Wednesday, September 7, 2011

Aku hilangkan passport??


Assalamualaikum


Kalau dulu aku selalu bising-bising kerja tak banyak.Tapi sekarang tidak lagi.Ini kerana sekarang ni tengah musim haji tau tak.Penerbangan pertama pon tak lama lagi ni lebih kurang dalam 2 minggu.Tak silap aku 29 sept ni.Oleh kerana aku praktikal kat jabatan haji lagi-lagi belah operasi domestik.Memang terasa la tempiasnya.Sekarang ni staff kat sini pon masing-masing dah mula busy.Aku pulak kalau boss tak bagi aku keje aku pergi tolong dorang buat ape yang patut.Antaranya scan barcode passport,susun passport,kire passport dan segalanya berkaitan dengan passport.First time ni pegang passport orang.Yela aku ni pon mana ade pasport.Nak pegi oversea tak mampu.Pegi padang besar penah la..hehe

Pejam celik nak dekat 5 bulan aku praktikal ni.Rasa macam sekejap je.Kalau dulu aku selalu memberontak dalam hati jela taknak praktikal maybe baru lagi.Tapi lama-lama seriously aku dah suka keje kat sini dengan suasana yang sangat selesa.Patutla ramai orang nak keje kat tabung haji ni sebab suasana dia yang agak tak tension keje.Maybe jabatan aku ni je kot...hihi..tapi staff kat jabatan yang lain pon ok gak.Kadang-kadang kalau bertembung mana-mana aku senyum kat dorang mesti dorag senyum balik.

Haa ekceli aku nak citer kisah lawak aku semalam.Semestinya berkaitan dengan passport la.Dalam 2 hari ni ayah aku balik keje tersangatlah lambat.Pukul 6 lebih baru keluar dari office.So daripada aku tercongok tak buat pape aku pon tolong kak shida uruskan passport dia yang nak dihantar ke visa.Kalau lah budak praktikal kira OT kan best.Dapat gak income lebih tapi malangnya semua itu hanyalah KALAU..

Ok back to story,lepas habes scan barcode and last step susun and ikat then kira-kira passport tak cukup satu.Muka kak shida pon dah pucat lesi.Yela aku dengar kalau hilang satu keping je passport tu kena masuk penjara woo.Aku pon tolong gak la kira balik semua and hasilnya memang kurang satu gak.Masing-masing tak tak keruan termasuklah aku.Then tetibe aku rasa nak pegi toilet.Aku bangun.Cer korang teka ape yang berlaku...hihii



Dah teka lom??Jawapannya..passport tu ade bawah aku.Kira aku terduduklah atas passport tu..hehe..Dorang semua dah cubit-cubit manja aku dah sebab bagi dorang saspen je..haha..Yela aku boleh lak buat muka sangat lah tak bersalah.Sedangkan aku dok ngeram passport tu.Allah nak bagi petunjuk la tu bila aku rasa nak pegi bilik air.Pape pon alhamdulillah la passport tu tak hilang..

Esok ade jamuan hari raya kat tabung haji ni..nak pakai baju ape yer..hihi :)







5 awesome comment's:

Gimi said...

mujur la x hilang...pakai baju kurung la, ayu sikit..

dill said...

nasib baik nak g washroom kan?

dill.

shafiqabdshukor said...

uish.. cmne la leh jd cmtu..
bahaya tu...

Woofer Storm said...

lain kali kalau hilang,p je damansara.kat sana buat baru ye..heheee gurau

slm raya ye,maaf andai pena buat salah silap

Anonymous said...

cm pnh ku lihat dikau di lantai 30

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...