukup berat or ade penyakit yang tak dapat nak dielakkan macam kawan-kawan saya :) Eh kejap aku kejap saya =,=

Sepanjang hidup aku baru 2 kali aku menderma.First aku derma time aku part 4,budak2 PBC ade buat program derma darah.Aku memang teringin sangat nak derma then bila ade peluang aku takkan lepaskan.Sanggup lepas class terus pergi derma.Time tu dahla class dari pukul 8 pagi sampai 2 tengahari,breakfast pon tak sempat tawakal je pegi datsu nak derma darah.Berdebar-debar jugak sebab first time nak menderma ni :) Alhamdulillah aku lepas derma,yelah berat pon terlebih cukup penyakit pon alhamdulillah takde.Jarum dia memang besar la tapi aku positif kan diri aku tak sakit bila kena cucuk.Alhamdulillah ianya menjadi.Aku tak rasa sakit pon.Rasa macam kena gigit semut api jer :)

Lepas derma kena lah menapak ke kolej yang terletak kira2 20 minit berjalan lembap.Kalau cepat 10 minit boleh sampai.Dengan tengahari terik,rasa nak pitam jugak lah otw tu tapi kuatkan diri jugak.Kang kalau aku pengsan pon sape nak angkat kan..haha..Before derma ade dengar member2 cakap ade effect lepas derma darah tapi alhamdulillah la takde effect kena kat aku.Aku rasa nak menderma lagi adela :)

Kali ke 2 aku derma pulak baru2 ni part 6.Kali ni dengan member2 aku adam and mirror.Seronok bila menderma ramai2 ni.Ade semangat lain yg datang.Cewahh..haha
Kali ni aku tak cuak sangat sebab dah berpengalaman kan tapi kan aku hampir2 tak dibenarkan derma sebab tekanan darah rendah.Doktor tu tanya aku stress ke sekarang.Aku cakap tak lah rasa seronok adelah.Doktor tu pon pelik..haha aku lagi lah pelik :)
Tapi doktor tu suruh datang lagi setengah jam cek tekanan darah and alhamdulillah lepas jugak nak derma :)

Menarik bukan menderma darah ni.Setiap titis darah yang kita derma Allah akan nilai diakhirat kelak tetapi derma tu dengan niat yang ikhlas la bukan niat lain okay :)

#sekian bebelan aku malam2 buta
#tempat atas katil



Tuesday, May 1, 2012

Blogspot dah bertukar interface?



Assalamualaikum


Dah lama gila aku tak bukak blog and terkejut sebab interface blogspot dah lain.Serius lain!
New post pon lain.Eh jakun sekejap!
Since when blogspot bertukar ni??Tu la dah lama tak blogging kan.

Rasa macam nak tinggalkan blog usang ni terkontang-kanting tapi sayang sangat dengan blog ni.Sebab blog ni la paling lama dengan aku.Blog ni jugak lah aku dapat jumpa ramai kawan alam maya yang baik2 :)
Dengan blog ni jugak lah aku pernah merasai syoknya dapat BE.

Dengan blog ni jugaklah aku dapat merasa guna domain.So kesimpulannya memang banyak kenangan terindah antara aku dengan blog ni :)

Maybe lepas ni aku akan update bila mood ade :)

Aku tau blog aku tak famous mana,pembaca setia pon mesti tak ada..sob3 :'(


#tacingtiba2

okbai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...